Nuffnang

MELAMPAU : Siti Kasim Dan David Orok Perlu Dikenakan Tindakan Tegas - PAS


PAS Selangor hari ini mendesak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap peguam Siti Kasim dan seorang pengguna Facebook, David Orok, berhubung catatan mengenai upacara korban.

Mereka mendesak pihak berkuasa melancarkan siasatan kerana catatan mereka menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Selangor mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Siti Kasim yang mendakwa Tuhan tidak pernah memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya dan Al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi itu daripada Tuhan.

“Kenyataan itu berbaur hasutan dan berbentuk provokasi. Ini bercanggah dengan ajaran Islam malah menyentuh sensitiviti umat Islam yang mengamalkan ajaran yang jelas berdasarkan pandangan para ulamak dan fuqaha’.

“Siti Kasim tiada kelayakan akademik dan tidak ada integriti dalam mengulas hal ehwal Islam, termasuk memberi pandangan tentang kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail,” kata PAS Selangor dalam kenyataan selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam.

Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor Rizuan Rahmat; Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Halim dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan.

PAS menjelaskan sembelihan korban bukan sekadar sembelihan binatang tetapi sebagai tanda syukur dan amalan bersedekah atas nikmat rezeki daripada haiwan ternakan sebagai sebahagian pensyariatan korban tersebut.

“Binatang ternakan diciptakan Allah sebagai sumber rezeki dan makanan kepada manusia sejak zaman-berzaman, tidak mengira agama dan bangsa.

“Hanya Islam menjadikan penyembelihan dan korban disyariatkan bagi menghalalkan daging untuk dimakan dan juga sebagai tanda syukur serta mengenang peristiwa kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika Aidiladha.

PAS Selangor juga mengecam David yang turut menyokong kenyataan Siti Kasim yang tersasar itu.

Katanya, kenyataan David mencampuri urusan umat Islam dengan membuat tuduhan keji terhadap Nabi Ismail apabila mengatakan Nabi Ismail anak luar nikah Nabi Ibrahim.

“Provokasi setahap ini adalah sangat melampau dan biadab sebagai orang bukan Islam yang lahir dan menetap di negara ini sejak merdeka serta sudah pasti mengenal budaya dan cara hidup beragama khasnya Islam.

“Apakah beliau tidak merasai di negara ini terdapat orang Islam yang hidup berjiran, sebagai kenalan, rakan dan juga warganegara yang ingin hidup secara harmoni dan aman? Adakah dia bercita-cita mengharapkan suasana tidak harmoni terjadi?” soal PAS.

PAS Selangor juga mendesak Siti Kasim dan David Orok menarik balik kenyataan mereka dan memohon maaf atas keterlanjuran kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan berjanji tidak mengulangi kenyataan seumpamanya pada masa akan datang.

“Kenyataan biadab mereka berdua tidak seharus diikuti dan tidak layak disokong oleh mana-mana pihak yang cintakan keamanan dan keharmonian antara agama dan kaum di negara yang bertuah ini.

“Tindakan undang-undang juga perlu diambil sekiranya terdapat unsur hasutan yang mampu mengugat keharmonian negara dan rakyat,” katanya.

Siti Kasim dalam catatan Facebook pada 1 September lalu menyentuh mengenai ribuan haiwan yang disembelih atas nama Tuhan sempena Aidiladha dan berkata korban bukan salah satu rukum Islam.

Beliau berkata Al-Quran tidak menyatakan Tuhan memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, dan Al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi itu daripada Tuhan.

Kemudian, Ketua Wanita PAS Kedah Siti Ashah Ghazali dilaporkan berkata Siti Kasim mempamerkan kejahilan sendiri dan membawa kerosakan aqidah. Katanya lagi, Siti Kasim celupar, biadap dan menghina nabi dengan memberi gambaran nabi seorang pembohong.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Siti Kasim membidas Siti Ashah kerana tidak memeriksa fakta sebenar berhubung catatannya mengenai upacara korban Aidiladha sebelum menyerangnya.

“Ahli PAS yang dungu biasa membuat komen tanpa memeriksa fakta sebenar,” kata Siti Kasim dalam kenyataan. Mereka bergantung kepada laporan laman web Menara.my yang diketahui memutar cerita orang-orang yang tidak selaras dengan kepercayaan mereka.

“Catatan saya terbuka kepada umum dan mereka dialu-alukan untuk membaca catatan itu.Meskipun begitu, saya tidak terkejut kerana mungkin mereka gagal memahami maksud sebenar catatan itu kerana mereka terlalu bodoh,” katanya. (SUMBER)
Share this article

1 Komen:

  1. siti kasim ibarat satu watak jahat dlm drama melayu.. samada akhir nya menerima pembalasan ataupun mendpt kesedaran lalu bertaubat..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top