PANAS : KERUSI KOSONG DI PROGRAM NAJIB BERSAMA MAHASISWA

Panas... Panas.... Panas.....

Apa yang telah berlaku? Siapa yang mengendalikan program tersebut? Cukup ke promosi yang dibuat? Universiti mana? Pelbagai persoalan menyelubungi fikiran ini apabila terbaca tajuk sebuah blog hari ini. Ceh! Rupa-rupanya kerusi tu kosong selepas program tu selesai @ dalam erti kata yang lain, PM Kita DS Najib Tun Abd Razak telah pun selesai menyempurnakan acara yang disusun.

Sambutan luar biasa dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh mahasiswa dari pelbagai IPTA kepada DS Najib Tun Razak malam tadi jelas membuktikan bahawa dakwaan pelajar pro-pembangkang kononnya anak muda hari ini menolak kepimpinan DS Najib Tun Razak hanyalah omong kosong yang disokong oleh MINORITI pelajar yang sudah diresapi oleh fahaman politik pembangkang.

Bergema UiTM Shah Alam dengan laungan "We Love PM!", "Keranamu PM!" dan "1Malaysia!" oleh 10,000 mahasiswa dari seluruh IPTA di Malaysia ketika Majlis Perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa dan amanat PM bersama warga kampus malam tadi.

"Jika 100 orang pelajar turunkan bendera tempoh hari tidak bersama saya, di sini ada 10,000 orang bersama saya" inilah ungkapan yang diluahkan oleh DS Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan.

Baca lagi di Media Kedah

PENGGUNA SHELL V-POWER DILAYAN FELIPE MASSA

SEPANG - PEMANDU Scuderia Marlboro Ferrari, Felipe Massa telah mengejutkan pelanggan Shell V-Power dengan membantu mereka mengisi minyak itu di salah sebuah stesen minyak di sini semalam.

Massa yang akan membuat kemunculan Ke 10 di litar Sepang hujung minggu ini menyatakan kegembiraannya kerana dapat membantu pengguna menikmati kelebihan menggunakan minyak yang dibangunkan melalui teknologi F1.

"Ia pengalaman yang cukup hebat untuk datang ke sini dan bertemu peminat tambahan pula ia bukanlah sesuatu yang boleh saya lakukan setiap hari. Saya rasa saya telah melaksanakan tugasan saya (mengisi minyak) dengan baik sekali, hahaha".

Dalam pertemuan itu 3 peminat bertuah turut menerima cendemata yang ditandatangani oleh Massa.

PANAS!!! ROTIKAYA MOHON MAAF KEPADA MELIA AIMELIA BERHUBUNG ISU GAMBAR BOGEL

Bak ibarat episod drama, kemelut antara Blogger Roti Kaya dan Pelakon Melia Aimelia telah sampai ke babak penghujungnya. Industri perfileman negara terpalit sejarah hitam melibatkan media hiburan dan artis tempatan. Berikut adalah kenyataan terbaru ayang dikeluarkan oleh Roti Kaya berkaitan kemelut yang melanda ini.

Isu antara pihak Rotikaya.com dan Melia Aimelia telah menjadi salah satu berita utama untuk beberapa minggu yang lalu & kami rasakan perlu ada jalan penyelesaian. Kami sendiri tidak mahu perkara ini berlanjutan & menjadi sesuatu yang negatif dalam industri kita yang tidak sebesar mana ini. Entri ini ditulis khas sebagai satu permohonan maaf kami secara terbuka dan ikhlas buat Melia Aimelia & keluarga beliau.

Kami, warga kerja dan pegurusan Rotikaya Entertainment dengan ini memohon maaf kepada empunya diri, Melia Aimelia, ibu bapa dan adik beradik beliau juga saudara mara yang terpalit kesan negatif perbuatan kami menulis satu artikel berbunyi Gambar: Melia Aimelia Pelakon Video Lucah Ini Atau Pelanduk Dua Serupa?.

Kami berbesar hati & berharap pihak Melia Aimelia akan memaafkan kami atas apa yang terjadi dan semoga kita boleh bekerjasama di masa hadapan untuk memeriahkan & meningkatkan industri hiburan Malaysia. Terima kasih.

