From Penang With Love, DAP Mula Terasa Bahang PRU 13

FAKTOR cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan bahawa mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13 berakhir.  Guan Eng begitu yakin dengan undi cina sehingga dalam satu kejadian di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas, Guan Eng dengan selamba meminta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah projek perumahan lereng bukit di kawasan tersebut, supaya mengundi BN.




Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi cina sudah 100% akan memihak kepada DAP.

Tapi tanpa Guan Eng sedar, pengundi cina sekarang (terutama di Pulau Pinang), lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar.  Paling ketara, sejak perhimpunan Bersih 3.0 April lepas berakhir dengan keganasan dan rusuhan.  Orang cina semakin sedar bahawa DAP membiarkan parti itu diperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan peribadinya semata-mata.

Satu perkara lain yang tidak kurang penting, selama hari ini, rakyat sekadar dimomokkan dengan tema ketelusan, keterbukaan dan seumpama dengannya yang didakwa diamalkan DAP.  Penubuhan jawatankuasa CAT (Competency, Accountability and Transparency) di peringkat DUN sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, seakan-akan membuktikan kebenaran tanggapan itu.

 



Tapi sebaliknya pula yang berlaku selepas puak-puak ini berkuasa.  Sepanjang 4 tahun ini, tidak banyak yang boleh disebut tentang ketelusan dan keterbukaan DAP.  Sebaliknya yang berlaku, Ketua Menterinya sedang mencapai tahap dictator, sebarang kritikan (walaupun kecil), akan diugut dengan saman.

DAP juga gagal mengendalikan perhubungan kaum dengan baik.  Terang dan jelas, keutamaan diberikan sepenuhnya kepada orang cina sementara orang Melayu dipinggirkan.  Satu kajian pada 2011 menunjukkan, jumlah orang Melayu di bahagian pulau menyusut sebanyak 70% sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

 



Ramai orang cina sendiri (terutama peniaga) yang tidak senang dengan pendekatan ini kerana ia seolah-olah ‘mencuri’ pelanggan mereka.  Umun tahu bahawa orang Melayu adalah kuasa pengguna terbesar di Pulau Pinang, sementara orang cina mengawal bidang perniagaan.

Taktik yang digunakan ialah dengan membeli tanah milik orang Melayu dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan memaksa mereka berpindah ke tanah besar.  Inilah juga sebabnya kenapa harga hartanah di Pulau Pinang, jauh lebih mahal dari harga hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.  Tidak hairan kenapa sepanjang tempoh 4 tahun ini, DAP gagal melaksanakan satu projek perumahan kos rendah pun untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.




Mana ada untung beli tanah mahal-mahal, selepas itu bina rumah kos rendah?

Kerakusan DAP tidak terhenti kepada tanah-tanah orang Melayu yang dibeli, malah tanah yang sudah dirizabkan untuk pembinaan rumah kos rendah pada zaman BN di jalan Zainal Abidin juga diserahkan kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibina sebuah hospital swasta.  Hakikatnya, hospital swasta itu belumpun mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan tapi hak rakyat untuk rumah kos rendah, sudah dinafikan Guan Eng.



Terbaru, Gerakan negeri pula mendedahkan bagaimana Guan Eng gagal menamakan Pengerusi  Lembaga Tender Negeri yang baru seterusnya menimbulkan persoalan adakah kroni Guan Eng dan DAP yang dilantik menduduki jawatan tersebut atau Guan Eng sendiri terlibat secara langsung dalam Lembaga itu.  Jika itu benar, tidak hairan kenapa Guan Eng menjadi kesayangan pemaju tapi menjadi kebencian rakyat dalam masa yang sama.



Selain dari itu, rakyat melihat sendiri susunan kegagalan Guan Eng dan DAP sebagai Ketua Menteri dan parti memerintah melaksanakan janji pilihanraya 2008.  Masalah kesesakan jalan raya yang dijanjikan parti tersebut untuk diselesaikan, masih berlarutan sehingga sekarang, malah bertambah teruk.  Tol Sg Nyiur yang dijanjikan Guan Eng untuk dirobohkan dalam satu demonstrasi yang diadakan pada 2007, masih beroperasi sehingga sekarang dan banyak lagi sebenarnya kalau nak disebutkan disini.

Sementara BN negeri pula sedang mengalami proses evolusi besar-besaran sejak Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatan Pengerusi BN negeri kepada Setiausaha Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow.




Rakyat makin sedar, apa pun yang buruk dicakapkan DAP mengenai pentadbiran terdahulu, satu yang diakui sendiri rakyat ialah BN tidak pernah meminggirkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah.

