GEMPAR : Artis Baru Diarah Lakukan Hubungan Seks Untuk Dapatkan Kontrak

Isu artis baru yang diminta mengadakan hubungan seks bersama pengarah atau penerbit adalah isu yang telah lama meniti di mulut masyarakat kita baik oleh penggiat seni mahupun masyarakat Malaysia amnya.



 
Gambar Hiasan

 
Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihaknya sentiasa memantau kejadian sebegitu dan tidak menafikan ia masih berlaku.

Hanya lima hingga 10 peratus artis yang mengalami gangguan seksual sejak terbabit dalam industri seni membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) biarpun jumlahnya dikhuatiri lebih ramai.

Katanya, kebanyakan kes membabitkan artis wanita yang baru mencuba nasib menjadi pelakon atau penyanyi yang diminta habuan seks oleh segelintir pengarah dan penerbit tidak bertanggungjawab.



 

“Kebanyakan mereka orang baru dalam industri. Ada di kalangan mereka terdesak mengejar cita-cita menjadi artis hingga sanggup menggadai maruah.


“Mereka (pengarah dan penerbit tertentu) pula ambil kesempatan dengan menawarkan watak dalam filem atau drama serta peluang merakamkan album, tetapi dengan syarat serahkan tubuh,” katanya yang juga Ketua Biro Seniman Muda kepada Metro Ahad.


Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, artis yang menjadi mangsa diminta segera membuat laporan polis, termasuk dengan Seniman, bagi memudahkan persatuan membuat tindakan selanjutnya.


Menurutnya, Seniman akan memberi bantuan yang difikirkan sesuai, termasuk memberi nasihat berkaitan undang-undang menerusi Penasihat Undang-Undang mereka.


Panas... Ika Nabila AF6 Sangkal Isu Kaitkan LGBT

Korang kenal ker dengan Ika Nabila AF 6 ni??? Kalau tanya gua, sumpah gua tak perasan pun yang mana satu. Tetapi isu mengenai Ika Nabila ni sedikit sebanyak mencuit gua untuk berkongsi dengan you all semua.






Sejak keluar daripada pentas Akademi Fantasia 6, pelakon serta penyanyi, Ika Nabila tidak henti-henti dikaitkan dengan kontroversi. Berpakaian seksi, kaki sosial, memiliki ‘dildo’, minum arak serta digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pengkid, itu antara kontroversi yang pernah menjengah hidup pelakon drama, ‘Apa Celop’ itu.


Walaupun sudah menjelaskan perkara sebenar, namun kontroversi tersebut masih melekat pada dirinya, lebih-lebih lagi isu bercinta dengan pengkid. Mana tidaknya, ke mana saja beliau pergi, pengkid yang dikaitkannya itu pasti ada bersama. Terbaru, kelibat Ika bersama pengkid itu dilihat di majlis resepsi Irma Hasmie.



“Dia pengurus saya, Adlin, sebab itu ke mana saja saya pergi dia akan ada. Dia sudah menguruskan saya sejak saya keluar AF6 lagi. Ibu bapa saya pun mengenali Adlin dan saya sendiri memanggilnya dengan nama Kak Long. Mana yang kenal saya, mereka tahu perkara sebenar.

 

“Walaupun saya dah beri penjelasan sebelum ini, orang masih anggap kami mempunyai hubungan dan memerli saya. Tak apalah, saya pun dah malas nak cakap apa-apa lagi kerana mulut orang ini susah nak tutup. Saya anggap mereka yang berfikiran sebegitu mengambil berat terhadap saya. Bagi saya, dari terus buang masa memfitnah saya, lebih baik mereka cakap pasal kerjaya saya,” ujar Ika yang mengakui gosip ini sedikit sebanyak menaikkan namanya.



“Walaupun gosip negatif namun saya ambilnya secara positif. Tidak dinafikan, kontroversi yang berlaku membuatkan orang lebih ramai mengenali saya. Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus-putus. Saya baru saja selesai menjalani penggambaran untuk Cerekarama TV3, ‘Perempuan Neraka’.


“Selain itu saya juga sudah selesai telemovie Raya, ‘Hantu Susu’ untuk Astro dan juga ‘Muat Tak Muat’ untuk TV3. Selepas ini, saya akan mula shooting sebuah drama untuk Slot Azalea TV3,” ujarnya yang pernah keluar dengan single, ‘Tiada Rasa’ sebelum ini.