Mak aii...senangnye. Semudah ABC... Bukan tujuan untuk menghasut atau mengapi-apikan Melia, akan tetapi logik akal ini seakan-akan tidak dapat menerima kesudahan kemelut ini sedemikian rupa. Adakah semuanya berlaku demi mengejar populariti sekelip mata? Atau tindakan terburu-buru tanpa usul periksa yang diambil oleh Roti Kaya?

Apa pun, Roti Kaya dan Melia Aimelia "BERJAYA" meningkatkan bilangan pembaca dan pengikut masing-masing dengan "CERITA" sensasi yang dihidangkan ini.

2 PEMAIN SKUAD HARIMAU MUDA BAKAL BERAKSI DI LIGA JEPUN?

BIARPUN Harimau Muda gagal layak ke Temasya London pada Julai depan, jejak langkah yang ditinggalkan mereka sepanjang pusingan kelayakan Sukan Olimpik baru-baru ini berjaya di hidu pihak luar.

Sebuah kelab Liga Jepun dikatakan berminat untuk melamar sekurang-kurangnya dua pemain pasukan Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee itu. Namun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad enggan mendedahkan butiran terperinci perkembangan baru tersebut.

Hmm...agak-agaknya sape ye? Fadhli Shas? Wan Zack Haikal? Khairul Fahmi? Kenapa le Datuk Azzudin ni nak berahsia pulak? Adakah ini hanya usaha FAM sebelah pihak sahaja sedangkan Kelab Jepun ni tiada sebarang usaha? Bermacam yang bermain di fikiran seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan dan perhatian kepada skuad Harimau Muda ni.

ANAK ROZITA CHEK WAN MELARIKAN DIRI, BUKAN DICULIK

21 Mac – Pada hari Sabtu lalu, kecoh seketika dunia hiburan apabila anak dramatis jelita, Rozita Che Wan, Aniq Ezra dilaporkan hilang. Walaubagaimanapun Rozita mengesahkan bahawa Aniq Ezra, 14 tahun, telah ditemui di rumah rakannya di USJ Subang Jaya selepas aktiviti mencari yang turut disertai pihak polis dilakukan pada hari kejadian berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada rakan-rakan Aniq.

"Saya panik apabila mendapat tahu dia hilang tanpa sebab. Mujurlah dia akhirnya dapat ditemui atas bantuan pihak polis dan rakan-rakannya yang memberikan maklumat lokasi dia berada," ujar Rozita dipetik dari laman mStar. Tambahnya lagi, anak keduanya itu memberitahu polis yang dia lari dari rumah kerana merajuk terhadap Rozita yang melebih-lebihkan si abang (anak sulung Rozita) berbanding dirinya.

Kehilangan Aniq telah menggemparkan Twitter sekaligus menjaditrending topicdi kalangan pengguna laman sosial tersebut selepas dia dilaporkan hilang. Malah satu hashtag#PrayForAniqEzra telah diwujudkan sebagai usaha mengesan remaja berkenaan yang kali terakhir dilihat di kawasan perumahannya di USJ 11/12.

Aniq Ezra merupakan anak kedua Rozita hasil perkahwinannya dengan Azuar Effendy Zulkaply. Seorang lagi anak Rozita, Ammar Effendi, 15, sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa buli oleh pelajar di sekolahnya, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang.

Disebabkan insiden itu, Rozita akhirnya menukarkan kedua-dua orang anaknya ke sebuah sekolah di Subang Jaya yang terletak berhampiran dengan kediamannya demi keselamatan mereka selepas dinasihati bekas suami Rozita.

Apa kes ni? Semalam Nurul Fatihah, hari anak artis kita Rozita Chek Wan pula. Ini kes anak yang tak kenang diuntung atau ibu bapa yang terlalu sibuk atau pengaruh rakan sebaya atau impak filem antarabangsa? Berapa kali atau da....

Tapi apa yang dapat kita pelajari daripada dua kes ini?

