Nuffnang

SAMAN : Tuntutan Najib Dan Rosmah Ke Atas MP DAP Dibenarkan Mahkamah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming.
Keputusan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S Hassan Badjenid selepas berpuashati bahawa perbuatan Kor Ming yang memuat naik gambar dan kenyataan berunsur fitnah mengenai Najib dan Rosmah ke dalam akaun Facebook beliau Mac tahun lalu ditujukan kepada Najib atas kapasiti peribadi dan bukan atas dasar rasmi sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Siti Khadijah menolak permohonan Kor Ming yang diwakili peguam Gobind Singh Deo yang juga ahli parlimen DAP Puchong, untuk membatalkan saman yang difailkan Najib dan Rosmah pada 15 Jun tahun lalu.

Najib dan Rosmah selaku plaintif dalam writ saman dan pernyataan tuntutan mendakwa Kor Ming pada 29 Mac tahun lalu telah memuat naik gambar mereka berdua berserta status dalam akaun Facebook atas namanya yang memaparkan gambar mereka bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai tertinggi Wisma Putra dalam sebuah bilik hotel di China.

Kor Ming didakwa memuat naik status memfitnah itu yang boleh diakses oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Plaintif diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Bila sebut pasal Nga, teringat pula rumahnya yang seakan istana di Taiping. Yang ni SPRM tak nak siasat juga sepertimana rumah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedang panas diperkatakan.


Share this article

4 Komen:

  1. Sprm sudah tak boleh tutup mata maa...lagi lia olang tutp lagi olang lamai manyak mising...Ag.yang baru ...jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah ok...bukan mcm ghani patail Ag yang kena beli rupanya...

    BalasPadam
  2. Beli tayar pun minta diskaun paling maksimum..apa cerita mau siasat salah laku geng geng DAP...ADA TELOR TAK

    BalasPadam
  3. ini negara dap yg punya sprm ada berani ka?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top