Nuffnang

GANDINGAN IDEAL: Saling Jadi Pencadang Mempertahan Jawatan






KUALA LUMPUR – Presiden dan Timbalan Presiden UMNO hari ini membuktikan bahawa mereka adalah gandingan ideal bagi menerajui parti itu apabila saling menjadi pencadang antara satu sama lain untuk mempertahankan jawatan masing-masing.


Perkara itu dinyatakan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Khairun Aseh kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan Presiden UMNO itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Ini menunjukkan kepimpinan mereka seperti kata pepatah ‘bagai aur dengan tebing’. Ini adalah gandingan ideal,” katanya.

Penyerahan borang Najib dilakukan serentak dengan borang pencalonan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diserahkan Setiausaha Politiknya Datuk Mohd Nardin Awang.

Khairun dan Mohd Nardin tiba serentak di kaunter pengambilan nombor giliran bagi menyerahkan borang pada pukul 8 pagi.

Khairun berkata sehingga borang itu diserahkan, belum ada pencalonan diterima daripada calon-calon lain bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Tiada sebarang masalah dan ia memenuhi semua peraturan yang ditetapkan, kata mereka.

Dalam pada itu, Khairun turut menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak Perdana Menteri kepada jentera parti yang bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses penyerahan borang yang bermula pukul 8 pagi dan tamat 5 petang ini.

Mohd Nardin juga menyampaikan penghargaan Muhyiddin kepada jentera parti.

“Sehingga kini, proses penyerahan borang berjalan lancar dan semuanya berjalan seperti yang dirancang,” katanya. – Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top