BADAN ANTARABANGSA KAGUM DENGAN BELIA MALAYSIA

Sumbangan belia Malaysia dalam pembangunan negara amat besar dari segi pembentukan masyarakat yang mendukung Perlembagaan Negara. Tidak dapat dinafikan bahawa belia Malaysia antara yang terbaik berbanding dari negara-negara lain di dunia ini.

Kagum dengan peranan yang dimainkan oleh belia Malaysia, Encik Marco Roncaradi , Pegawai Kanan Bahagian Sosial, Youth Focal Point UNESCAP, Bangkok telah mengunjungi Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk bertemu dengan Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM dan Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bagi memperolehi maklumat mengenai bagaimana  MBM menggerakkan seluruh belia di Malaysia seiring dengan pembangunan negara tanpa mengenepikan nilai-nilai keagamaan dan kemanusiaan.

Pertemuan ini yang berlangsung lebih dari sejam turut membincangkan perkembangan belia di negara-negara lain dan turut dihadiri oleh Sdr. Salleh Majid, Pegawai Antarabangsa dari Pusat Belia Antarabangsa.

MBM sebagai penaung utama badan-badan NGO belia telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan hampir 8000 persatuan belia yang berdaftar. Telah menjangkaui 50 tahun penubuhannya, kini MBM menjadi salah satu organisasi induk belia yang paling aktif dalam menangani isu-isu pembangunan belia di peringkat global.

GEMPAR : SITI NUR FATIHAH TIDAK DICULIK TETAPI MELARIKAN DIRI

Berita terbaru, gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, dan berusia 15 tahun, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Apa nak jadi la Siti Nur Fatihah Mahadi ni. Narenasagaran berkata, remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya. Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

Satu Malaysia kena tipu dengan berita penculikannya..sekarang pula tak nak balik berjumpa dengan ibu bapa dan keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata, gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami."Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

JOSE MOURINHO DAHULUI SENARAI JURULATIH TERMAHAL DUNIA

Jurulatih paling berjaya dan sensasi Jose Mourinho yang mengendali pasukan paling glamor Real Madrid telah menerima bayaran sekitar €14.5 juta dan jauh meninggalkan seteru utamanya di La Liga Pep Guardiola.

Manakala Arsenal membayar jurulatihnya Arsene Wenger Sebanyak €9 juta menjadukan beliau jurulatih termahal di EPL.

Berikut adalah senarai 20 Jurulatih bolasepak yang menerima gaji termahal di dunia :

1. Jose Mourinho (Real Madrid) €14.8m
2. Carlo Ancelotti (PSG) €13.5m
3. Pep Guardiola (Barcelona) €9.5m
4. Arsene Wenger (Arsenal) €9.0m
5. Guus Hiddink (Anzhi Makhachkala) €8.6m
6. Fabio Capello €8.5m
7. Sir Alex Ferguson (Manchester Utd) €8.0m 8. Dick Advocaat (Russia) €7.0m
9. Jose Antonio Camacho (China) €6.1m
10. Roberto Mancini (Manchester City) €5.9m
11. Louis van Gaal €5.5m
12. Harry Redknapp (Tottenham) €5.3m
13. Andre Villas-Boas (CHELSEA) €5.1m
14. Jupp Heynckes (Bayern Munich) €5.0m
15. Luciano Spalletti (Zenit) €4.9m
16. Kenny Dalglish (Liverpool)€4.9m
17. Luiz Felipe Scolari (Palmeiras) €4.1m
18. Manuel Pellegrini (Malaga) €4.0m
19. Diego Maradona (Al Wasl) €3.8m
20. David Moyes (Everton) €3.6m

PANAS : DIROGOL TUNANG, DIPERKOSA ABANG ANGKAT

KAJANG: Hanya kerana tidak puas hati ikatan pertunangan bakal terputus di tengah jalan dan impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, seorang lelaki sanggup merogol tunangnya sendiri dalam kereta, malam kelmarin. Wanita berusia 24 tahun terbabit diperdaya tunangnya itu untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum bersetuju mengikut tunangnya menaiki kereta.

Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Utara Semenanjung itu menjemput mangsa di pejabatnya di Taman Keramat, di sini, jam 6 petang. Sebaik wanita terbabit menaiki Proton Perdana dipandu tunangnya, lelaki terbabit dikatakan memecut ke arah Kajang. Mangsa yang menyedari sikap pelik tunangnya itu dan bimbang diapa-apakan cuba bertindak nekad melawan dan terjun daripada kenderaan berkenaan. Malangnya, tindakan itu gagal apabila tunangnya itu menghalangnya dengan menarik baju dipakai mangsa hingga terkoyak hingga menampakkan sebahagian badannya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke Hentian Rawat dan Rehat Bukit Dukong, di sini sebelum memberhentikan keretanya di satu kawasan sunyi. “Mangsa cuba melarikan diri selain melawan dan mempertahankan diri. Bagaimanapun, mangsa dipukul dan ditumbuk suspek sebelum dirogol di dalam keretanya. “Selepas insiden itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Kajang. Namun, kelibat mencurigakan suspek dan mangsa disedari abang mangsa. Lelaki itu kemudian bertindak mengejar suspek tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, semalam.

Berikutan itu, mangsa menceritakan kejadian dia dirogol tunangnya itu sebelum ditemani abangnya ke balai polis berhampiran membuat laporan. Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 17 tahun turut diperkosa seorang lelaki dipercayai abang angkat mangsa di kawasan tangga sebuah pusat beli-belah di Kajang, di sini. Ab Rashid berkata, gadis lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu membuat laporan berkenaan kelmarin dan dipercayai kejadian itu berlaku bulan lalu dan mendakwa dirogol abang angkatnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama.

Menurutnya, mangsa yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan hanya berborak kosong dengan suspek di kawasan tangga itu namun dia dipeluk sebelum dirogol.Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -hm

SPM 2011: 90.5 % PELAJAR SMK CAPAI SEMUA A+

TAHNIAH! Terbukti Sekolah Kebangsaan adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Keputusan SPM 2011 yang diumumkan menunjukkan komitmen dan usaha yang berterusan oleh pihak kerajaan dalam memberikan pendidikan terbaik kepada generasi muda.

Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred PurataNasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010,” katanya pada majlispengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini, Rabu.

Beliau berkata, seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

ARTIS POPULAR DUDUK SERUMAH DENGAN KEKASIH

Kisah seorang artis popular yang dikatakan duduk serumah dengan kekasih hatinya. Mungkin berita sebegini sebenarnya sudah biasa kita dengar. Cuma sumber yang memberitahu berkata, pasangan tersebut sememangnya dikenali. Sudahlah belum berkahwin dan duduk bersama, lagak mereka saling tidak tumpah seperti pasangan suami isteri.

Memandangkan awak itu, artis popular yang dikenali ramai, tidak moleklah berkelakuan begitu. Kalau tertangkap dengan jabatan agama, tidak pasal-pasal kecoh seantaro Malaya pula.

Pesan sumber itu, lagi, masih belum terlambat untuk mereka menyedari kelakuan sumbang mereka itu. Malah khabarnya jiran-jiran sudah menghidu perkara itu, hanya menunggu masa sesuai saja untuk menyerbu mereka.

Jadi sebelum berlaku perkara yang tidak diingini, cepat-cepatlah berubah atau kahwin sahajalah agar dapat membendung daripada melakukan maksiat berterusan.

LAGI ARTIS SANGGUP SEPARUH BOGEL

Apa mau jadi nie artis kita..

KUALA LUMPUR, 20 MAC 2012:Hero drama Tol Gate Girl, Rashid Salleh, 40, hanya mampu tergelak tatkala dirinya dilontarkan soalan tentang foto dirinya separuh bogel dan dipeluk wanita yang tersebar luas di internet. Malah, bekas penyampai sukan di Astro Arena (saluran 801), tanpa ragu-ragu masih lagi boleh mempertimbangkan tawaran untuk bergambar sedemikian rupa.

"Jika saya ditawarkan untuk bergambar seperti itu lagi, mungkin saya akan menerimanya. "Namun, saya kena lihat dahulu tawaran tersebut sama ada releven untuk saya bergambar seperti itu atau pun tidak.

