MEMILUKAN!! Video : Kisah Ibu Tua Mangsa Banjir Yang Menyayat Hati!!!!



Sedih dan memilukan....Kisah kali ini sama sekali tidak disangka oleh pasukan sukarelawan yang datang membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan Pahang. Apa yang bakal dikongsikan kali ini bakal menyentap perasaan kita sebagai manusia. Tergamaknya anak-anak yang dibesarkan beliau mengabaikan ibu yang uzur ini mengharungi bencana banjir tanpa sebarang bantuan. 

Diabaikan oleh anak-anak sendiri, malah ketika banjir mula naik di kawasan rumahnya, beliau yang ketika itu ditemani dua anaknya ditinggalkan pula oleh salah seorang anaknya itu. 




BB serta pasukan sukarelawan yang mengikuti misi bantuan pasca bencana banjir kali ini begitu tersentuh dengan kisah "malang" yang menimpa Mak Cik Hasnah. Apatah lagi bila diberitahu anak-anaknya yang lain boleh dikatakan berjaya dalam kehidupan masing-masing dan menetap pun di taman yang berdekatan.

Jom kita dengar dan lihat luahan Mak Cik Hasnah dalam video di bawah ini :



Mak Cik Hasnah Dalam Keadaan Hiba Menceritakan "Kisahnya" Kepada KSU Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh, Dan Zaidi Aziz Dari Majlis Belia Malaysia (MBM)


Bagaimana anak-anaknya sanggup memperlakukan Mak Cik Hasnah sedemikian rupa? Apakah kesalahan beliau sehingga terpaksa menyabung nyawa dalam keadaan banjir yang "luarbiasa" kali ini?

Ada lagi Cerita "menarik" dan "panas" yang akan BB kongsikan bersama anda semua di tulisan yang akan datang mengenai Mak Cik Hasnah. Kisah yang akan "Menggegarkan" agensi atau jabatan yang mungkin terlalu sibuk atau terlepas pandang mengenai penderitaan beliau sehingga pihak yang tidak terfikir di akal yang waras kita pula yang datang membantu.




Apa pun, sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan belia yang menjayakan misi bantuan pasca bencana untuk mangsa banjir. Terima kasih juga kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang kerana menganjurkan program yang memberi banyak manfaat kepada rakyat. Terima kasih juga kerana melibatkan BB dalam misi kali ini.



Program Bantuan Pasca Banjir Kementerian Belia Dan Sukan Berlangsung Pada 16 dan 17 Disember  2013 di kawasan-kawasan yang terpilih di sekitar Kemaman,Terengganu dan Kuantan Pahang.Turut Hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh.

Berikut gambar-gambar sekitar perjalanan program


Sumbangan Peralatan Membersih Rumah kepada Wakil Penduduk Kampung Paya Berenjut

Sumbangan Peralatan Membersih Rumah kepada Wakil Penduduk Kampung Paya Berenjut


Datuk Jamil Bersama Setiausaha Agung MBM En Zaidi Bergotong Royong memasak makanan untuk Sukarelawan yang tinggal di Kompleks Rakan Muda Kemaman

Datuk Jamil Bersama Setiausaha Agung MBM En Zaidi Bergotong Royong memasak makanan untuk Sukarelawan yang tinggal di Kompleks Rakan Muda Kemaman


Membantu Menjemur Beberapa Barangan Di Asrama Kompleks Rakan Muda Kemaman Yang Masih Boleh Digunapakai

Membantu Menjemur Beberapa Barangan Di Asrama Kompleks Rakan Muda Kemaman Yang Masih Boleh Digunapakai


5

Bersama TKP Rakan Muda YM Engku Azmi Meninjau Penginapan Sukarelawan yang bertugas di Sekitar Kemaman


Memperkatakan Sesuatu Tentang Aset-Aset Milik Kompleks Rakan Muda Kemaman Yang Tidak Boleh Digunakan Lagi

Memperkatakan Sesuatu Tentang Aset-Aset Milik Kompleks Rakan Muda Kemaman Yang Tidak Boleh Digunakan Lagi


Bergambar Bersama Barisan Artis Yang Turut Membantu Bergotong Royong di SMK Chukai- Antara Artis Yang Hadir Eliza dan Aida Rahim

Bergambar Bersama Barisan Artis Yang Turut Membantu Bergotong Royong di SMK Chukai- Antara Artis Yang Hadir Eliza dan Aida Rahim


Sempat Membantu Membersihkan Stor Baja di SMK Chukai Kemaman

Sempat Membantu Membersihkan Stor Baja di SMK Chukai Kemaman


Mendengar Keluh Kesah dan Luahan dari penduduk di Taman Sungai Isap Murni Kuantan

Mendengar Keluh Kesah dan Luahan dari penduduk di Taman Sungai Isap Murni Kuantan


