Nuffnang

OPS DAULAT MUTAKHIR : 32 Ditahan Bersama Senjata. 15 Mayat Akan Dibawa Keluar




  • Sejumlah 15 mayat yang ditemui di Kampung Tanduo hari ini dalam proses untuk dibawa keluar pada  petang ini - Pesuruhjaya Polis Sabah
  • Sebuah bot bersama 32 individu dari negara jiran telah ditahan oleh Pasukan Keselamatan. Turut dirampas beberapa senjata berbahaya di perairan Tambisan, Lahad Datu pada jam 2 pagi tadi.
  • Pasukan Askar Wataniah terdiri dari rakyat Sabah akan dibentuk untuk sertai Esszone dalam masa terdekat - Zahid Hamidi

Pasukan forensik polis hari ini mula mengeluarkan mayat-mayat pengganas Kiram yang mati dalam serangan pasukan keselamatan ketika Ops Daulat di Kampung Tanduo baru-baru ini.

Setakat pukul 4.25 petang ini, sebanyak lima mayat telah pun dikeluarkan daripada tiga lubang berasingan yang dijadikan kubur oleh kumpulan pengganas terbabit.

Kubur-kubur itu pernah ditemui pihak polis sebelum ini, namun mayat-mayat tersebut tidak dapat dikeluarkan selepas pasukan forensik diserang saki-baki pengganas ketika melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit sebelum ini.

Selain itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kapal dari Filipina itu ditahan ketika cuba memasuki perairan negara ini.
Share this article

4 Komen:

  1. mana kerajaan pilipina....diaorg x jga ke perairan mereka smpi pengganas sulu blh lepas p sabah...

    BalasPadam
  2. ni mesti masuk sabah pakai ilmu ghaib ni...

    BalasPadam
  3. lanun2 sulu tu mesti terkejut, macam mana anggota keselamatan malaysia boleh nampak diaorang padahal dah guna ilmu ghaib....kuikuikui..... kuasa Allah , hanya Allah sahajalah yg berkuasa di atas muka bumi ini... Allahuakbarr

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top