"Apapun, saya tidak akan bergambar bogel sepenuhnya. Seandainya benar-benar saya menerima tawaran ini, jawabnya pihak berkenaan harus menunggu sehinga saya masuk gimnasium semula," katanya sambil tersenyum. Dalam pada itu, Rashid tidak menafikan bahawa gambar yang tersebar itu bukanlah gambar superimpose.

"Ya, gambar tersebut bukanlah gambar superimpose. Saya memang dipeluk oleh wanita itu. Mungkin ia nampak superimpose kerana gambar badan perempuan itu sudah dihilangkan. "Sebenarnya, gambar ini diambil atas tujuan sesi fotografi saja. Kalau tidak silap, lebih kurang tiga atau empat tahun yang lepas.

"Saya menerima untuk bergambar seperti itu kerana mahu membantu rakan jurukamera berkenaan menambahkan profilnya."Kebetulan pula, waktu itu bekas kekasih saya teringin untuk menceburkan diri dalam bidang peragaan," jelasnya. Menambah cerita lagi, Rashid memberitahu sesi fotografi itu adalah foto yang dirakam ketika dia berusia 36 tahun.

"Saya sebenarnya tidak merancang untuk melakukan sesi tersebut. Terus-terang, saya tergelak besar apabila mendapat tahu tentang penyebaran gambar ini."Saya mahu tegaskan di sini, wanita yang ada dalam gambar itu bukanlah pengacara TV3 yang dimaksudkan itu.

"Setakat ini, saya tidak pernah menghubungi bekas kekasih saya mengenai isu ini. Saya memang sudah lama tak hubungi dia. Bagi saya, itu hanyalah sesi fotografi. Tidak lebih dari itu," ujarnya.



BB : Jika tidak ditangani dengan sebaik mungkin, tidak mustahil industri filem negara akan menjadi lubuk pencarian pelakon porno pula lepas ni.

GURU MUDA DITANGKAP KHALWAT JAM 3 PAGI

[HM] KOTA KINABALU: Seorang guru wanita berusia 33 tahun mengambil kesempatan cuti persekolahan ‘menetap’ bersama teman lelakinya yang juga duda anak dua berusia 28 tahun sebelum kedua-dua mereka dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung Unggun Jaya Menggatal, di sini, kelmarin. 

Dalam serbuan jam 3 pagi, lelaki berkenaan yang hanya bertuala mengaku teman wanitanya berada di bilik dalam rumah berkenaan secara berasingan, namun pemeriksaan menemui pakaian dan MyKad milik duda berkenaan di dalam bilik guru terbabit.Terdahulu, sepasukan penguat kuasa JHEAINS mendapat maklumat awam berlaku kegiatan tidak bermoral di rumah lelaki berkenaan sebelum melakukan intipan. 

Sebaik mengesan kehadiran wanita di rumah berkenaan, penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka seorang gadis dipercayai adik lelaki terbabit.Ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan ditemui berada di bilik berasingan dengan bertuala dan menafikan ada membawa wanita ke dalam rumah.Namun, penguat kuasa menemui seorang wanita berada dalam bilik dan mengaku tunang lelaki terbabit. 

Bimbang tembelangnya pecah, lelaki berkenaan memberi alasan mereka akan berkonvoi keesokan hari dan wanita itu yang berasal dari Pitas terpaksa bermalam di rumahnya.Pemeriksaan dalam bilik wanita itu menemui barang milik lelaki berkenaan sebelum kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk membuat laporan.

 Penolong Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, pihaknya sering menerima aduan mendakwa wanita yang juga seorang guru sekolah rendah sering mengunjungi rumah teman lelakinya terutama pada hujung minggu.“Soal siasat mendapati duda itu sering berkunjung ke rumah teman wanitanya di Pitas,” katanya.

GADIS MOLDOVA KAGUM PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Bahasa melayu merupakan bahasa yang unik di dunia ini.  Kerana itu, saban tahun Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) berjaya menarik semakin ramai peserta dari luar negara.  Malah, dalam pidato kali ini, dilaporkan seorang peserta dari Moldova, Marina Makarova telah berhijrah ke Rusia semata-mata untuk mempelajari bahasa yang unik ini.