Bersama Jabatan Bomba Membersihkan Jalan di Kawasan Sekitar Taman Sungai Isap Murni

Bersama Jabatan Bomba Membersihkan Jalan di Kawasan Sekitar Taman Sungai Isap Murni


Sebelum Pulang ke Kuala Lumpur,Datuk Jamil Salleh Sempat Singgah di Sbeuah lagi rumah Pegawai Belia dan Sukan Pahang Yang Terjejas Dalam Banjir Tempoh Hari

Sebelum Pulang ke Kuala Lumpur,Datuk Jamil Salleh Sempat Singgah di Sebuah lagi rumah Pegawai Belia dan Sukan Pahang Yang Terjejas Dalam Banjir Tempoh Hari


Kredit kepada Portal SGB juga kerana sanggup berkongsi video ini. 

Tunggu siri kedua ye....

BONGKAR!!! Wajah dan Identiti Wanita Biadap Ini Berjaya Didedahkan!!





Korang masih ingat gambar ini? 2 hari lepas gua ada share gambar di atas sebagai satu perkongsian mengenai perlakuan beliau yang amat-amat biadap khususnya mempersenda hukum agama. Namun akhirnya identiti beliau dapat dikesan jua. Itu la, Sepandai-Pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua!!!

Setelah diselidiki, rupanya perempuan ni penganut PR! Patutlah perangai macam ni. 

Bukan ker pembangkang kata semua pengikut mereka sopan, beretika dan bla..bla..bla???
 
Tapi yang tak boleh gua terima, ada pula yang bagi komen camni :

"Alaa...dia berpakaian begitu pun bukan dalam kawasan larangan, apa nak marah-marah, releks arr"

Dan satu lagi :

"Apa punya bodo la korang ni, menutup aurat ni bukan di kawasan2 tertentu sahaja. Yang buat dan pasang signboard ni lagi bodo!!!

Ok...cukup la tu...mai kita lihat identiti dan wajah sebenar wanita ni...




"AKU TAK BODO...AKU TAK BODO..."

EKSKLUSIF!!! Surat Terbuka Mangsa Banjir Buat Renungan Kita Semua - Fikirkan





Kebelakangan ini, saya amat tertarik dengan pandangan orang awam berkenaan isu pengurusan bencana banjir yang berlaku di Pantai Timur. Ini adalah pandangan saya sebagai orang kampung yang terlibat dalam banjir di Kuantan baru-baru ini.

Baru-baru ini, pendekatan MKN menjawab surat terbuka Cik Nur Adilla melalui medium yang sama di portal The Malaysian Insider (TMI) adalah langkah yang tepat sesuai dengan transformasi Kerajaan untuk mempelbagaikan kaedah perhubungan raya (public relations) mereka pada era Internet yang kini ditunjangi media sosial. Malahan jawapan MKN yang terperinci juga sedikit sebanyak memahamkan saya dengan isu-isu sebenar yang mungkin tidak terjangkau kepada orang awam. 

Untuk itu, saya ucapkan terima kasih kepada MKN. Fuziah turut menulis surat malangnya dia lebih kepada membela kelemahannya. Saya orang Kuantan, sebelum dan semasa banjir saya tidak pernah melihat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuantan berfungsi? Ada sesiapa pernah nampak kah? Fuziah hanya terburu-buru dan kelihatan bodoh apabila banjir di Kuantan luar biasa? Di mana dia pada hari-hari pertama banjir di Kuantan? Saya dapati dia tiada di Kuantan!

Saya membaca surat terbuka ahli parlimen Kuantan. Sebagai orang Kuantan, saya merasa jengkel dengan isu-isu yang dia bangkitkan. Walaupun saya orang kampung tetapi saya juga mempunyai pendidikan tinggi.

Mengikut kajian saya yang tidak seberapa (melalui bacaan, perbualan dengan orang awam dan juga petugas agensi Kerajaan), saya lihat fokus utama dalam pengurusan bencana ialah meminimumkan Jumlah Nyawa yang terkorban. Daripada laporan akhbar, jumlah korban banjir adalah seramai 3 orang sahaja. Melihat angka keseluruhan mangsa banjir yang mencecah puluhan ribu, saya merasakan ini adalah satu pencapaian yang amat baik, dan pada masa yang sama mencerminkan kesedaran agensi dan orang awam terhadap tanggungjawab masing-masing apabila bencana melanda.

Bencana banjir yang melanda Pantai Timur kali ini adalah bencana luar jangka. Hujan yang berterusan dan luarbiasa lebat menyebabkan sistem saliran sedia ada tidak dapat lagi menampung jumlah air seperti banjir- banjir sebelumnya. Jika kita mengajukan soalan yang sama kepada New York mengenai Taufan Sandy yang melanda mereka baru-baru ini, mungkin jawapan yang diperoleh juga sama. Bencana itu sudah dijangka, cuma magnitud dan kesannya yang berada di luar jangkaan mereka.

