EKSLUSIF : KENYATAAN MEDIA KBS BERHUBUNG ISU BAYARAN ARTIS K-POP

Tak habis-habis blog pembangkang cuba menyerang KBS samada sebelum, semasa mahupun selepas berlangsungnya Himpunan Jutaan Belia yang diadakan baru-baru ini. Selepas isu Azhar Idrose dan maksiat, K-Pop, kemalangan di acara drag, token RM30 untuk hadir ke HBN dan sebagainya, terbaru tersebar pula surat yang kononnya KBS dituntut untuk menjelaskan kos bayaran K-Pop yang mencecah lebih RM 2 juta.




BB pun tak tahu, makhluk mana la yang ada di KBS tu yang kononnya SUPER POWER RANGERS yang kononnya mempunyai keistimewaan untuk memperoleh segala macam bentuk dokumen sulit dan sebagainya untuk DIDEDAHKAN kepada rakyat.

Kalau sebelum ini PROFESOR JENIN MAHFUUUUZ mendakwa mempunyai bukti dan sumber yang paling kukuh sehingga sanggup membuat Sidang Media khas mengaitkan kerjasama antara KBS dan Hassan Ali yang melibatkan kos sebanyak RM30 juta, namun akhirnya tersipu-sipu malu di Parlimen apabila dijawab oleh Razali Ibrahim. Malah Mahfuuuz yang ditemui di luar Dewan sempat berseluruh "aku saja nak acah jer Dato'".

Macam ni pun ada ka? Fitnah dan dusta jadi mainan semata-mata untuk popular dan mengaburi mata rakyat. Dan yang paling BB tak tahan tu, rakyat yang terutamanya dari parti kosong ini terus terima tanpa usul periksa, malah menganggap penjelasan daripada kerajaan khususnya KBS hanya sebagai usaha kerajaan untuk menutup penyelewengan.

Persoalannya, siapa yang seleweng??? Yang BB tahu, Mereka inilah yang selalu seleweng fakta dan kebenaran demi mencari populariti.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, jom kita baca KENYATAAN MEDIA yang dikeluarkan dari KBS bagi menjawab tohmahan terbaru puak-puak yang cari makan dengan menabur FITNAH DAN DUSTA Ini:


KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
 
SIARAN SEGERA
 
 
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
 
 
KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN
 
PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.
 
Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.
 
“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.
 
“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.
 
KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.   
 
Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.
 
Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.
 
Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.
 
 
 
DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.
 
1 JUN 2012

TU DIA!!! VIDEO K-POP DI KELANTAN PULAK

No komen, no komen......no komen.....

U 'all tengok le sendiri....




No komen weh....






Ni plak, uhh..uhh.... tubik masuk.....


Tetap no komen..... no komen....no komen...







BB : Tetap No komen

VIDEO : FATHUL BARI ULAS K-POP DAN BERSIH HARAM



Untuk seketika dalam seminggu dua ini, pihak pembangkang sekali sekala akan mengapungkan isu Himpunan Jutaan Belia 2012 (HBN 2012) yang salah satu segmennya dikaitkan kononnya menggalakkan maksiat dikalangan belia.


Pembangkang khususnya PAS, melihat penyertaan artis seksi dari Korea yang turut memeriahkan HBN 2012 tempohari menunjukkan seolah-olah kerajaan sengaja mahu menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda.




Di sini BB nak berkongsi pula kupasan yang amat menarik daripada MYKMU perihal perkara ini.



Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, “Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri”.


Jika kita baca satu persatu bait ayat yang diucapkan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat itu kelihatan semacam betapa prihatinnya PAS terhadap etika penampilan artis dan kesannya terhadap gejala sosial.


Dari satu sudut teguran itu bolehlah diterima sekalipun nadanya sinis dan menyindir.


Untuk masa akan datang elok pihak berkenaan mengambil serius etika pemakaian untuk artis tempatan dan luar negara. Lagipun kalau setakat ada garis panduan saja tapi penguatkuasaan kurang, tak guna juga, tak gitu?


Dalam pada itu penulis teringatkan satu peristiwa yang agak nostalgic sekali dan pernah berlaku di negeri Selangor suatu ketika dulu yang mungkin sudah hilang dari memori Pemuda PAS.


Baca lagi Klik Sini

DAULAT TUANKU : NIZAR PERLU MOHON MAAF SECARA TERBUKA

Nizar Hina Kedaulatan Kesultanan Melayu... LAGI...... Kalau dulu beliau mohon DERHAKA kepada Sultan PERAK, Kali ini Nizar menjadikan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor sebagai bahan sindiran yang serta merta mendapat MURKA di Raja.


Ini semua gara-gara tweet Nizar seperti di bawah :



Inilah KEBIADABAN seorang yang bernama MELAYU yang menjadikan rajanya sebagai KETUA agama ISLAM dalam menyampaikan suara RAKYAT?!!! Piirah!!!!! Bercita-cita pula untuk menjadi memanda MENTERI BESAR kepada Sultan??? Angan-angan apakah ini?

Adakah Nizar sedar, Rakan-rakan seperjuangan beliau bertaraf MAHADEWA itu sendiri telah memiliki no plat pendaftaran yang orang biasa tak mampu miliki?????? Mari kita teropong....



Plat K = Kedah = Menteri Besar = Azizan


 

Plat D = Kelantan = Menteri Besar = Nik Aziz


Mai cerita sikit berapa harga no plat MAHADEWA-MAHADEWA ni. Kalau lah tidak sampai kepada harga RM520 Ribu tu, tapi rasanya duit untuk membeli no plat oleh kedua-dua kerajaaan negeri ni pun boleh digunakan kepada program-program lain yang dapat membantu rakyat.

Berbalik kepada TOPIK di atas suka rasanya BB berkongsi sedikit dengan pembaca pendedahan daripada blog Cucu Tok Selampit :

Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor membeli plat nombor kereta guna duit Rakyat. CTS berpendapat kalau orang biasa yang mampu membeli nombor plat mahal dikatakan orang itu berkerja keras, sebaliknya kalau pemerintah beli nombor plat mahal dikatakan pemerintah itu makan duit rakyat? Mana keadilannya.


Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8 juta sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa hendak membeli kereta atau nombor plat menggunakan duit rakyat?


Dan pembaca CTS juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu. Apabila kita membaca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya", pembaca dapat melihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". CTS merasakan Rakyat Johor tidak akan terperanjat, sebab Rakyat Johor memang percaya Tuanku berkemampuan. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku juga tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.




BB : Tak sabar tunggu respon daripada NIZAR

TU DIA!!! IMAM MASJID TAK BENARKAN BAKAL PM DAN MB BERUCAP

Imam Masjid mana pulak ni? Berani giler. Walaupun ramai juga pengikut-pengikut bakal PM dan MB di dalam masjid, tetapi demi kesucian rumah ibadah, Imam Masjid Taman Sri Pulai, Johor bertindak nekad bersama ahli-ahli jawatankuasa masjid yang lain untuk tidak membenarkan Anwar Ibrahim dan Salahudin untuk mengadakan ceramah di situ.




Ini sebenarnya hanya sedikit sahaja daripada video-video yang ada di alam maya ini yang menunjukkan penolakan rakyat kepada pemimpin-pemimpin pembangkang.