Program Belia Mahir 1 Malaysia??? Program ape ni? Program
Belia Mahir 1 Malaysia terdiri daripada 3 program
dan 1 program persijilan seperti berikut:
i.
Peringkat IKBN (Program
Perkasa Rakyat Mahir (STEP)
ii.
Peringkat Kompleks Belia dan
Sukan dan Kompleks Rakan Muda (Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF)
iii. Peringkat majikan/ industri
(Program PERANTIS (training at workplace)
iv.
Program Pentauliahan Pencapaian
Terdahulu (PPT)
Program
Belia Mahir 1 Malaysia – Peringkat IKBN (Program Perkasa Rakyat Mahir (STEP)
Program
ini dikenali sebagai Program Perkasa Rakyat Mahir (STEP) dengan menjadikan 15
buah IKBN di seluruh negara sebagai lokasi rakyat mendapat kemahiran dalam
bidang yang dikenal pasti.
Tenaga
pengajar IKBN sedia ada yang berkelayakan dalam mengikut modul akan dikenal pasti
untuk melaksanakan kursus ini di hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad (8.00 pagi
hingga 5.00 petang). Tempoh
pelaksanaan keseluruhan ialah 12 bulan. Bagaimanapun, tempoh pelaksanaan bagi
setiap modul adalah berbeza bergantung antara satu kursus dengan kursus yang
lain bergantung kepada kurikulum sedia ada.
Program
Belia Mahir 1 Malaysia – Peringkat Negeri & Daerah (Latihan Kemahiran Tidak
Formal (LKTF)
Program ini dikenali sebagai
Program LKTF dilaksanakan di semua Kompleks Rakan Muda dan Kompleks Belia dan
Sukan seluruh negara. Pelaksanaan kursus di hujung minggu ini akan diselaraskan
oleh pegawai dari IKBN yang berdekatan bagi memastikan konsep pelaksanaan
kursus modular ini sama seperti pelaksanaan di dalam IKBN.
Kursus-kursus yang
ditawarkan merupakan kursus yang tidak memerlukan penyediaan bengkel dan
peralatan yang berat, besar dan mahal untuk disediakan seperti:
-
Penyediaan Makanan
-
Pemprosesan Makanan
-
Membaik pulih Komputer
-
Tekstil Apparel
-
Kecantikan / SPA
-
Rekaan Rambut
-
Landskap
Program
Belia Mahir 1 Malaysia – Peringkat Negeri dan Daerah
(PERANTIS)
Program Belia Mahir 1
Malaysia peringkat industri/majikan ini dinamakan Program PERANTIS dan ia
merupakan program latihan di tempat kerja
sebenar (training at workplace).
Berbeza dengan program Perkasa Rakyat Mahir dan Program LKTF, program PERANTIS
merupakan program sepenuh masa yang dilaksanakan di industri/majikan.
Program
ini mengambil masa 6 bulan bagi satu sesi. Peserta akan ditempatkan di premis
kerja, diberi elaun RM300.00 sebulan/seorang dan majikan diberi insentif
RM200.00 bagi seorang peserta yang diambil menjalani latihan.
Kemahiran yang dimiliki oleh peserta akan dicatat
pada setiap hari di dalam buku log dan disahkan oleh pegawai yang dilantik
sebagai bukti terhadap kemahiran yang
telah diperoleh. Sijil kehadiran akan diberikan oleh pihak majikan kepada
peserta yang menamatkan latihan. Bidang yang terlibat adalah seperti berikut:
-
Kejuruteraan Automotif
(Membaiki kereta, pengetukan panel kenderaan, semburan cat kereta)
-
Kejuruteraan Elektrik
-
Tekstil dan Apparel (Jahitan
pakaian, langsir,,sulam menyulam)
-
Penyediaan Makanan
-
Kecantikan/spa dan
lain-lain.
Persijilan
Peserta Program Belia Mahir 1 Malaysia
Sijil kehadiran dan sijil kemahiran
modular yang diperoleh oleh peserta dalam program Perkasa Rakyat Mahir (STEP),
Program LKTF dan PERANTIS akan dijadikan bukti keterampilan bagi melayakkan
peserta mendapat persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pentauliahan
Pencapaian Terdahulu.
Peserta yang memiliki
kemahiran kerja sekurang-kurang 1 tahun layak memohon Persijilan Kemahiran
Malaysia Tahap 1 (SKM 1). Bagi belia-belia yang telah mempunyai SKM 1 mereka
boleh memohon untuk mendapatkan SKM 2 dan bagi yang telah mempunyai SKM 2
mereka boleh memohon untuk mendapatkan SKM 3.
Pelaksanaan program Perkasa
Rakyat Mahir, Program LKTF dan PERANTIS ini merupakan landasan kepada semua
masyarakat untuk meningkatkan kemahiran sedia ada sebelum layak memohon PPT.
Bilangan peserta yang telah
mengikuti Program Belia Mahir 1 Malaysia adalah seperti berikut:
Bil.
|
Program
|
Tahun
|
Jumlah Peserta
|
2009
|
2010
|
2011
|
1.
|
Program Perkasa Rakyat Mahir
(STEP)
|
-
|
-
|
4395
|
4,395
|
2.
|
Program LKTF
|
4486
|
3540
|
3540
|
11,566
|
3.
|
Program PERANTIS
|
2360
|
-
|
1180
|
3,540
|
4.
|
Persijilan SKM (PPT)
|
-
|
2245
|
4000
|
6,245
|
Jumlah Keseluruhan Peserta
|
25,746
|
Nota
: Bertanda ( - ) bagi tahun terlibat
menunjukkan tiada program dijalankan untuk tahun tersebut.
Maklumat Lanjut Layari :
atau