Saya berterima kasih kepada Cik Nur Adilla yang membangkitkan rasa ingin tahu saya dalam hal ini. Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Arahan MKN 20 adalah antara gagasan Strategi Lautan Biru yang terawal yang dipratikkan di Malaysia, menyatukan pelbagai jabatan dan agensi dalam satu jawatankuasa yang amat ampuh dalam menguruskan hal-ehwal bencana selepas peristiwa hitam Highland Towers 20 tahun yang lalu. Saya percaya Fuziah tidak membaca Arahan MKN 20 sebab itulah 'ngomelan'nya tidak fokus dan lebih kepada membela kelemahannya di Parlimen Kuantan.

Saya kagum apabila puluhan agensi boleh digerakkan dalam satu tujuan sama. Bayangkan bagaimana PDRM, Tentera, Bomba, JPAM, RELA dan lain-lain boleh berganding bahu, bekerja keras demi kesejahteraan kita semua?

Alangkah baiknya jika semangat ini dapat dicontohi kita semua tanpa mengira latar belakang fahaman masing-masing apabila berlaku sesuatu musibah? Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan, trend tuding menuding jari adalah pendekatan yang lapuk, tetapi malangnya masih ramai yang mengamalkannya! 

Salah satunya yang menjatuhkan kredibiliti ahli Parlimen Malaysia ialah apabila Fuziah berusaha meletakkan kelemahan pengurusan banjir kepada agensi-agensi kerajaan seperti MKN padahal Fuziah sendiri tidak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat pengurusan bencana di dasrah Kuantan. Saya sangat rapat dengan agensi-agensi kerajaan seperti MKN, RELA, JPAM dan sebagainya di Kuantan tetapi sebagai seorang Sukarelawan saya tak pernah melihat Fuziah Salleh hadir dalam mana-mana perjumpaan dengan mereka. 

Kepada Fuziah, kamu amat memalukan saya orang Kuantan!

Anak kampung

Kuantan, Pahang

KAMI DIPERLAKUKAN SEPERTI ANJING!!! - Penduduk Ladang Byram




Di sebabkan tidak berpuas hati dengan tawaran yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dianggap kejam dan zalim, masyarakat India dan penduduk kampung Ladang Byram, Nibong Tebal bertegas untuk mempertahankan rumah kediaman mereka yang telah diduduki sejak sekian lama.

Ia ekoran dari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri agar para penduduk yang terdiri daripada 19 keluarga di kawasan tersebut, segera mengosongkan rumah mereka bagi membolehkan kawasan tersebut dijadikan tempat pelupusan sampah.

Sebagai pampasan, setiap keluarga akan dibayar pampasan sebanyak RM2,000.00 dan diberikan sebuah rumah pangsapuri untuk disewa yang terletak di Jawi dengan bayaran RM100.00 sebulan. Menurut salah seorang wakil penduduk yang ditemui, jumlah pampasan yang diberikan adalah amat rendah sekaligus membuktikan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak mempedulikan nasib masyarakat India di kawasan tersebut.

“Kita ini sudah lama duduk (hampir 33 tahun), kita tidak mahu duduk flat (rumah pangsa). Sudah bagi tahu banyak kali, sudah hampir 6 bulan mereka (kerajaan negeri) datang untuk berbincang namun masih tetap mengeluarkan surat untuk keluar rumah (notis mengosongkan rumah).

“Mereka suruh kita duduk rumah pangsa, mereka tahu tak (ada keluarga yang tidak mampu bayar) bil elektrik. (Adakalanya) hampir 3 bulan bil tersebut (tertunggak). Inikan pula diminta untuk membayar duit sewa rumah tersebut berjumlah RM100.00 sebulan” kata wakil tersebut dengan nada sedih ketika ditemui petang semalam.

Paling memeranjatkan mereka, apabila perjumpan yang diadakan dengan Timbalan Ketua Menteri 2, Prof Dr. P. Ramasamy bukan sahaja gagal mencari jalan penyelesaian namun telah memburukkan lagi keadaan. Ini kerana selepas 3 hari perjumpan tersebut diadakan mereka menerima satu lagi notis yang meminta semua penghuni rumah segera berpindah.

“Semasa perjumpaan tersebut dia (Ramasamy) juga yang mencadangkan agar mana-mana keluarga ingin berpindah boleh berbuat demikian, manakala yang tidak bersetuju boleh terus tinggal sehingga persetujuan dapat dicapai. Namun selepas 3 hari, mereka mengeluarkan notis untuk kosongkan rumah.

“Permintaan kami mudah, cari satu kawasan yang berhampiran untuk kami tinggal. Ini kerena rata-rata penghuni adalah merupakan kanak-kanak kecil dan warga emas yang uzur. Tambahan pula semua penghuni bekerja di ladang yang berhampiran.

