MB Terengganu : PAS Akui Bakal Tewas PRU 13 - Shabery Cheek

KEMAMAN — Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan desas-desus kononnya beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti hanya khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu. 

Katanya, beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang. “Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang,” kata Anggota Parlimen Kemaman itu.

“Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno,” katanya kepada pemberita, sekali gus menafikan laporan portal pembangkang, Harakahdaily hari ini mengenai rancangan itu.

Portal berita itu melaporkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan merancang melantik Ahmad Shabery bagi menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri pada PRU kali ini.

Ini kerana, Ahmad Shabery dianggap faktor pengimbang antara dua kumpulan Umno yang bertelingkah di negeri ini iaitu kumpulan Ahmad dan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Selain Ahmad Shabery, turut disebut antara calon Menteri Besar Terengganu adalah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery  berkata, jika diberi pilihan pada pilihan raya umum akan datang, dia berhasrat melihat orang muda mengambil alih posisi disandangnya sama ada sebagai Anggota Parlimen Kemaman mahupun untuk portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Katanya, tidak timbul isu sama ada beliau masih mahu bertanding atau pun tidak kerana siapa calon yang bertanding adalah pilihan pucuk pimpinan parti.

Mengulas mengenai konflik dalaman Umno Terengganu, beliau berkata, konflik berkenaan sudah lama selesai sebaliknya parti yang kini berhadapan konflik adalah Pas dan PKR.“Konflik dalam Pas dan PKR lebih teruk. Pas ketandusan pelapis dan saya lihat hanya orang yang sama dari dulu (yang memegang jawatan) walau usia sudah lanjut masih enggan melepaskan (jawatan) seolah-olah tiada ‘bintang’ (calon) baharu.

"Tetapi kepimpinan Umno Terengganu sentiasa ada pelapis di mana selepas kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ada wajah-wajah baru (menjadi Menteri Besar),” katanya lagi.

Menurutnya, di peringkat Kemaman sendiri sentiasa ada ramai pemimpin pelapis termasuk yang boleh menggantikan tempat beliau sendiri.

Panas!!! Video Belia Cina Hentam Najib Semasa Dialog di UM

Pergh... Semalam bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaya telah diadakan Sesi Dialaog YAB PM, Dato Sri Najib Razak bersama Belia Cina. Pelbagai isu dan persoalan yang dilontarkan oleh golongan muda berbangsa Cina ini sampaikan ada yang sebak dan menangis ketika sesi dialog ini berlangsung.




Antara kepimpinan yang hadir adalah Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek, Menteri Belia dan Sukan, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek dan lain-lain yang disertai hampir lebih kurang 2 hingga 3000 belia cina dari pelbagai latar belakang.



Dalam sessi dialog yang berlangsung dalam suasana yang aman dan terbuka ini, PM sempat mengumumkan sejumlah RM30 juta dana untuk pembangunan belia Cina.




Rata-rata golongan muda berbangsa Cina ini merakamkan tahniah kepada YAB PM di atas agenda transformasi yang di bawa beliau telah menampakkan kesan yang positif kepada kemajuan negara.


Maklumat lanjut boleh diperolehi di Portal Suara Generasi Baru

Gila!!!! Suami Perlu Bayar RM3 Untuk Berasmara Dengan Isteri

KANGAR: Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.



Gambar Hiasan
Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja. - Harian Metro

PANAS!!! RAFIZI ADA BOM JANGKA BUAT UMNO


SHAH ALAM: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru membabitkan Umno Selangor. 





 Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.

Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum ini.

 “Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik,” katanya.




Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.

“Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu,” katanya.

 -sinarharian


BB : ADOI..... LA.....

MUTAKHIR!!! KAMI MASIH TIDUR SEKATIL WALAU...

Berbulan bulan lama’nya selepas gossip rumahtangga mereka timbul, Engku Emran akhirnya membuka mulut memberikan penjelasan dan jawapan kepada para peminat.




Engku Emran sebelum ini di’khabarkan telah berkahwin lain dan sudah tidak tinggal bersama Erra Fazira — selain daripada gossip hubungan mereka semakin goyah.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra Fazira seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar gambar upacara itu dikeluarkan di Internet”




“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia’nya tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan,” ujar Engku Emran yang ditemui Harian Metro.

Namun ujar Engku Emran lagi, lama kelamaan gossip ini menjadi besar dan beliau merasakan ia’nya sesuatu yang perlu untuk dijelaskan bahawa segala gossip itu tidak benar.




“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” tambah Engku Emran dalam kenyataan beliau - rotikaya.com

GEMPAR!!! KERANA TAKUT HIV 44 AHLI PARLIMEN BERSUNAT

PANASSS - Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.




Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.

Pengerusi Ahli Parlimen menentang Aids, Blessing Chebundo memberitahu tindakan itu dibuat bagi menggalakkan rakyat untuk turut bersunat. Chebundo merupakan individu pertama menjalani prosedur yang mengambil masa selama sepuluh minit itu.


Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang terlibat.


Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.


Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral. - Agensi



GAMBAR HIASAN

GEMPAR!!! BOB LOKMAN DIMASUKKAN KE HOSPITAL TAIPING

MUTAKHIR DARI TAIPING...




Khabarnya, Bob Lokman telah dikejarkan ke Hospital Taiping awal pagi tadi selepas mengalami sesak nafas. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, beliau kembali stabil dan dipindahkan ke wad pesakit luar. Alhamdulillah. Kita doakan semoga beliau kembali sembuh.....

Untuk apa beliau berada di Taiping tidak pula diketahui. Namun, Hospital Taiping membuktikan bahawa hospital kerajaan tidak memilih sesiapa bagi memberikan rawatan....