Maka itu, biarkanlah DAP dan Guan Eng terlena dengan mimpi-mimpi indahnya, sementara rakyat dibawah menanti sahaja masa untuk menghumbankan anak kelahiran Johor tapi bermaustatin di Melaka ini pulang ke tempat dimana dia sepatutnya berada.

Sama Seperti Kelantan, Syawal Ini Syawal Terakhir Pas di Kedah

Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya, parti Pakatan Rakyat pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya. 
 



Ini kerana PR sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan sekiranya menang nanti.   Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong pipi, sedia akur  dengan ‘penentangan’ DAP asalkan DAP masih bersama mereka, tetapi DAP pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya.  Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13, bagaimana PR mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka?

Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka.   Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang, antara negeri yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah. 




Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak diketahui kerap menjadi tumpuan media, bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya yang panas baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih ‘don’t give a damn’.   Oleh kerana personalitinya ini, beliau telah mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu. 

Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu luas kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah.  Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua.  Jika dikritik, beliau menafi.  Jika disoal, beliau melenting.  Akhirnya, satu masalah pun tidak dapat diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir sepenggal pemerintahan. 




Akibat terlalu angkuh dan tidak peka, Azizan dipergunakan oleh musuh-musuh yang menyamar sebagai kawannya.  Cerita mereka, mudah sekali untuk mengsabotaj Azizan kerana beliau akan mempercayai siapa saja yang ingin dipercayainya dan siapa yang bijak meraih kepercayaannya pasti akan memperoleh keuntungan.  Pendek kata, beliau mudah ditipu hidup-hidup di depan batang hidungnya sendiri tanpa beliau mengesyaki apa-apa. 

Musuh paling bahaya bagi Azizan bukanlah parti lawan atau UMNO, tetapi dari dalam partinya sendiri iaitu PAS.  Malah, dalam banyak hal, PAS Pusat juga mengambil sikap ‘dingin’ terhadap Azizan dalam banyak hal akibat terpengaruh dengan musuh-musuh beliau yang licik-licik belaka. 

Jika rakyat Kedah sebelum ini ingin ‘mengajar’ UMNO dengan menyerahkan mandat kepada PAS tetapi kini rakyat sudah sedar bahawa seburuk-buruk UMNO sebelum ini, lebih buruk lagi PAS yang bertopengkan Islam, dungu lagi licik dan jahat.   UMNO walaupun dituduh korup dan bermacam-macam lagi, tidak pernah pun memangsakan rakyat. 




Namun, di bawah kerajaan ‘Islam’ PAS, rakyat Kedah terpaksa menanggung tariff air yang tinggi dan menghidu bau busuk sampah di sekitar bandar Alor Setar setiap hari.  Jalan-jalanraya juga tidak diselenggara dengan baik, melainkan di hadapan rumah yang didiami MB sendiri.   

Setelah 4 tahun berlalu, terserlahlah sudah sikap kerajaan PAS Kedah yang tidak prihatin dengan segala rungutan rakyat termasuk dalam isu perobohan madrasah, tanah rizab Melayu yang bakal dijadikan jirat Cina, masalah banjir dan pencemaran sungai akibat pembalakan yang berleluasa serta masalah KUIN yang dibiarkan sehingga meruncing dan tidak dapat dikawal.     

Semua masalah yang berlaku ini pula ditudingkan kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa penyelesaian. 

Lebih malang bagi PAS kerana PAS Kedah juga ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk dijadikan pengganti Azizan.  Semua orang tahu bahawa kalau ada pun pemimpin PAS yang menonjol dari Kedah, semuanya hanya menjadi bahan lawak jenaka rakyat kerana kebodohan mereka yang ketara, antaranya, Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan merapu.   Yang lainnya pula begitu kampungan dan tidak boleh dibawa ke tepi, ke tengah dan majlis-majlis rasmi di peringkat kerajaan, diRaja, kebangsaan jauh sekali global.  Malah, Azizan sendiri sering merungut mengenai sikap para Exco yang memalukan dan tidak sesuai serta tidak dapat mengadaptasi cara bekerja dengan sebenar-benarnya. 




Seorang dua yang ‘professional’ di kalangan PAS Kedah pula, semuanya licik mempergunakan Azizan untuk mengaut wang negeri demi kepentingan diri. 

Dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah dan tidak dapat disembunyikan lagi dari mata rakyat, PAS sudah kehilangan kredibiliti sebagai parti Islam yang menjadi penyebab utama rakyat Kedah mengundi mereka sebelum ini. 

