Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#MH17 : Misi Besar Anifah Aman - Semoga BERJAYA!!


Anifah Aman berlepas ke Kiev, Ukraine bersama pasukan Wisma Putra dan Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia.


KIEV – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman tiba di Kiev, Ukraine tepat jam 3 pagi waktu tempatan bagi mengadakan perbincangan empat mata bersama Presiden Ukraine, Petro Poroshenko.

Anifah pergi ke negara itu dengan mini besar supaya Ukraine dapat memberi jaminan keselamatan pasukan menyelamat ketika di kawasan nahas.


Turut menemani Anifah ialah pasukan Wisma Putra dan Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam perbincangan itu, Anifah menegaskan bahawa Malaysia sebagai pemilik kepada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Ukraine bagi mendapatkan kesemua 45 mayat-mayat warga Malaysia dan mengenalpasti semua mayat yang ditemui oleh pasukan keselamatan Ukraine.

“Pasukan keselamatan Malaysia harus dibenarkan untuk memasuki kawasan bencana secepat mungkin dan diberikan jaminan keselamatan. Malaysia mengulangi bahawa semua bahan bukti dan serpihan pesawat MH17 tidak boleh disentuh oleh sesiapa,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Anifah, sekiranya ada bukti-bukti khianat, Malaysia tidak akan teragak-agak membawa dalang insiden itu ke muka pengadilan.

Langkah itu penting demi mendapatkan keadilan kepada semua 298 mangsa yang meninggal dunia dalam pesawat berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berlepas ke Kiev pada Sabtu bagi memastikan pasukan penyiasat dan petugas khas Malaysia dapat masuk ke kawasan nahas pesawat MH17.

Pada hari yang sama, pasukan penyiasat Malaysia yang ditugaskan menyiasat kemalangan tragis pesawat MH17 telah tiba di Kiev, Ukraine.

Bagaimanapun, pasukan itu tidak dapat melaksanakan tugas berikutan lokasi kemalangan tidak selamat untuk dimasuki.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top