Menurutnya, dulu kerajaan DAP pernah sekali memberikan mereka 10 kilogram beras untuk setiap keluarga, namun selepas itu langsung tiada sebarang bantuan yang diberikan.

“Saya mahu tanya, dua kali mereka telah menang, apa yang telah mereka berikan kepada kami? Apapun tidak ada. Kita pergi jumpa dengan Datuk Zainal (Abidin Osman). Dia yang tolong sama kita, tapi sayang dia kalah.

“Kalau dia menang (dalam pilihanraya umum yang lalu) pasti beliau akan bantu kami di sini. Sekarang dia tidak ada, kita semua susah, macam anjing ke sana sini (meminta bantuan)” jelasnya dengan nada yang kecewa.

Nampak Ayu, Namun.....@PDRM Perlu Cari Awek Ni!!!

Rakyat sudah semakin biadap akibat doktrin berlebihan Pakatan Rakyat. Lihat sahaja printscreen yang admin sediakan di bawah;










Sekalipun Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan penglibatan mereka dalam merencanakan usaha menggulingkan kerajaan melalui kenyataan akhbar di bawah;


http://www.sinarharian.com.my/semasa/samm-nafi-terlibat-himpunan-guling-kerajaan-1.231921

Sekalipun penafian dilakukan mereka, berdasarkan semakan yang admin lakukan terhadap laman utama pergerakan itu di url http://anakmudamalaysia.com/2013/12/wajib-sebar-rakyatpilihdataranmerdeka31dis/, admin dapati penafian itu sememangnya tidak berasas.




KETERLALUAN!! BIADAP!!! Apa Lagi Yang Sesuai Untuk Wanita Ini?



Entah di mana akal fikiran, perasaan malu yang dimiliki oleh setiap wanita. 

Paling menjelikkan tindakannya seolah-olah mempersenda papan tanda yang ada di sekolah tersebut.

Papan tanda yang jelas tertulis 'Zon menutup aurat dan berpakaian sopan' sengaja dipersenda wanita ini dengam gaya seksi menyelak baju dan rokok dibibirnya.



MELAMPAU!!! Injil Bahasa Melayu Versi Kartun Diedar Secara Terbuka!!!


Kebimbangan kita umat Islam tentang kemungkinan wujudnya penyalahgunaan kalimah Allah di samping agenda tersembunyi di sebaliknya ternyata benar apabila satu gerakan penyebaran agama bukan Islam secara terbuka telah dikesan!




Seperti yang kita semua tahu, Lim Guan Eng DAP telah mencetus satu polemik besar apabila mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Dan sehingga ke hari ini, anak Kit Siang DAP itu masih belum menjawab isu ini secara bertulis seperti yang beliau katakan sebelum ini.




Hari ini, akhbar perdana mendedahkan pula perkara di bawah yang mesti dipandang serius dan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab menjaga agama Islam!

Di antara pendedahan gerakan penyebaran agama bukan Islam secara terbuka itu : 

Modus operandinya bukan lagi tersembunyi malah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan lelaki dan wanita di sekitar bandar raya dengan menjadikan kawasan tumpuan remaja dan pelajar sebagai sasaran mereka. 

Kumpulan terbabit yang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki yang mendakwa warga Amerika Syarikat (AS) serta fasih berbahasa Melayu dan beberapa orang lelaki serta wanita tempatan dipercayai dari Sabah bergerak mendekati golongan muda di kawasan ini minggu lalu. 

Difahamkan kegiatan itu sudah bergerak aktif sejak awal tahun ini dan mereka bergerak secara berkumpulan untuk melaksanakan tujuan berkenaan. 

Kebenaran mengenai kegiatan itu terbongkar apabila wartawan Utusan Malaysia sendiri didekati oleh kumpulan berkenaan minggu lalu dengan membawakan penerangan mengenai beberapa konsep dalam ajaran agama tersebut seperti pengampunan dosa, syurga dan neraka. 

Kaedah yang diguna pakai oleh kumpulan ini agak licik kerana mereka terlebih dahulu cuba bermesra dengan kelompok sasaran sebelum membawa kepada perbualan yang lebih lanjut. 

Selain itu, kumpulan berkenaan turut memberikan beberapa buah buku tafsiran yang menerangkan mengenai kejadian Nabi Isa menurut kepercayaan agama tersebut. Buku-buku yang diberi itu juga mengandungi kalimah Allah yang tertera dalam isi kandungannya. 



