Nuffnang

CUTI PELEPASAN KHAS : Kenyataan Ketua Setiausaha Berkaitan Cuti Khas Hari Raya


Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

“Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh Cuepacs.

“Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing,” katanya.

Kenyataan Penuh Ketua Setiausaha Negara

30/06/2016 - Pelepasan Khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 (Jumaat) sempena Hari Raya Aidilfitri

PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA 8 JULAI 2016 (JUMAAT) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada hari Jumaat, 8 Julai 2016 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada  6 Julai 2016. Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan ini daripada penjawat awam khususnya CUEPACS.
Sehubungan ini, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi Jabatan dan Agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil Fitri.
Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di Jabatan dan Agensi masing-masing.
TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA )
        Ketua Setiausaha Negara
             30 Jun 2016

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top