Justeru, isyarat yang diterima dari sumber dalaman PAS menyatakan bahawa secara diam-diam, PAS sudah pun ‘menerima’ kekalahan mereka di Kedah dan mula menumpukan kepada negeri-negeri lain bagi memastikan kemenangan di dalam Pilihanraya nanti.   Apa yang lebih ‘menyakitkan hati’ PAS ialah, sikap MB Kedah yang masih terus menafi dan ‘mempersetankan’ apa saja teguran terhadapnya. 

Kini, satu persoalan yang tinggal ialah, apakah UMNO telah bersedia meranapkan PAS di Kedah?  Sesungguhnya, PAS Kedah telah pun cedera parah dan hanya menunggu tusukan maut keris UMNO untuk mengakhiri penderitaan rakyat.

Cukup Sampai Di sini Saja... Syawal Terakhir PAS di Kelantan

Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu, kini hanya tinggal beberapa hari lagi menjelangnya 1 Syawal yang sudah tidak sabar kita semua nantikan.

Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak saudara.

 



Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan masih lagi dikuasai PAS.




Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat Kelantan akan kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan bermulanya PRU 13.

Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu berganding bahu membina Kelantan Baru, tidak syak lagi Aidilfitri ini amat bermakna sekali.

 



Lebih kurang 22 tahun Kelantan dibayangi kelemahan urus tadbir negeri gara-gara sikap tidak cakna Menteri Besarnya yang lebih banyak bercakap berbanding kerja buat, kini tibalah masanya untuk melakukan perubahan total.

Mengikut beberapa kajian, analisis dan simulasi terkini berkaitan kecenderongan para pengundi di Kelantan, kesemuanya positif meletakkan BN khususnya UMNO berada di posisi yang selesa untuk menang di 25 hingga 29 kerusi DUN.
 



Jumlah kerusi itu termasuk semua 7 DUN yang sedang berada dalam genggaman sekarang yang mana turut berpeluang menambah undi sokongan dan majoriti kemenangan.

Sebelum ini, kedudukan BN cuma selesa di 23 kerusi sahaja bagaimanapun beberapa perkembangan menarik akhir-akhir ini di negeri Serambi Mekah ini nampaknya telah meningkatkan lagi peluang untuk BN dalam PRU kelak.

 



Beberapa isu yang dekat di hati rakyat ternampak jelas semakin mengharu-birukan kepala pemimpin PAS negeri umpamanya membabitkan isu bekalan air bersih yang kerap terputus-putus di banyak kawasan termasuklah kejadian yang terbaru di KB Mall seminggu dua lepas.

Penyertaan beberapa NGO yang aktif memperjuangkan penyelesaian isu air bukan sahaja berjaya menambah kesedaran di kalangan ramai rakyat negeri ini malah kesannya kian ramai yang mula berani mempertikaikan kelemahan urus tadbir kerajaan Nik Aziz yang agak tidak efisien.

 



Isu royalti minyak yang sebelum ini dianggap senjata penting PAS pula semakin tumpul sebaliknya mencengkam pula leher PAS hinggakan menimbulkan desakan dalaman menuntut pemimpin kanan PAS, Husam Musa supaya lebih banyak diam untuk mengelakkan PAS teruk dihentam atas kebodohan sendiri.

Manakala isu ladang rakyat yang hingga kini masih menghantui pendudk di Selatan Kelantan pula bukan sahaja bakal menyebabkan gelombang kebangkitan rakyat menolak PAS dan Nik Aziz semakin kuat mengasak, malah tidak mustahil kekuatannya bakal melampaui rekod yang pernah dicatatkan semasa PRU 11 tahun 2004 yang menyaksikan PAS hampir mati kelemasan di negeri tersebut.

Sementelah lagi ditambah dengan bonus keaktifan bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali yang kerap berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang melalui roadshownya yang sentiasa menarik perhatian ramai penduduk negeri itu, kesannya kini sudahpun cukup menyebabkan ramai pemimpin
PAS terpaksa mula mengira hari-hari akhir sambil mencongak wang pencen persaraan.




Gabungan semua isu tersebut ditambah dengan kajian data, analisis serta peranan beberapa faktor lain yang diketahui seringkali menentukan turun naik undi sesebuah parti di Kelantan, maka tidaklah keterlaluan untuk kita nasihatkan para penyokong PAS di perantauan yang masih menyokong PAS supaya raikanlah Aidilfitri ini dengan hati yang tenang dan tidaklah terlalu gundah gelana dalam jiwa.

Cukuplah 22 tahun PAS bermaharajalela menjahanamkan masa depan negeri ini seakan sengaja disia-siakan begitu sahaja dek kerana terlampau kemaruk mengejar komisyen balak dan laba untung hasil usaha ali-baba gadai tanah negeri tapi hasilnya pula mengalir pada Cina DAP dan Cina Singapura.

