Nuffnang

MB BARU : Khalid Dipecat, Anwar Dan Wan Azizah Mengadap Tuanku Sultan!!!


Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN hari ini sebulat suara memecat Tan Sri Khalid Ibrahim daripada parti itu berkuatkuasa serta merta.

Menurut Pengerusi Lembaga Dispilin KEADILAN, Tan Kee Kwong, pihaknya telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib terhadap Khalid yang dibentangkan dalam mesyuarat MPP bertarikh 9 Ogos 2014.




Tan berkata, Khalid didapati ingkar keputusan mesyuarat MPP pada 21 Julai yang memilih Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Sebaliknya, Khalid dalam kenyataan medianya pada 22 Julai enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan sehingga kini masih memegang jawatan berkenaan.

Beliau juga didapati ingkar terhadap keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung beberapa perkara.

Antaranya isu mengenai projek Langat 2 dan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor.

Menurut Tan, Khalid gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor.

Tan berkata, Khalid turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun KEADILAN sudah mengarahkan beliau mengkaji semula projek berkenaan.

Selain itu, Khalid juga gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

“Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta,” ujar Tan dalam satu kenyataan media hari ini.

Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber penyingkiran ini dipercayai dibuat setelah PKR berjaya mendapat sokongan 35 ADUN PR untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top