Baca Lagi, KLIK SINI

SYABAS!!! Penjenayah Amat Dikehendaki Ditembak Mati @PDRM





Seorang penjenayah yang amat dikehendaki berkaitan beberapa kes samun bersenjata, mati ditembak polis selepas dia bertindak menyerang anggota polis yang cuba menahannya di Jalan Reko, Kajang, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, hasil risikan polis mendapati suspek lelaki dikenali sebagai ’Sasi’ itu sedang memandu sebuah kereta Honda Odyssey di Jalan Reko sebelum sepasukan polis tiba untuk menangkap suspek.

Suspek yang panik melihat tiga kenderaan polis terus bertindak agresif dengan melanggar sebuah daripadanya dan cuba merempuh seorang anggota polis.

"Anggota polis tiada pilihan dan terpaksa melepaskan dua das tembakan.

Suspek mati di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Abdul Ghani berkata, siasatan awal polis mendapati kenderaan yang digunakan suspek dipercayai dicuri di Kluang, Johor.

Suspek dipercayai turut terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjata dan curi kenderaan di Lembah Klang.

"Kita masih siasat sama ada suspek mempunyai anggota kumpulan lain atau tidak. Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang,” katanya. - Bernama

SUMBER

SEBARKAN!!! Rejimen Anarki : Perosak Bangsa, Pencetus Huru-Hara!!




Selamat malam. Hari ini kami hadiahkan pada anak anak Johor siapa dia Rejimen Anarki yang selalu suka maki hamun DYMM Sultan Johor kami yang amat2 humble. 

Rejimen Anarki....dulu kami dah pun bagi amaran supaya kerja2 hina Sultan ni di berhentikan tapi apa kamu reply??? Ini dah terlampau genster sangat la ya berapi rapi buat amaran pada pasukan keselamatan konon nak langgar polis. Baik...kita tengok jauh mana kehebatan gertakan anak jantan kamu. 

Kami nak lihat. Kepada yang baca post ini kami mohon share kepada orang ni agar sampai ke pengetahuan dia bahawa dia REJIMEN ANARKI telah di identify dgn kerjasama jaringan tuan lama akaun ni. Salinan ic pun kami dah dapat cuma buat masa ni BLASTING info cuma dapat kebenaran setakat ini sahaja. Kamu nak langgar polis masa tahun baru kan??? 

Pastikan kamu ada di barisan paling hadapan sekali. Bukan polis pdrm yang tunggu kamu langgar tapi ORANG LAIN. Kalau takut kamu rasa terancam boleh lah buat report polis. Hihihihih......ingat sahabat2.....SILA SHARE MAKLUMAT REJIMEN ANARKI NI. Kita cabar dia pulak. Kalau berani DUDUK PALING HADAPAN SEKALI MASA MALAM TAHUN BARU NANTI. 

Ugut lah lagi ye dalam inbox.....oh ya.....kamu boleh siap siap lantik peguam perempuan yang selalu usung gitar tiap tiap pagi sabtu di dataran KL utk jadi peguam bela kamu....apa nama dia? Kami lupa lak......hihihihi....tak perlu la nak cari kami siapa....jauh kami ni....kena berenang Selat Melaka kalau nk cari kami....nasihat kami jangan buang masa yaaa.....cepat lantik peguam bela.....

Sapa baca ni tolong share share kan maklumat ni..


GILA KE APA? Himpunan Guling Kerajaan!!




Sekali lagi Pembangkang akan menganjurkan himpunan haram untuk menggulingkan kerajaan. Mereka tidak lagi memikirkan akan keselamatan orang awam, peniaga sekitar, pelancong, dan sebagainya yang penting mereka mahu mencapai matlamat mereka teruatamanya Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Pihak Polis perlu membuat siasatan secara menyeluruh rancangan untuk mengadakan perhimpunan haram dan mengenal pasti dalang yang didakwa cuba untuk menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan haram pada 31 Disember 2013. Jika perhimpunan haram ini berlaku ia akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara, dan orang awam polis perlu mengambil tindakan bagi memastikan perhimpunan berkenaan tidak akan dijalankan.

Kematian Anggota TLDM Akan Disiasat!!! @PDRM



KOTA KINABALU: Pihak polis akan membuka kertas siasatan berhubung kes kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3 Dis lalu, jika ia mempunyai unsur jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya akan menyiasat mengikut peruntukan Kanun Acara Jenayah setelah menerima laporan dari semua jabatan termasuk laporan bedah siasat dan patologi.

"Kalau ada unsur-unsur jenayah kita akan menjalankan siasatan lain yang ada kaitan. Setakat ini kita siasat kematian mengejut dan jika mati akibat itu, kita akan tutup kes," katanya.

Beliau turut meminta semua pihak termasuk media agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.