Tak usahlah dicemari Aidilfitri ini dengan sendu tangis mengenangkan bakal perginya tak kembali sebuah parti yang selama lebih dua dekad diberi peluang mentadbir Kelantan ini, hanya air liur dan janji manis sahaja yang mampu ditaburi.

PAS itu Islam Atau Islam itu PAS???

Reali atau Fantasi??? Telah menjadi satu trend bagi penyokong dan pemimpin PAS tatkala bertelingkah pendapat sesama Islam, mereka akan sentiasa mengambil pendirian mendahulukan kepentingan politik kepartian sekalipun ianya langsung tidak menepati anjuran Islam yang mahu umatnya berlapang dada dalam menerima perbezaan pandangan.



Sikap bongkak dan perilaku taksub pada parti yang ditonjolkan oleh penyokong dan pemimpin PAS dalam banyak hal membabitkan kepentingan ummah seakan sudah satu lumrah berkemungkinan berkait rapat dengan asal usul penubuhan PAS itu sendiri yang lahir dari perasaan dendam dan irihati.

Lanjutan dari itu menyebabkan ramai penyokong PAS mahupun pemimpin mereka sentiasa berusaha mencari alasan untuk memperlihatkan pendirian mereka dalam sesatu isu adalah betul dan tidak pernah silap, manakala apa sahaja yang diusahakan oleh UMNO akan cuba dipropagandakan sebagai salah dan tidak pernah betul di mata mereka.



Pada mereka, hanya PAS sahaja yang layak diiktiraf sebagai pejuang Islam sedangkan orang-orang Islam yang mendukung perjuangan UMNO dianggap sebagai telah lari dari landasan Islam sekaligus dihukum sebagai kafir dan hanya neraka jahanam sahajalah tempat yang sesuai untuk orang Islam yang menentang PAS.

Bila sahaja UMNO tampil dengan pelbagai program pembangunan Islam misalnya penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Tabung Haji, membina masjid-masjid dan surau misalnya, tidak bertangguh lagi PAS segera menggerakkan jenteranya bertujuan memperlekehkan segala daya usaha tersebut sebagai kononnya tiada nilai di sisi Allah s.w.t.

 



Di awal penubuhan Tabung Haji, Bank Islam dan UIA, tidak sedikit kata nista dan tuduhan jahat dilemparkan konon semuanya itu sekadar wayang oleh pihak Kerajaan Pusat pimpinan BN untuk menarik sokongan umat Islam yang di dakwa semakin telah beralih arah kepada PAS.

Tidak cukup dengan tuduhan tersebut, ada pula yang lancang mulutnya menghukum sesiapa sahaja yang mengerjakan haji dengan menggunakan khidmat Tabung Haji maka ibadah hajinya tidak sah dan perlu dilaksanakan sekali lagi.

 


Sedangkan sejak Tabung Haji beroperasi secara rasmi pada 1963, badan tersebutlah yang paling banyak berjasa membantu umat Islam merencanakan wang tabungan mereka, membantu menguruskan perjalanan dan penginapan sehinggalah selesai terlaksana ibadah haji di Kota Suci Mekah.

Malah kini, tiada siapa pun dapat menafikan hampir di segenap pejabat Tabung Haji di seluruh negara pastinya mudah untuk kita bersua muka dengan penyokong PAS yang mencari rezeki di Tabung Haji tanpa sedikitpun rasa segan atau malu pada kata dusta dan tuduhan yang pernah pemimpin mereka lemparkan dulu.




Jika benar penubuhan Tabung Haji itu hanyalah wayang atau haram berurusan dengannya, apa perlu lagi untuk penyokong PAS menumpang rezeki di sana? Atau sebenarnya segala tuduhan sebelum ini hakikatnya hanyalah omong kosong politik kepartian dek kerana benci dan iri hati dengan kebijaksanaan pemimpin UMNO dalam menguruskan hal ehwal kemaslahatan umat.

Demikian juga bila Bank Islam dan UIA ditubuhkan, bukan sedikit propaganda dimainkan oleh pemimpin PAS cuba menghasut umat supaya meyakini kedua-duanya itu hanyalah 'senjata politik baru' UMNO untuk melemahkan pengaruh PAS.

 



Dalam pada hasutan terus dilaksanakan, tak semena-mena bila PAS mengambilalih Kelantan pada 1990, boleh pula MBnya membuat keputusan menyimpan wang kantung negeri tersebut dalam Bank Islam. Malah dengan bangga pula Nik Aziz mengumumkan kononnya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang menyimpan dan berurusan dengan Bank Islam.