Sementara itu dalam sesi temubual dengan pengurus Ika, Adlin mengenai gosip yang timbul dan Adlin menjawab, “Benda itu mengarut. Kami rapat dah lama dan keluarga dia juga kenal saya. Bila dengar gosip itu saya gelak sebab saya anggap dia macam adik saja. Orang hanya cakap saja kerana mereka tak kenal kami dengan lebih dekat. Apapun, orang dalam industri faham dan kenal yang saya hanya pengurus dia saja.” - Mynewshub

Ratu Rock Ella Akhiri Zaman Bujang Dengan Lelaki 16 Tahun Lebih Muda


Siapa tidak kenal Ella, Ratu rock yang akan menjadi seorang ratu sebenar tidak lama lagi. Ella, yang nama sebenarnya ialah Norzila Aminudin, 46, akan melakukan upacara Akad Nikah Sabtu ini, 7 Julai di rumah keluarga di Klang.

 



Hits klasik Ella seperti Layar Impian dan Dua Insan Bercinta, akan berkahwin dengan juruterbang Firefly, Azhar Ghazali. yang 16 tahun lebih muda daripada beliau.

Beliau telah mengenali Azhar, yang 16 tahun lebih muda daripada beliau, selama sembilan tahun yang lalu tetapi hubungan itu hanya menjadi serius selama 3 tahun lepas.

 



Majlis dijadualkan selepas Isyak dan untuk saudara-mara dan media sahaja. Sambutan perkahwinan dirancang pada Dis 1 tahun ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

Ella tidak dapat dihubungi untuk ulasan semasa waktu sidang akhbar.

 


Tetapi adik perempuan penyanyi itu, jurusolek Saidatulnisa Aminuddin mengatakan bahawa ibu mereka, Asmah Yong gembira apabila dia mendengar berita tersebut.

Siadatulnisa menambah Ella dan Azhar akan memakai reka bentuk Saiful Baharim di Akad Nikah.

 



Ella memulakan kerjaya rakaman beliau pada pertengahan tahun 80-an. Album terbaru ialah 2007′s Rama-Rama




BB : Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang, Amin....

Eklusif : Video Penyesalan Ibu Muda Yang Mendera Anak

Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang.



 
Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin.
 
 
“Saya terima hukuman ini (penjara) dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa sebab sedar saya pernah menyeksa anak.
 
 
 
 
 
“Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu...saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama,” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu.
 
 
 
 
“Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua, bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati.
 
 
Apa pun, gua berharap apa yang dilafazkan Ira dalam temuramah eklusif ini bersama Harian Metro merupakan luahan keinsafan yang sebenarnya dari beliau. Dan gua juga berharap agar perkongsian ini dapat menjadi ikhtibar dan pedoman kepada pasangan-pasangan muda dalam menjalani kehidupan berumahtangga mahupun pasangan yang belum diijab kabulkan.
 
 
Perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan biologi terhadap satu sama lain, malah satu daripada tanda kekuasaan dan kebesaran Allah Yang Maha Esa (Surah ar-Rum, ayat 21). Iaitu kekuasaan-Nya menyatukan dua makhluk yang berlainan jantina serta mempertautkan hati kedua-duanya dengan ikatan kasih mesra. Maka, suami yang baik ialah yang menyayangi serta melindungi isterinya dari perkara berbahaya atau memudaratkannya.
 
 
Jangan biarkan masalah seperti kes Ira melanda rumahtangga anda kerana kesan-kesan negatifnya sangat buruk dan merosakkan. Kenapa? Kerana anak-anak kita membesar dengan meniru apa yang dibuat oleh ibu bapanya. Jika ibu bapa melakukan perkara-perkara negatif maka anak-anak akan cenderung untuk melakukan perbuatan yang sama. Ini yang bahayanya. Anak-anak merupakan generasi masa depan. Jika perangai anak dipengaruhi perbuatan negatif ibu bapa seperti melakukan zina dan sebagainya, bayangkanlah corak kehidupan masa depan umat bangsa kita.
 
 
BB : Muhasabah Diri Penawar Kekurangan

PANASSS... Anwar tarik "Hand Brake" Dari Kancah Politik



Maknanya “Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar,”




Kenapa ni Pak Sheikh??? Apa sudah jadi??? Dah mempersiapkan diri menerima kekalahan paling teruk dalam karier politik????

Sementara itu Akhbar Sinar Harian melaporkan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.

Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik - mengajar.

Namun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara.

Anwar pernah jadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Sebelum dibawa menyertai Umno pada 1982 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri keempat, Anwar adalah pengasas dan tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur selain bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno tahun itu. Kedua-dua jawatan itu disandangnya sehingga dipecat pada 1998.

Dalam wawancara itu, Anwar mengaku sudah penat berusaha menawan Kerajaan Pusat sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia.

“Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar,” katanya

Kenyataan Anwar itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan.

