Nuffnang

SURAT TERBUKA BUAT WAN AZIZAH!!!




KEHADAPAN Dr. Wan Azizah,

Anda nampaknya sedang menuju untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor yang baru. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang saya mahu anda tanam di dalam pemikiran sebagai persiapan sebelum anda memegang jawatan tinggi tersebut.

Sebagai seorang wartawan, saya percaya bertindak mewakili pemikiran dan harapan rakyat Selangor yang mahukan kepimpinan yang boleh bertugas dengan telus, berkesan serta konsep pentadbiran turun padang.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjalankan pentadbiran dengan gaya seorang ahli perniagaan. Namun ia akhirnya mencetuskan masalah seperti yang berlaku ke atas projek lebuh raya bertingkat KIDEX.

Ia merupakan satu projek yang mengganggu minda dan tidak mendapat empati rakyat.

Dalam hal ini, beliau boleh dikatakan lupa bahawa anggota dan pemimpin parti adalah pihak yang akan menentukan siapakah yang layak memegang sesuatu jawatan penting.

Pada masa sama, rakyat tanpa mengira ideologi politik, sentiasa mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada pemimpin dan kehendak itu perlu sentiasa berada di minda pemimpin.

Di sini saya ingin menekankan fakta bahawa rakyat merupakan entiti terpenting di dalam tadbir urus, sesuatu yang saya pasti anda sendiri sedar dan hargai.

Berikut adalah senarai harapan saya yang perlu diteliti dan tindakan anda:

* Kerajaan negeri, khususnya anda, harus menghabiskan masa memastikan kesejahteraan rakyat dan bukannya menarik mereka dalam tipu daya politik yang hanya akan menjadikan mereka lebih cenderung kepada politik sempit. PKR, sebagaimana yang diketahui umum, telah dimalukan dengan tipu helah.

* Anda harus memastikan pentadbiran berada di landasan betul dengan sentiasa mengutamakan rakyat dan tidak menggalakkan sebarang perjuangan peribadi kalangan wakil rakyat. Sila naikkan pemimpin-pemimpin yang mahu berkhidmat dan bukan yang memegang jawatan untuk berkuasa;

* Anda perlu bertahan daripada suami anda sendiri yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah sesiapa juga yang mahu secara peribadi mahu campur tangan dalam proses membuat keputusan;

* Pakatan Rakyat harus menunjukkan kepada rakyat Selangor dan juga Malaysia bahawa mereka boleh bekerjasama sebagai satu entiti yang bersatu padu dan bukan diselubungi masalah akibat ketidakserasian politik. Jika komponen PR terus bertelagah, ia akan menguntungkan BN dan mengiyakan kata-kata BN selama ini; dan,

* Ketelusan dan keterbukaan harus diamalkan dalam semua hal, ia bagi menunjukkan keputusan yang diambil PR dan juga PKR adalah berbeza dan tidak sama seperti BN.

Saya mengatakan sebegini kerana beberapa pihak di PKR sejak akhir-akhir ini terbabit dalam perang politik yang sebenarnya telah menghakis sokongan rakyat. Rakyat sebenarnya berhak mendapat yang lebih baik.

Saya percaya, masa mereka sepatutnya dihabiskan untuk menangani masalah rakyat yang terjejas dengan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup, kualti air yang bertambah teruk, ancaman berterusan mengenai catuan air dan projek-projek yang hanya memberi manfaat kepada golongan kaya.

Dalam menghadapi semua ini, saya ingin mencadangkan supaya anda memastikan segalanya teratur dengan mendesak semua pemimpin supaya mengutamakan rakyat dan tidak menggalakkan cita-cita peribadi kalangan wakil rakyat.

PKR yang dipimpin oleh anda juga dibelenggu dengan perbalahan dalaman dan masing-masing mengejar kedudukan dalam parti yang akhirnya memberi kesan negatif serta melemahkan pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, semua orang sedar bahawa suami anda adalah personaliti politik yang besar dan mungkin secara semula jadinya akan membawa tekanan kepada PKR, DAP dan PAS semata-mata bagi memenuhi hasratnya.

Adalah malang bahawa anda adalah isteri Datuk Seri Anwar, satu fakta yang hanya meningkatkan spekulasi bahawa dia sebenarnya yang akan mentadbir negeri secara ‘kawalan jauh’. Segala keputusan pentadbiran mungkin akan mengikut segala kemahuannya. Anda perlu menunjukkan bahawa perkara ini tidak akan berlaku.

Saya berdoa agar perkara ini tidak berlaku dan anda akan terus teguh berdiri sendiri bagi menghalang suami anda atau sesiapa sahaja yang mahu campur tangan dalam proses membuat keputusan.

Perkara ini wajib bagi kamu jika PR kekal berkuasa di Selangor pada 2018. Namun jika pilihan raya Selangor diadakan bagi mengatasi krisis MB, PR tidak boleh mengharapkan lagi sokongan padu sebagaimana yang diterima pada 2013.

Rakyat Selangor mengundi dengan harapan untuk melihat perubahan selepas pentadbiran terdahulu iaitu Barisan Nasional dilihat menjauhi rakyat biasa.

Dan BN akhirnya terpaksa menelan kepahitan pada 2008 dan 2013 apabila PR mencatat kemenangan besar.

Jika kerajaan negeri PR tidak melaksanakan aspirasi rakyat, nasib sama sebagaimana yang menimpa BN akan berulang.

Segalanya terpulang di tangan anda selaku Presiden PKR dan suami anda selaku faktor pengikat antara PKR dan PR.

Oleh Moses



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top