Pelik bukan? Sekian lama sebelumnya penubuhan Bank Islam diperlekehkan hanya kerana ia hasil usaha pemimpin UMNO, selang bertahun kemudiannya PAS berbangga pula dapat berurusan dengan 'senjata politik baru' UMNO.

Inilah tabiat kebiasaan PAS yang agak terserlah sekian lama, malu untuk mengakui jasa bakti UMNO dalam membangunkan umat Islam dan meningkatkan imej agama, tapi di masa yang sama kerana wujudnya sikap taksub pada parti sendiri telah menghalang pemimpin PAS untuk memberi pengiktirafan sewajarnya.

Begitu juga bila UIA mula beroperasi, ramai pemimpin PAS mendakwa penubuhannya semata-mata untuk meningkatkan imej Islamik UMNO. Saban tahun berlalu selepas itu, universiti tersebutlah yang banyak menghasilkan produk anak muda yang pro PAS malah ada kalangan pemimpin PAS sekarang pun datangnya dari universiti itu.




Masjid dan surau pula yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan hasil keprihatinan UMNO terhadap amal ibadat umat Islam juga dipandang sepi oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Dalam pada itu, disebabkan taksub pada semangat kepartian, boleh pula PAS menumpukan usaha khusus untuk mengambil alih jawatankuasa sesebuah masjid dan surau untuk keperluan melebarkan pengaruhnya melalui program keagamaan di Rumah Allah itu.

Untuk kepentingan politik PAS tidak segan menyeleweng hasil usaha UMNO yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan umat. Mereka hanya tahu mengomel kata dusta mempertikaikan segala usaha UMNO, tapi bila tiba masanya mereka jugalah yang paling ke depan menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Segalanya ini membuktikan PAS bukanlah sebuah parti Islam sebagaimana kerap dipropagandakan oleh pemimpin mereka. PAS hanyalah sebuah parti politik yang memperalatkan Islam demi manfaat peribadi, puak dan parti.

PAS gagal melihat realiti dengan mata hati akan hakikat dirinya yang sebenar. Ketaksuban pada parti menyebabkan PAS dibutakan mata hati hingga gagal melihat kenyataan yang sejak lebih 60 tahun usia PAS, hanya air liur dan kecelaruan fikiran sahaja yang dapat disumbangkan olehnya kepada umat dan negara.

Gempar !!! Nasharudin Letak Jawatan Dalam Pas Kerana Gambar Ini

Hanya kerana sebuah foto gambar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.




"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.


Sementara itu Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Nasruddin Tantawi telah Mengeluarkan kenyataan seperti berikut:


Yb Ust Nasharudin perlu datang, bincang dengan parti.

1. Sehari dua ini semakin kencang topik bahas mengenai kedudukan Yb Ust Nasharudin. Mengambil kira beberapa langkah beliau mutaakhir ini yang sangat pincang malah secara terbuka menolak keputusan parti.


2. Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti. Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS.


3. Saya tidak nampak Yb Ust Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah.


4. Saya menggesa supaya Yb Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Yb. Dato Hassan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan.


5. Yb Ust Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.


6. Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini justeru Allah pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/08/kenyataan-terkini-pas-berhubung-isu.html#ixzz23bma934f

PANAS : Dalang di Sebalik Komplot Jatuhkan Najib Dibongkar

Panas Beb. Gua ingat Anwar ni BERSIH beb, namun rupanya BERSHIT ada la. Raja Petra Kamaruddin (RPK), penulis kontroversi, yang pernah dirawat kerana masalah ‘jiwa’ ketika muda, sekali lagi membuat kejutan melalui tulisan terbarunya. Kali ini, beliau mempersoalkan kewibawaan P.Balasundram, seorang penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan pembangkang dengan Perdana Menteri. 




Realitinya, kes tersebut telah pun selesai dan terbukti tiada sebesar hama pun bukti atau saksi yang boleh mengaitkannya dengan Perdana Menteri.  Namun, entah kenapa, kes ini masih lagi ‘berkumandang’ di udara Malaysia saban hari terutama di portal-portal pembangkang.  Nampaknya mereka masih tidak berpuas hati kerana ‘dalang’ pembunuhan masih belum tertangkap, kata mereka. 

Tentu sekali semua pihak termasuk Perdana Menteri inginkan kebenaran dan inginkan agar dalang tersebut ditangkap.  Oleh itu, walaupun kita musykil dengan kewibawaan dan ‘kewarasan’ RPK, kita harap tulisan beliau yang terbaru ini dapat memberikan kita sedikit harapan. 