Menurut laporan, Laskar Kelas Pertama itu yang berasal dari Tenom dipercayai mati lemas ketika menjalani latihan renang di platform Danau di Stesen Uniform, Pulau Terumbu Ubi di Laut China Selatan.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, mangsa, Asrup Raidin, 27, dikatakan sedang melaksanakan latihan renang bersama beberapa pegawai TLDM yang lain sebelum mangsa dilihat letih dan lemah lalu dibawa ke jeti untuk diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, Panglima Wilayah Laut Dua Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammad Rosland Omar berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

- Bernama

KEJAM!!! 7 Sekeluarga Dikurung Ah LONG!!




Akibat bapa berhutang dengan ah long kerana ketagih judi, tiga anak lelaki berusia 61 tahun itu, seorang menantu dan tiga cucunya yang masih kecil menjadi mangsa apabila ah long bertindak mengurung mereka dalam rumah dengan merantai besi mengunci pintu rumah di Segambut Muda.

Bapa berkenaan meninggalkan sekeping nota tertera nombor telefon dipercayai milik ah long serta jumlah hutang RM2,000 yang perlu dibayar sebelum menghilangkan diri bulan lalu, kerana bimbang diburu ceti haram berkenaan.

Isterinya, Chan Ah Lin, 55, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian pada 9 Disember lalu, itu jam 4 petang, selepas mendapat panggilan telefon daripada anak sulung memberitahu mereka sekeluarga diserang sekumpulan along yang datang ke rumah.

“Saya bergegas pulang ke rumah dan mendapati mereka tidak dapat keluar kerana pintu utama sudah dikunci daripada luar menggunakan rantai besi. Anak sulung memanjat keluar melalui tingkap dan berusaha membuka kunci mangga menggunakan tukul, namun gagal.

“Jiran yang mendengar bunyi bising ketukan datang ke rumah untuk membantu, namun gagal. Anak sulung saya kemudian ke kedai membeli gergaji untuk memotong rantai besi berkenaan,” katanya yang ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.

Menurut Ah Lin, anaknya menyedari mereka sekeluarga dikurung selepas menerima panggilan telefon daripada ah long memberitahu mereka sudah merantai pintu kerana gagal membayar hutang sejak pertengahan bulan lalu.

“Setiap kali ah long datang rumah, kami yang sengsara. Sejak 10 tahun lalu, hampir RM100,000 wang sudah dihabiskan untuk membantu melangsaikan hutang dia (suami) dengan ceti haram, namun hingga sekarang dia masih belum insaf.

“Hingga awal Disember ini, sudah tujuh ceti haram datang ke rumah mencarinya, manakala lebih 10 lagi sering menelefon kami sekeluarga. Kami tidak tahu ke mana dia menghilang kerana sejak aktif berjudi, dia jarang pulang ke rumah,” katanya.

Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil rundingan dengan along terbabit, pihaknya berjaya menyelesaikan sebahagian hutang lima daripada tujuh ah long tanpa mengambil kira sebarang bayaran faedah. – HMetro

TRAGEDI!! Gambar : 80 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Kurnia Jaya, TAWAU!!



Angin kencang dan kedudukan rumah yang terlalu rapat menyukarkan usaha memadam kebakaran yang memusnahkan 80 rumah di perkampungan atas air di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau, di sini, semalam.Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia Tawau, Rudy Fredzex@Parijik berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian bermula jam 9 pagi itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.05 pagi dan mengerahkan tiga jentera serta tiga kenderaan utiliti dengan kekuatan 30 anggota bomba termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, api sudah marak. Api merebak akibat angin kencang selain kedudukan rumah dibina terlalu rapat.

“Api dapat dikawal pada jam 10 pagi sebelum padam sepenuhnya jam 1 tengah hari. Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam. - SUMBER






PANAS!!! Video Mat Sabu Nak Saman Zahid Hamidi



Pemimpin kedua Pas, Mat Sabu telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menyaman Naib Presiden Umno,Zahid Hamidi atas dakwaan Zahid mengaitkan Mat Sabu sebagai penganut syiah.Mat Sabu juga berkata beliau hanya akan menyaman Zahid sahaja dan tidak akan saman KDN atau Jakim.

Zahid tempoh hari telah berkata yang beliau sedia menunggu saman dari Mat Sabu. KDN juga telah mengeluarkan bukti kukuh bahawa Mat Sabu adalah penganut syiah namun dinafikan oleh Mat Sabu.




BACA LAGI DI SINI

GERAM!!! Outlet P1 Wimax DiRempuh Kereta!!!


Outlet P1 wimax pula hancur dilanggar kereta pelanggan yang bengang!!


Ingat lagi beberapa hari yang lalu, kemarahan rakyat terhadap P1 Wimax telah membuak-buak mengakibatkan sebuah branch P1 di Selayang Mall rosak teruk apabila para pengguna mengamuk lantas menghancurkan branch tersebut.

Terbaru, sebuah lagi outlet P1 di sebuah lokasi area Damansara telah hancur dilanggar oleh sebuah kenderaan pengguna yang marahkan dengan permainan tipu daya P1 Buddy...

