Nuffnang

PRIHATIN : Najib Sumbang Bantuan Peribadi Buat Mangsa Langgar Lari


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghulurkan sumbangan peribadi RM10,000 kepada mangsa langgar lari, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kaki digilis lori, Isnin lalu.

Sumbangan disampaikan melalui Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sebentar tadi.

Abdul Azeez turut mengumumkan sumbangan sepasang kaki palsu daripada Biro Kebajikan UMNO untuk pelajar Tingkatan Satu itu.

"Kaki palsu ini akan diberikan kepada Siti Nuraisyah selepas dia sembuh dan kita akan terus memantau keadaannya, " katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji berkata, Siti Nuraisyah juga akan ditaja menunaikan umrah bersama ibu-bapanya selepas ini.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top