Nuffnang

SERANG PM : Mukhriz Bukan Anak Jantan Mahathir?


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menutup mulut daripada mengulas isu berkaitan serangan yang dibuat Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau ketika ditanya media hanya tersenyum dan menundukkan muka lantas menamatkan sidang media dan tidak mahu menjawab sebarang soalan yang dikemukakan.

“Saya tak mahu komen tentang perkara ini, saya minta maaf,” katanya ringkas selepas menjawab pelbagai soalan tentang pelancongan Kedah di Menara Alor Setar, Jumaat malam.

Terdahulu, Mukhriz diminta mengulas adakah dua pemimpin tersebut perlu memberhentikan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak tertentu.

Ini kerana, kertas siasatan tersebut telah sampai ke pihak Jabatan Peguam Negara, namun serangan terus dibuat secara bertubi- tubi terhadap Perdana Menteri itu berhubung RM2.6 bilion.

Dalam serangan tersebut, Dr. Mahathir melalui blognya chedet.cc mendakwa Perdana Menteri keempat negara itu banyak menekankan tentang kesilapan Najib dalam merangka strategi menawan hati rakyat dan dalam soal memimpin negara.

Selain itu, Dr. Mahathir turut menyatakan bahawa Najib merugikan banyak wang negara apabila gagal menilai keutamaan projek mega dengan memberikan tumpuan kepada projek yang salah.

Begitu juga dengan Muhyiddin ketika memegang mandat sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat terus mengkritik soal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di hadapan umum, namun tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana beliau memegang jawatan orang kedua terpenting dalam negara.

Nampaknya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir masih belum dapat 'tidur lena' selagi hasratnya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak tercapai.

Walaupun pelbagai cara dan kaedah telah digunakan, namun ternyata 'gerakan tolak Najib' seperti bertemu jalan buntu.

Mahathir sebelum ini telah mengunakan 'khidmat' ketua-ketua cawangan untuk mendesak Najib untuk berundur, kini dia turut mengunakan 'suara' bekas-bekas menteri kabinet atau 'kuda tua' bagi mewujudkan persepsi kononnya ia merupakan gerakan rakyat.

Namun apa yang menggelikan hati ialah, semua 'askar-askar upahan' Mahathir itu merupakan 'kuda-kuda tua' yang penuh dengan skandal dan dosa.

Antara 'kuda tua' yang sedang ditunggang oleh Mahathir ketika ini ialah Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Dr Ling Liong Sik.

Namun apabila diteliti mereka yang bertindak sebagai penyambung lidah Mahathir ini penuh dengan skandal dan salah guna kuasa ketika mereka mempunyai jawatan suatu ketika dahulu.

Sebagai contoh, Liong Sik pernah terpalit dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dia didakwa menipu Kerajaan Malaysia kerana tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Manakala Sanusi pernah terlibat atas atas tuduhan mencederakan dua pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berdasarkan laporan, dua pekerja KLIA itu telah dipukul, ditampar dan ditendang berulang kali oleh Sanuis hanya kerana mereka terlambat menyediakan kerusi roda.

Ketika perbicaraan dia kemudianya mengaku bersalah atas dakwaan tersebut.

Malah ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Pertanian semua projek yang 'diilhamkannya' GAGAL.

Antaranya projek minum koko yang dilancarkan olehnya satu masa dahulu?

Tidak cukup dengan itu, sektor pertanian menjadi semakin buruk dan tidak berdaya maju di zamannya, hingga beras yang menjadi makanan asas rakyat juga terpaksa diimpot.

Malah anaknya Akhmarsyah ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dilaporkan telah mengunakan sejumlah wang yang banyak untuk membayar para perwakilan agar dapat membeli undi.

Namun 'rasuah' tersebut gagal membeli undi seperti yang diharapkan.

Kelakar bukan, mereka yang penuh dengan skandal dan salah guna kuasa ketika menjawat jawatan suatu ketika dahulu, cuba bercakap seperti 'malaikat' apabila pencen.
Renung-renungkan....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top