Ayuh sebarkan gambar ini biar Bigboss keparat P1 tahu betapa marahnya rakyat terhadap company anda!!

Jangan tipu rakyat, kemarahan kami ada batasnya!!

TU DIA!!! Khairy Bikin Panas Lagi!!!






Ketika ini pelbagai kontroversi dan isu panas telah menyelubungi Khairy tatkala tampuk pentadbirannya sebagai menteri baru berusia 6 bulan. Ada yang menyenangi tindakan beliau, tidak kurang juga yang mencemuh malah menghentam habis-habisan.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyuarakan kebimbangan golongan belia berhubung isu kenaikan kos sara hidup semasa mesyuarat Kabinet, pada Rabu.

"Saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili semua belia di luar sana berhubung kos sara hidup. Saya akan suarakan kerisauan golongan belia ini pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-29 2013-2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Khairy berkata tiga perkara pokok bagi golongan belia di negara ini ialah kos sara hidup, rasuah dan kejadian jenayah.

"Perkara ini perlu dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri supaya tidak ada tekanan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau mengulas ucapan Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohd Rapiee yang membangkitkan kebimbangan dan kerisauan golongan belia berhubung peningkatan kos sara hidup.

Mohamed Maliki turut menyatakan kebimbangan golongan belia berhubung Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang dijangka dilaksanakan pada 2015.

"Golongan belia ingin tahu mengenai kadar fiskal, kadar cukai dan landskap serantau kesan daripada komuniti ekonomi itu," katanya.

Terdahulu, Khairy dalam ucapannya berkata Kementerian Belia dan Sukan sedang dalam proses semakan semula Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) bagi menghasilkan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang lebih mantap dan komprehensif.

"Semakan semula dasar ini sedang diperkemas dan diperinci dengan mengambil kira penambahbaikan dan penyesuaian dengan peredaran masa kini serta dasar-dasar utama negara.

"Cadangan DBM juga dirangka agar menepati keperluan dan suara hati belia Malaysia," jelasnya.

Mengenai Parlimen Belia Malaysia (PBM), Khairy berkata sehingga kini, seramai 147,514 orang belia sudah mendaftar sebagai pemilih, iaitu 73.48 peratus daripada 200,000 sasaran minimum yang ditetapkan.

"Pemilihan untuk ahli Parlimen Belia dijangka pada Februari 2014 dan persidangan akan diadakan pada April 2014. Saya menyeru kepada semua agar bersama-sama membantu promosi Parlimen Belia yang akan berakhir pada 31 Disember ini," katanya. - Bernama

PROTES!!! 500 Penuhi Bangunan DBKL Isu Kenaikan Cukai!!!





Protes yang dijadualkan hari ini telah diganti dengan sesi 'bertemu pemimpin', kira-kira 500 penduduk dan penyokong turut memenuhi perkarangan bangunan DBKL. 

Mereka tidak melepaskan peluang menjerit slogan mahukan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Tengku Mansor membatalkan rancangan kenaikan cukai sehingga 300 peratus tersebut.

Hampir semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kuala Lumpur turun mengetuai orang ramai berhadapan dengan kawalan ketat di ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengesahkan surat tersebut diterima di kaunter dan dicop oleh pegawai berkenaan.

PRIHATIN : Bengkel Tawar Diskaun Membaiki Kenderaan Terlibat Banjir Di Kuantan!!!



Berita baik buat pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir di kuantan.

Bah yang melanda daerah ini awal bulan ini, bagai 'malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih', dengan ada yang mengalami kerugian dan ada pula yang meraih rezeki tanpa perlu dicari.

Peribahasa itu menggambarkan keadaan di bengkel-bengkel membaiki kenderaan di daerah ini yang dipenuhi kenderaan bersalut lumpur, menunggu untuk dibaik pulih selepas ditenggelami banjir.

Tinjauan mendapati ada bengkel yang beroperasi sehingga lewat malam bagi memastikan kenderaan pelanggan dapat dibaik pulih pada kadar segera.

Pemilik bengkel, Hashim Abdul Rahman berkata dalam situasi biasa bengkelnya menyelenggara sekitar lapan kenderaan sehari, namun kini mencecah 20 buah.

"Ada kenderaan yang ditenggelami air sepenuhnya dan ada yang hanya separuh. Dari segi kos baik pulih pula bergantung kepada tahap kerosakan, namun lazimnya paling teruk ialah sekitar RM2,000," katanya.

Menurut Hashim, bagi memastikan pelanggannya memahami kos yang perlu ditanggung, beliau akan memberi penjelasan mengenai alat ganti yang mungkin perlu ditukar serta kosnya.