Kali ini, RPK membayangkan persoalan sama ada Balasundram terlibat dalam pembunuhan Altantuya secara langsung memandangkan keterangannya yang kabur, berbelit-belit dan beberapa kali ‘U-turn’ setiap kali disoal-siasat dan membuat kenyataan.  

RPK juga mengulangi kenyataannya bahawa pihak pembangkang, terutamanya Anwar, menjadi dalang memburukkan nama Dato’ Seri Najib dengan mengaitkan beliau dalam pembunuhan Altantuya. 

Nama-nama yang disebut oleh RPK  selain Balasundram dan Anwar, termasuklah peguam PKR M.Puravalen dan Ahli Parlimen Subang serta pengasas SUARAM, Sivarasa Rasiah.  Puravalen pula dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan personaliti yang pernah menjadi kontroversi di era Tun Abdullah Badawi, iaitu Kalimullah Hassan. 

RPK mendedahkan bahawa Balasundram dijanjikan upah setinggi RM5 juta untuk membuat akuan bersumpah mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya dibayar RM700,000 yang mana menjadi punca beliau membuat U-Turn.  Beliau kemudiannya diupah oleh pihak lain pula untuk membuat cerita yang berlainan. 

Apapun peranan Balasundram dalam kes Altantuya, iaitu sama ada beliau adalah pembunuh, bersubahat dengan pembunuh, perancang, atau sekadar mengambil kesempatan, yang menjadi persoalan di sini ialah peranan pihak pembangkang, atau lebih tepat Anwar Ibrahim, dalam menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri. 





Walaupun RPK mempunyai rekod sakit mental, dan sering berhalunisasi menjadi manusia berintegriti atau wira penyelamat negara tetapi kita tidak boleh mengenepikan sahaja seluruh skrip yang ditulisnya kali ini.  Ini kerana, ini bukan kali pertama beliau mendedahkan perkara yang sama di mana sebelum ini, beliau juga mengakui terlibat sama dalam menyebar fitnah tersebut terhadap Perdana Menteri berdasarkan ‘dengar-cakap’ setelah diarah atau mungkin diupah oleh pihak-pihak tertentu.  Untuk itu, sekadar rekod, RPK juga adalah penulis upahan dan bagi seorang penulis upahan untuk mengaku salah atau silap menyebar fitnah, pastinya menunjukkan yang beliau berkata benar.   Lagipun, tidak mungkin seorang yang ego seperti beliau sanggup mengaku tersilap yang mana pasti akan merosakkan kredibilitinya. 

Oleh itu, tidak perlu untuk kita bertanyakan tentang motif RPK mengambil sikap seperti Balasundram iaitu membuat U-turn dalam perkara ini, tetapi kita perlu bertanyakan diri kita apakah wajar kita memberi mandat kepada pembangkang yang begitu jahat dan busuk hati dalam pilihanraya kali ini?

Kenapakah pembangkang tidak berani berdepan dengan Perdana Menteri secara anak jantan melalui pilihanraya dan beradu kekuatan dengan menabur jasa?  Kenapa perlu memfitnah dan mengupah begitu ramai orang untuk menjatuhkan Perdana Menteri? 

Apakah kerana mereka sedia maklum bahawa rakyat tidak bersama mereka dan memerlukan ‘jalan-belakang’ untuk berkuasa?   Apakah mereka sebenarnya amat menyedari akan kelemahan dan ketidakupayaan mereka?

Apapun, pendedahan RPK tidak harus diabaikan sahaja.  Ia perlu dibawa ke atas agar kebenaran terserlah dan agar roh Altantuya dapat bersemadi dengan aman.

Himpunan Ambang Merdeka Anjuran PR Bakal Tawan Putrajaya Dengan Keganasan???

Adakah kita semua bersedia untuk melihat dan menyaksikan sekali lagi demonstrasi jalanan?? Adakah kita semua merelakan sambutan kemerdekaan yang ke-55 kali ini diisi dengan kekacauan dan huru-hara???

Selama lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan "Janji Ditepati" yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik.

Serentak dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza.




Malangnya, dalam pada pihak pembangkang bersungguh melancarkan kempen boikot terhadap tema Janji Ditepati atas alasan kemerdekaan negara dicemari unsur politik, kini tidak semena-mena timbul pula gabungan 20 NGO pro pembangkang yang mahu membuat himpunan 'Janji BERSIH' di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012.

