Nuffnang

ABIS LA...LAGI Pemimpin PKR Letak Jawatan!!!





Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai naib pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, berkuat kuasa serta merta hari ini.

Jelani berkata beliau secara moral mengambil keputusan itu kerana tidak berpuas hati dengan cara pelantikan barisan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau memberi alasan tidak boleh bekerjasama dengan kepimpinan MPN terutama Lajim dan kegagalan parti itu berhubung hak-hak Sabah dan autonomi seperti dijanjikan sebelum ini.

Bercakap pada sidang media di sini, beliau mempersoalkan pemilihan Lajim sebagai pengerusi MPN Sabah yang disifatkan tidak dibuat secara konsensus serta kaum Kadazandusun Murut (KDM) dalam PKR negeri tidak diberi kedudukan sewajarnya.

Beliau menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah atas kehendak sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak termasuk Barisan Nasional (BN).

“Saya belum menentukan sama ada akan menyokong kerajaan atau sebaliknya selepas ini,” katanya.

Mengenai keahliannya dalam PKR, Jelani berkata beliau sendiri tidak pasti sama ada beliau ahli parti itu atau sebaliknya kerana sejak mengemukakan permohonan menjadi ahli pada 2010, beliau tidak pernah menerima surat pengesahan bahawa beliau diterima sebagai ahli.

“Sehingga saya jadi calon, malah sehingga ke hari ini saya tidak tahu sama ada saya ahli PKR atau tidak. Saya anggap saya bukan ahli PKR sebab saya tidak pernah menerima surat pengesahan penerimaan dari ibu pejabat PKR,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Jelani yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi DUN Matunggong dengan majoriti 320 undi.

Beliau memperoleh undi sebanyak 6,947 berbanding pencabar terdekatnya Sarapin Magana daripada BN yang mendapat 6,627. – Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top