Marina adalah antara 25 peserta kategori antarabangsa Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012.  Tajuk yang dipilih juga amat  menarik, iaitu Belia Malaysia Pemangkin pembangunan Negara.

Didalam ucapan marina juga menyebut Belia merupakan penjana kehidupan masyarakat, satu penyatuan tenaga, daya intelek dan fizikal yang mancari jalan keluar dan diikuti kata pepatah melayu pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa.  

Marina berucap seolah-olah dia sebahagian belia di malaysia.  Beliau yang berasal dari Moldova mampu memperolehi maklumat seperti Akta Pendaftar Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Penubuhan Institut  Penyelidikan  & Pembangunan Belia Malaysia dan Perancangan Parlimen Belia Malaysia dari Makmal Transformasi Pembangunan Belia.

Bayangkan Marina, berumur 20 tahun dan pelajar tahun akhir Universiti Moscow di Rusia mampu bertutur didalam Bahasa Melayu dengan fasih malahan beliau juga mengetahui tentang perlaksanaan pembangunan belia di Malaysia. Tahniah Institiut Penyelidikan & Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) dan Makmal Transformasi Pembangunan Belia (Gen Y Lab).

Terima kasih kepada Marina kerana beliau kini tiada alasan bagi belia di Malaysia untuk mengatakan bahawa maklumat mengenai pembangunan belia di Malaysia tidak sampai kepada mereka sedangkan Marina yang bukan rakyat Malaysia dan menetap di Rusia mengetahui dan menyanjungi usaha kerajaan Malaysia di dalam pembangunan belia di Malaysia - VYREC

PEMBANGUNAN BELIA SEIRING TRANSFORMASI NEGARA?

MELAKA 17 Mac — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada golongan belia terutama berhubung penglibatan mereka dalam agenda transformasi negara bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.






Timbalan Perdana Menteri berkata, penglibatan belia itu dilakukan melalui penekanan kepada aspek pendidikan yang menjadi agenda penting kerajaan terhadap golongan belia.

"Kita sediakan segala kemudahan, tenaga pengajar, kemudahan pendidikan, kurikulum, buku, pakaian dan sebagainya, ini adalah tujuannya tidak lain (dan tidak bukan) adalah untuk menentukan tidak ada golongan muda di Malaysia ini yang terabai ataupun terkeluar daripada arus pembangunan negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan dan dialog belia di sini, hari ini.

Beliau berkata, golongan belia harus menguasai ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains dan teknologi sekaligus meningkatkan pembangunan modal insan negara.

Katanya, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi memenuhi sektor pembangunan negara.— BERNAMA

GILA!! REMAJA DERMA SEKS DEMI TUTUP KEMAKSIATAN

Kulim - “Untuk mendapatkan pil mengugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal, “ itu kata seorang pelajar tingkatan lima di sini yang terpaksa menawarkan khidmat seks untuk mendapatkan wang bagi mengugurkan kandungannya. Gambar fail.






Pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali dengan nama Shasha berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian selepas teman lelakinya ketika itu bersikap lepas tangan sehingga dia terpaksa menempuh pelbagai masalah seorang diri.

Menurutnya, selain disahkan hamil dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara sikap teman lelakinya ketika itu.

“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400.

“Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya, “ katanya.

Shasha berkata, dia akan mengenakan bayaran sekitar RM100 setiap kali bersama mereka. Dengan duit itulah dia akan membeli pil itu.

Menurutnya, pil itu hanya berkesan bagi kandungan di bawah tiga bulan sahaja. Setelah memakan pil itu, dia akan berasa sakit perut dan memulas untuk beberapa jam dan akan datang haid semula seperti biasa selepas itu.

Segala kesengsaraan itu terpaksa dialaminya sendiri dan bermula dari detik itu, dia menjadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dan mengubah selera kepada kaum sejenis.

Shasha berkata, dia menjalinkan hubungan cinta sejenis sejak setahun lalu. Namun sehingga kini keluarganya tidak mengetahui perkara itu.

Menurutnya dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz akan tidur di rumahnya setiap hujung minggu.

“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki. Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya.

“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu,” katanya. -SH