Kesemua muka-muka individu yang mengaku mewakili 20 NGO itu merupakan muka sama yang mendukung perjuangan PR malah terlibat secara langsung menganjurkan himpunan Bersih 3.0 yang berakhir dengan huru-hara dan keganasan pesertanya tempohari.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang mengetuai kesemua NGO tersebut juga secara sinis menyindir tema "Janji Ditepati" sebagai janji-janji kosong oleh kerajaan, di masa yang sama turut menyeru rakyat Malaysia memakai pakaian kuning sempena sambutan kemerdekaan kali ini.


 



Tanpa segan atau malu, mereka masih juga mengusung 8 tuntutan berkaitan pilihanraya yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sekalipun tahu ia tidak kena pada masa dan tempatnya.

Bak kata pepatah, kata dulang paku serpih, sibuk mengata pada kerajaan rupanya PR yang lebih.

Dalam pada itu, perhimpunan 'Janji BERSIH' yang mereka rancang itu berkemungkinan besar langsung tidak akan menepati tema yang mereka suarakan.

Rekod sebelum ini menunjukkan sebaik selesai sahaja perhimpunan anjuran puak-puak ini, sampah sarap dan kotoran yang beratnya bertan-tan pasti kelihatan di merata-rata tempat mereka berhimpun.

Situasi sama yang bersepah-sepah dengan sampah sarap, kondom dan kotoran lain pastinya akan berulang jika dilihat pada muka-muka sama yang terlibat langsung menganjurkan perhimpunan kali ini.




Selain itu, jika kita masih ingat semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, sekalipun pada awalnya pemimpin PR dan NGO proksi mereka menjanjikan perhimpunan yang aman damai serta tenteram, hakikatnya banyak kerosakan harta benda awam, kemusnahan kenderaan polis dan kecederaan berlaku disebabkan perilaku ganas peserta mereka.

Pendek kata janji manis mereka untuk bersurai secara aman selepas dibenarkan berhimpun tanpa halangan bukan sahaja gagal ditepati malah dicabuli pula dengan aksi ganas dan tidak bertamadun.

Patutlah begitu sekali meroyannya pemimpin PR dan NGO proksinya apabila "Janji Ditepati" diangkat sebagai tema Kemerdekaan yang Ke-55.

Berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini, tidak salah untuk kita andaikan kemungkinan perhimpunan malam merdeka anjuran NGO proksi PR ini juga akan berakhir dengan aksi ganas dan perlakuan luar tabie yang lain. Betul tak?

Benarkah Ulama Pondok Menolak PAS???

Tuan Haji Abdullah Saamah, pengasas pondok Mahiliah Geting Tumpat telah menegaskan bahawa membantu memenangkan DAP, berjuang bersama DAP atau dalam ertikata lain, bekerjasama dengan DAP, hukumnya adalah haram.  Antara ulama yang menyokong pandangan ini ialah Tan Sri Harussani. 



Ini menunjukkan bahawa kedua-dua Ulama berjawatan dan Ulama pondok juga berkongsi pendapat yang sama. 

Dari segi kelayakan, Ulama berjawatan seperti Tan Sri Harussani tentulah tidak perlu dipertikaikan lagi. 

Manakala Ulama pondok pula, seperti Tuan Haji Abdullah Saamah juga bukan calang-calang tinggi kelayakannya kerana beliau telah berguru di berbagai tempat antaranya, Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj. Ismail Tok Som, Pondok Pujuk Dusun Belaga dan akhirnya di Mekah di mana beliau berguru dengan empat orang guru selama 12 tahun.  Tempoh pembelajaran beliau di kesemua pondok-pondok tersebut termasuk Mekah adalah melebihi 27 tahun.

Oleh itu, apabila kedua-dua golongan Ulama ini bersatu dalam memberi pendapat mengenai haramnya menyokong dan bekerjasama dengan DAP, maka ia bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan atau diketepikan.  Ini kerana, soal sokongan dalam parti politik akan menentukan masa depan ummah dan agama Islam di negara ini. 

Ini bukan kali pertama Tuan Haji Abdullah Saamah menegur kepimpinan PAS yang semakin celaru dan sesat bersama DAP.  Pada tahun 2010, beliau penah menegur PAS kerana berpolitik di dalam masjid iaitu berceramah dan menyampaikan khutbah atau tazkirah yang bertujuan menyebar kebencian dan memecahbelahkan ummah. 

Akibatnya, beliau telah dicerca oleh ahli-ahli PAS sebagai ‘anjing yang menjelir lapar dibeli UMNO’, digelar oleh Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah sebagai ‘unta’ dan dimaki ‘celako! celako!’ oleh Nik Aziz sendiri. 