"Saya akan lihat komponen yang terlibat, jika masih elok ia tidak perlu ditukar. Kadang-kadang saya perlu mencari alat ganti kenderaan sama ada di Kuantan atau Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, pengurus pusat servis Agenda Cendana Sdn Bhd, Mohd Fadil Ahmad berkata pihaknya menawarkan diskaun kepada pemilik kenderaan Perodua yang terjejas atas dasar keprihatinan. 

"Kami menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk upah yang dikenakan dan 20 peratus potongan bagi alat ganti yang digunakan dan harga istimewa ini hanyalah untuk pemilik kenderaan yang ditimpa musibah banjir," katanya.

Katanya dengan diskaun itu pelanggan hanya perlu membayar sekitar RM1,200 berbanding RM2,500 bagi kenderaan yang rosak teruk dan kurang daripada RM500 bagi kenderaan yang mengalami kerosakan kecil.

"Sehingga kini, kami menerima 90 kenderaan untuk dibaik pulih dan saya jangka bilangannya akan terus meningkat," katanya.

- Bernama

SUBHANALLAH!!! Van Hangus Terbakar, Surah Yasin Masih Selamat!!




Seorang warga emas dan anak perempuannya nyaris maut apabila van mereka tiba-tiba terbakar di atas Jambatan Sultan Mahmud, petang semalam (Sabtu).

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika Yahya Awang, 62, dari Pulau Duyong sedang dalam perjalanan ke rumah abangnya di Losong.

Beliau tidak menyedari perkara itu sehingga diberitahu pengguna jalan raya yang lain yang terlihat api di bawah vannya.

“Terkejut dimaklumkan perkara itu, saya lantas memberhentikan van saya di tepi jalan dan turun sebelum melihat api yang marak di bahagian letak kaki van saya.

“Saya segera menyuruh anak perempuan saya keluar dari van untuk menyelamatkan diri, bimbang akan berlaku letupan,” katanya di tempat kejadian.

Van itu dilapor hangus terbakar.

Yahya berkata beliau sempat menyelamatkan buah kurma yang dibawa balik dari Makkah sebulan lalu untuk diberikan kepada abangnya.

Menurutnya van itu yang dimilikinya sejak 30 tahun lepas turut digunakan untuk ke Kota Baharu, Kelantan dua hari lalu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Terengganu, Ahmad Fathi Abd Rahman berkata pihaknya menghantar sebuah jentera beserta tujuh anggota untuk membantu memadam kebakaran, sebaik diberitahu mengenai kejadian itu.

Turut berlaku kesesakan di atas jambatan ekoran kebakaran tersebut, katanya. – Bernama




Kenyataan P1 Wimax Isu Pelanggan Serbu Kaunter!!! Mesti Baca!!!

Salam sejahtera, tanpa prejudis, kami mendapati artikel saudara ada mempunyai unsur fitnah dan kesalahan fakta mengenai insiden yang melibatkan syarikat kami. 

Dukacita dinyatakan, sama ada niat anda memuatnaik artikel ini adalah dengan sengaja atau tidak, artikel ini telah memberikan tanggapan negatif terhadap syarikat kami. Untuk fakta sebenar mengenai artikel ini (insiden Selayang & Rempuhan Kereta), sila muat turun maklumat berikut di pautan ini http://bit.ly/penafianp1_2 . 

Sekiranya saudara adalah salah seorang yang terkesan dengan CTOS, saudara boleh merujuk kembali kepada kami melalui http://bit.ly/p1ctosinv untuk siasatan semula. 

Kami memohon jasa baik anda agar saudara dapat memadamkan atau membetulkan fakta ini dalam tempoh 48 jam, sekiranya saudara gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas saudara. 

Sekali lagi, kami memohon jasa baik saudara agar lebih prihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan sesuatu berita. 

Sekian terima kasih ....

Email dari Packet Buddy




 KISAH-KISAH PENGGUNA YANG Mengaku TERPEDAYA DI SINI

MELAMPAU!!! Polis Diserang Warga Asing Di Sarawak!!





Tindakan sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Betong, Sarawak, kira-kira jam 4 petang semalam menimbulkan tanda tanya sama ada terdapat usaha pihak tertentu mewujudkan senario seperti di Singapura minggu lalu.

Menurut sumber, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.

Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri.

Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.

GEMPAR!!! Gambar-Gambar Guan Eng Masuk Islam! MESTI TENGOK!!!




Hish!!!! Macam tak percaya je.....
Mungkin inilah "KEJAYAAN" PAS dalam mentarbiah kepimpinan DAP khususnya di Pulau Pinang.

SYABAS!! SYABAS!!! SYABAS PAS!!!!










Bila? PAS P. Pinang sendiri pun tak mampu menjaga kepentingan ISLAM di Pulau Pinang, apatah lagi nak mengislamkan Ketua Menteri Tokong tu. Cukup-cukuplah melacurkan agama demi kepentingan politik.