Nuffnang

BERITA BAIK BUAT GURU BERKAHWIN?





KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.

“Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.

“Ini atas dasar kemanusiaan…tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan,” katanya.

Terdahulu, menjawab soalan Hasbullah mengenai usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkasa Institut Perguruan Malaysia (IPGM), Mary berkata beberapa aktiviti dilaksanakan termasuk usaha untuk menarik 30 peratus pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai profesyen perguruan khususnya di IPG.

Institut itu turut melaksanakan usaha ke arah memberi penarafan kepada semua 27 kampus IPG di seluruh negara selain kursus-kursus untuk pengukuhan latihan perguruan dan pembangunan profesionalisme, katanya.

Bagi meningkatkan prestij IPG setanding institut pengajian tinggi awam (IPTA), satu pelan strategi telah dirangka untuk mencapai sasaran 33 peratus pensyarah IPG memiliki ijazah kedoktoran (PhD) menjelang 2020, kata Mary.

Beliau berkata pada tahun 2012, daripada 3,947 pensyarah IPG, seramai 308 pensyarah adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan 3,057 Sarjana. – Bernama


 BB : BUKAN SETAKAT GURU, TETAPI SEMUA PENJAWAT AWAM ATAU MANA-MANA PEKERJA YANG DI BAWAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PERLU DIPERTIMBANGKAN!! BUKAN GURU JER YANG ADA PERASAAN....
Share this article

3 Komen:

  1. Bekas penjawat awamJulai 02, 2013 8:31 PG

    Sgt bersetuju, perlu diberi perhatian serius. Bahkan jika sengaja dipisahkan atau diabaikan boleh dianggap memutuskan silaturrahim antara suami-isteri dan ibu / bapa -anak anak.

    BalasPadam
  2. harap JPA ambil contoh YB Timbalan Menteri MOE

    BalasPadam
  3. mengapa hanya guru sahaja?? penjawat awam lain juga mengalami nasib yg sama dan sukar berpindah dgn alasan tiada kekosongan..semua jabatan kerajaan haruslah menitik beratkan soal nilai kekeluargaan sebelum diberi mana2 penempatan.Pdrm,Tentera,kesihatan dan jabatan2 lain..harap tidak timbul sikap pilih kasih..kami juga MANUSIA..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top