Sebagaimana sewajarnya sikap seorang Ulama, Tuan Haji Abdullah tidak pula melenting dengan PAS tetapi meneruskan teguran beliau pastinya dengan harapan agar dapat membawa pulang ahli-ahli PAS, kalau pun tidak pemimpinnya, ke pangkal jalan. 

Malang sekali, walau apapun teguran yang diberi, ahli-ahli dan pemimpin PAS tetap berdegil untuk bersama DAP.   Malah Dato’ Harun Din juga mula mengeluarkan kenyataan di dalam Harakah, membela DAP dengan menafikan parti tersebut sebagai kafir harbi.  Menurut beliau, kafir harbi tidak wujud selagi tidak wujud Negara Islam yang sebenar. 




Tanpa beliau sedar bahawa Negara Islam yang sebenar tidak mungkin wujud selagi ada kafir harbi yang menentangnya.   Lebih-lebih lagi jika Harun Din sendiri membantu memenangkan si kafir harbi yang ingin memastikan agara Negara Islam tidak akan wujud sama sekali.  

Dato’ Harun Din mungkin seorang Ulama yang mempunyai kelayakan rasmi namun nampaknya beliau juga menjadi celaru dan keliru akibat terlalu sayangkan persahabatannya dengan kafir harbi DAP.  Inilah akibatnya bila seorang Ulama yang berkelayakan seperti Harun Din meletakkan dirinya di bawah jubah Ulama jalanan atau Ulama angkat bakul seperti Nik Aziz dan Hadi Awang. 

Bukanlah kita sengaja hendak menghina kedua-dua ‘Ulama’ PAS ini tetapi kita tertanya-tanya apakah kelayakan mereka yang meletakkan mereka jauh lebih tinggi dari para mufti dan juga Ulama-ulama pondok yang berpuluh-puluh tahun menghabiskan hidup mereka dengan berguru dalam bidang agama?

Mengikut rekod ringkas, Hadi Awang adalah lulusan Universiti Islam Madinah dan kemudiannya Universiti Al-Azhar yang mana beliau ‘menamatkan’ pengajian dalam masa 2 tahun sahaja.  Sebelum itu, beliau hanya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin dan belajar bahasa Arab dan politik dari bapanya. 

Oleh itu, pengkhususan beliau dalam bidang agama agak kabur dan ahli-ahli PAS sendiri tidak punya maklumat mengenainya. 




Manakala Nik Aziz pula hanya belajar agama di Deobond, India.  Ada juga biodata yang menulis beliau belajar di Pakistan dan juga Al-Azhar.  Namun, seperti juga Hadi Awang, pengkhususan mereka kabur atau dikaburkan.  Setelah pulang ke Malaysia, Nik Aziz hanya menjadi guru KEMAS sahaja.   Ini yang membuatkan kita musykil kerana tidak mungkin seorang graduan dari Al-Azhar mendapati sukar untuk mendapat kerja pada ketika itu sehingga terpaksa menjadi guru KEMAS? 

Dan kenapakah beliau mahupun Hadi Awang tidak disebut-sebut sebagai Ulama Al-Azhar sepertimana Dato’ Nakhaie, Dato’ Dusuki, Dato’ Ismail Ibrahim mahupun YAB Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dan arwah Dato’ Fadzil Nor?

Benar, bahawa keimanan bukan boleh diukur dengan sijil kelayakan yang dikeluarkan oleh manusia melalui universiti-universiti tersohor atau akuan guru-guru pondok.  Tetapi, untuk menjadi pemimpin parti politik atau pemimpin negeri dan negara, seseorang itu wajib mempunyai kelayakan yang jelas kerana ‘manusia lebih mengetahui tentang urusannya di dunia’.  Lebih-lebih lagi jika mereka memakai nama Ulama yang berhak mengeluarkan fatwa dan pendapat mengenai hukum-hakam agama. 




Tanpa kelayakan yang jelas, bagaimana kita boleh menjustifikasi fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz atau Hadi Awang itu sebagai tepat?  Bagaimana kita boleh membandingkan pendapat mereka dengan pendapat Ulama-ulama yang telah terbukti kelayakan seperti Tuan Haji Abdullah atau Tan Sri Harussani?

Hakikatnya, para pemimpin dan juga ahli PAS telah menjadi pak turut kepada dua manusia yang tidak layak.  Manakala kedua-dua manusia tersebut pula telah menjadi barua kepada kafir harbi. 

Akhirnya, seluruh parti PAS telah menjadi pengikut kafir harbi sehingga sanggup membela mereka dengan apa jua cara sedangkan si kafir harbi pula sanggup mati sekiranya negara Islam ditegakkan oleh sesiapa saja.