Nuffnang

APA DAH JADI : SEKOLAH PONDOK DIPANDANG SEPI AKIBAT PKR DAN DAP




Jika dahulu ketika di awal penubuhan PAS kira-kira lebih 63 tahun yang lalu, pondok-pondok agama di seluruh negara merupakan antara “jentera” parti itu yang tegar. Pondok-pondok tersebut tegar menyokong parti yang mendakwa mendokong dasar perjuangan Islam itu…

Ramai yang tertipu dengan PAS ketika itu. Tok-Tok Guru Pondok tidak terkecuali untuk turut sama tertipu dengan parti yang memperdagangkan nama “Islam” bagi mendapatkan kuasa politik yang bersifat duniawi.

Pelik juga ulama PAS ketika itu, bukan? Ulama selalunya mengejar keredhaan Allah SWT dan sentiasa berusaha mengimarahkan Islam di bumi yang mereka pijak. Lain pula halnya dengan ulama PAS ketika itu yang mengejar kuasa politik…

Tapi itu semua dulu. Itu semua ketika di awal penubuhan PAS, selepas Ustaz Fuad kalah bertanding merebut jawatan Presiden UMNO. Kecewa, malu dan marahkan Tunku Abdul Rahman, maka beliau menubuhkan PAS…

Kini “pekung” di dada PAS semakin terserlah. Hanya kerana mengkritik dan menegur PAS secara lantang di atas pentas UMNO, Pondok Geting yang diasaskan Tuan Guru Abdullah Sa’amah telah disita oleh Majlis Daerah Tumpat, Kelantan.

Siapa yang menguasai Majlis Daerah Tumpat kalau bukan Ahli-Ahli Majlis yang dilantik Kerajaan PAS Kelantan? Ahli-Ahli Majlis tersebut adalah lantikan politik, bukan? Dari parti mana lagi kalau bukan dari parti-parti pakatan “syaitan”!

Dulu PAS tidak begitu terbongkar imej mereka yang bertopengkan Islam itu. Namun sejak menjadi “teman sekatil” dengan DAP dan PKR, kejijikan akhlak mazmumah mereka semakin terserlah!

Mungkin Nik Aziz dan rejim PAS yang menguasai Kelantan itu lupa bahawa institusi pondok itulah yang sebelum ini bertakbir pada setiap program ceramah mengutuk dan mencaci-cerca saudara seagamanya yang bernama UMNO.

Mungkin Nik Aziz juga tidak teringat bahawa Tok-Tok Guru Pondok itulah yang setia menghadiri majlis-majlis ceramah mereka sambil tidak lupa mengisi karung “sedekah” yang diedarkan ketika “auta” dan “pembohongan” PAS disampaikan.

Mungkin juga Mursyidul Am itu sudah “nyanyuk” untuk mengingati asal-usul penubuhan PAS yang mendapat sokongan penuh dari seluruh Tok-Tok Guru Pondok yang ada kira-kira lebih setengah abad yang lalu…

Saya percaya, jika UMNO atau Majlis Daerah di negeri pimpinan BN yang menyita pondok berkenaan, maka PAS akan mengecam UMNO dengan pelbagai tuduhan seperti “Mahazalim”, “MahaFiraun” dan sebagainya.

Tapi kalau PAS sendiri yang menyita pondok agama, maka tindakan tersebut “dihalalkan” meskipun parti itu berselindung di sebalik sistem perundangan undang-undang tubuh negeri. Silap-silap, DYMM Sultan pun akan diheret sekali dalam menghalalkan sesuatu yang merugikan kepentingan Islam itu nanti.

Begitulah perubahan PAS yang terkini. Semakin hampir dengan PRU ke-13, semakin terdesak pula PAS dalam usaha menutup “bau bangkai” yang terpendam di dalam parti itu selama ini.

Tidak hairanlah jika begitu ramai para penyokong PAS yang mengisytihar keluar parti, malas aktif lagi dan malu nak mengaku sebagai “ahli PAS” di khalayak umum. Malah golongan atas pagar tidak segan-segan lagi berpendapat bahawa “PAS lebih teruk dari DAP”…

Saya sebenarnya sedih melihat perjuangan dan maruah saudara-saudara saya di dalam PAS yang berubah 360 darjah dari biasa. Namun apakan daya, bila saya tegur, mereka kata saya “cemburu”. Kalau tak tegur, makin teruk pula jadinya mereka…

Saya tertanya-tanya, sampai bilakah PAS akan sedar mereka disesatkan oleh seorang “Mursyidul Am”? Sampai bilakah mereka akan terus tertipu dengan perjuangan palsu PAS? Mereka bertakbir, namun jelas sekali mereka tidak tahu pengertian takbir yang mereka laungkan, wallahua’lam…

Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top