Anwar yang ketika ini difahamkan berada di luar negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kenyataannya itu. Beliau bagaimanapun dijadualkan akan menghadiri satu program di Selayang hujung minggu ini.

Pada PRU12, kerjasama part-parti pembangkang diterajui Anwar mencatat sejarah besar dalam arena politik negara apabila berjaya meleburkan rekod penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional (BN).

Kerjasama itu membawa kepada pembentukan Pakatan Rakyat (PR).

Kerjasama itu juga menumbangkan BN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990.

Pada pilihan raya kecil Ogos 2008, Anwar bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

Pada 16 September 2008, Anwar mengaku mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk menumbangkan kerajaan BN, namun ternyata ia tidak berlaku, sebaliknya beberapa wakil rakyat PR pula menyertai BN.

Kemudian, pada perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, pelbagai pihak menuduh Anwar cuba merampas kuasa dengan mengadakan rusuhan jalanan ala kebangkitan Arab Spring, namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin PR.


BB : Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini

Adoiii... Tiz Zakiah Dipukul Remy Ishak

Adoiii.... apa pula citer ni???? Pelakon Remy Ishak melahirkan rasa sedih dan tersinggung dengan tuduhan terbaru kononnya dia bersikap panas baran sehingga telah memukul kekasihnya pelakon Tiz Zaqyah, 24.

 



Remy, 30, berkata, tuduhan itu benar-benar membuatkannya kecil hati kerana ia telah memberi gambaran buruk mengenai sikapnya yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan insiden serupa.

“Saya tidak pernah bersikap kasar kepada Tiz. Itu semua tidak benar. Saya agak sedih dan kecil hati apabila ada pihak yang membuat tuduhan itu. Tetapi saya sabar kerana saya tahu, sebagai artis, macam-macam usikan yang akan saya terima.

“Tuduhan ini saya anggap sebagai “tuduhan nakal”. Saya kuat untuk menempuh semua ujian-ujian itu,” katanya kepada mStar Online selepas previu filem 29 Februari untuk editor-editor hiburan di Pavillion di sini, Rabu.



Remy diminta mengulas tuduhan terbaru kononnya dia bersikap kasar terhadap Tiz yang kononnya tidak memberi perhatian terhadap Remy. Hubungan mereka juga dilaporkan sudah musnah.

Mengulas mengenai dakwaan itu Remy berkata, dia tidak gemar untuk bercakap mengenainya kerana bimbang banyak persepsi negatif yang akan dibangkitkan oleh orang ramai.

Malah dia sebaliknya tidak keberatan untuk memberitahu hubungannya dengan Tiz masih lagi berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

“Dakwaan mengatakan kami sudah putus hubungan itu pun tidak benar. Kami masih lagi berkawan macam biasa. Tapi saya tak nafikan, adat orang bercinta mestilah ada juga masalah-masalah kecil yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu kata Remy, isu berkenaan timbul apabila dia telah menulis satu luahan menerusi Twitter miliknya sehingga ada pihak yang salah membuat tafsiran terhadap maksud luahan tersebut.

Katanya, ia ditulis ketika fikirannya berada dalam berkecamuk dan mengakui agak menyesal dengan sikap tersebut.

“Masa saya tulis itu, saya mungkin stres. Jadi, macam-macam ayatlah yang keluar tetapi saya tidak bermaksud apa-apa. Mungkin orang yang salah tafsir. Apa-apa pun selepas ini saya akan lebih berhati-hari lagi untuk menulis sesuatu,” katanya.



Sementara itu mengani tiga buah lagu nyanyiannya menerusi filem 29 Februari Remy berkata, ia mengambil masa empat hari untuk dirakamkan dan tidak menghadapi masalah ketika proses berkenaan.

Malah pelakon ini juga turut berterima kasih kepada Edry Abdul Halim kerana memberi peluang tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang amat istimewa.

“Saya berharap peminat akan menyukai lagu nyanyian saya itu,” katanya.

Filem 29 Februari bakal menemui penonton pada 30 Ogos depan.

Sumber-Mstar Online


BB : Kudoakan semoga kebahagian itu kan sentiasa bersamaku.... Amin

PANAS!!! Video Mat Sabu Meroyan Altantuya

Hmmm... macam-macam Abang Mat kita ni... Layan jer.... Tak tahan ada hati jugak tu dengan Altantuya.
 
 
Lagi tak tahan, ada pulak abang polis kita yang turut bagi derma untuk bantu Abang Mat ni.... Hmmm, apa ingat kat situ tiada orang lain ka?????
 
 
 
Korang pikir la sendiri.....