Nuffnang

RM 10 JUTA : MAS Dan Air Asia Didenda!!



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan Keputusan Cadangan (“Proposed Decision”) mengenai perjanjian “Comprehensive Collaboration Framework” (atau “Collaboration Agreement”) antara Malaysian Airline System Berhad (‘MAS’) dan AirAsia Berhad’s (‘AirAsia’).


MyCC telah mendapati bahawa kedua-dua syarikat penerbangan tersebut telah melanggar Akta Persaingan 2010 (“Akta”), Seksyen 4(2)(b) apabila membuat perjanjian yang mempunyai matlamat berkongsi pasaran dalam sektor servis pengangkutan udara yang dibekalkan kedua-dua syarikat tersebut di Malaysia.

“Perkongsian pasaran adalah pelanggaran yang serius dibawah Akta kerana pelanggaran tersebut mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran bagi barangan atau perkhidmatan,” kata Pengerusi MyCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob.

“Apabila perniagaan bersepakat untuk berkongsi pasaran, mereka bersetuju untuk
tidak bersaing pada kos yang akhirnya mungkin ditanggung konsumer.”

Keputusan Cadangan tersebut menggariskan penalti kewangan yang dicadang dikenakan ke atas MAS dan AirAsia berdasarkan pusing ganti yang telah diperolehi antara 1hb Januari 2012 dan 30hb April 2012 dari penerbangan masing-masing di empat laluan domestik berikut:


i. Kuala Lumpur-Kuching;
ii. Kuala Lumpur-Kota Kinabalu;
iii. Kuala Lumpur-Sandakan; dan
iv. Kuala Lumpur-Sibu


MyCC membuat kesimpulan bahawa menurut pelanggaran Seksyen 4(2)(b) oleh kedua-dua pihak, MyCC boleh mengenakan **(1) penalti kewangan RM10,000,000.00 ke atas MAS dan AirAsia.

Penalti kewangan ini adalah kurang daripada 10% pusing ganti sedunia (“worldwide turnover”) kedua-dua syarikat tersebut antara bulan Januari dan April 2012.

Jumlah penalti kewangan tersebut juga mengambil kira faktor peringanan (“mitigating factors”) seperti kerjasama dalam perkongsian data dan maklumat serta tindakan sukarela yang diambil oleh kedua-dua pihak dalam memansuhkan rujukan kepada laluan dan tumpuan pasaran seperti dinyatakan dalam perjanjian “Collaboration Agreement” daripada perjanjian “Supplemental Agreement” mereka yang berikutnya yang bertarikh 2hb Mei 2012.

Kedua-dua pihak mempunyai tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh Keputusan Cadangan itu dikemukakan untuk memberi perwakilan bertulis atau memberi indikasi sama ada ingin membuat perwakilan lisan kepada MyCC. – Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top