Nuffnang

SAMBUTAN HARI POLIS DI PERBATASAN TUNTUT ANGGOTA LEBIH TABAH PERANGI MUSUH

Keluar daripada kepompong sambutan biasa seperti di balai polis, ibu pejabat daerah, di majlis rasmi atau di Pusat Latihan Polis (Pulapol), mereka bertekad untuk terus berbakti mencurahkan khidmat sehingga titisan darah terakhir.

Rata-rata anggota dan pegawai badan beruniform ini menyifatkan sambutan itu pastinya akan dikenang dalam sejarah perkhidmatan mereka kerana disambut di kawasan Operasi Daulat ketika memerangi dan menghapuskan musuh.





Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) mengawal keadaan ketika menjalankan pemeriksaan di beberapa rumah di Kampung Pinggir Bakau bagi mengesan saki baki pengganas Sulu.




Sambutan Hari Polis ke-206 di perbatasanmencabar anggota dan pegawai sang saka biru supaya lebih cekap dan tabah menghadapi ancaman pengganas Sulu dalam mempertahan keamanan dan kedaulatan negara. 

Detektif Kpl Mohd Hamdan Jeramatin dari Cawangan Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak berkata situasi ini mencabar mereka untuk terus memperkuat semangat menumpaskan pengganas.


"Memang lain dari lain. Situasi begitu mencabar kerana kami masih berada di Lahad Datu untuk Operasi Daulat ini.


"Semangat kami lagi tinggi dalam keadaan yang memerlukan kecekapan dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berhadapan musuh," katanya.


Pada kebiasaannya, beliau memerangi penjenayah, tetapi kali ini menghapuskan pengganas dan ia memerlukan iltizam serta tekad yang lebih tinggi.


DSP Anuar Jusoh dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sungai Besi pula berkata sememangnya risiko amatlah tinggi ketika di perbatasan dan sambutan yang ada sedikit sebanyak menyuntik semangat mereka untuk terus berkhidmat dengan
lebih berjaya.


Jelasnya tanggungjawab membuat tinjauan di udara dan menyampaikan maklumat operasi merupakan satu amanah demi keamanan dan kemakmuran masyarakat.


"Kami sentiasa memerlukan kerjasama dalam menangani krisis dan apa jua bentuk tekanan.


"Kami tabah, ikhlas dan perlu kesabaran yang tinggi untuk menyelesaikan komitmen yang diberi ini," katanya.


Sementara itu, Insp Roslini Yahaya dari Unit Media Cawangan Hal Ehwal Awam (HEA) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah berkata menjadi satu kebanggaan mewakili anggota dan pegawai wanita berkhidmat dan mencurah bakti di kawasan operasi.


"Kami menyalurkan maklumat kepada orang awam dan masyarakat sekitar mengenai situasi terkini di sini.


"Bukan mudah kerana situasinya berbeza dan mencabar tetapi atas tanggungjawab kepada negara, kami teruskan," katanya.


Lebih 300 anggota dan pegawai polis berkhidmat pada Operasi Daulat sejak kumpulan pengganas militan menceroboh Sabah 12 Feb lepas. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top