Suspek yang ditangkap kerana mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat kelmarin akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, pagi esok. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata suspek berusia 22 tahun itu akan didakwa pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.