TERHARU DAN TERSENTUHNYA DENGAN VIDEO TAHUN BARU CINA NI



BB : Seluruh Malaysia perlu menonton dan menyebarkan video ni. Sungguh tersirat dan bermakna. Dalam kemeriahan menyambut cuti dan perayaan Tahun Baru Cina ni, masih ada dan masih ramai yang memerlukan bantuan serta perhatian kita yang lebih bernasib baik.

Selamat Tahun Baru Cina 1Malaysia

p/s : Esok ada countdown Tahun Baru Cina di Taman Sri Lalang, Kluang, Johor yang turut dihadiri oleh YB Senator Gan Ping Siew.

AZEAN IRDAWATY DIKHIANATI


aPA DaH jADi NI Haaa....


Peminat Di Twitter Sebarkan Khabar Angin Azean Irdawaty Sudah Meninggal Dunia

Lewat pagi tadi, terkejut juga kami apabila membaca kenyataan dari beberapa pengguna Twitter yang mengatakan seniwati lakonan Malaysia, Azean Irdawaty sudah meninggal dunia.

Kenyataan awal yang juga menjadi perhatian penyanyi, Farawahida mula dipersoalkan kesahihannya oleh peminat Azean Irdawaty.


Beberapa individu yang rapat dengan keluarga Azean Irdawaty kemudian menulis melalui akaun Twitter mereka yang berita tersebut hanya sekadar khabar angin dan Azean Irdawaty masih bernafas dan stabil di’rumah beliau.


UPDATE-1: Wartawan TV3 untuk rancangan sensasi Melodi, Zuan baru sahaja berbual bersama Azean Irdawaty menerusi telefon dan ini mengesahkan lagi segala kenyataan yang keluar di Twitter hanya’lah khabar angin.

UPDATE-2: Anak perempuan Azean Irdawaty, Elza Irdalynna mengirimkan gambar terbaru seniwati itu melalui Twitter sebentar tadi.


Jika semalam, perkhabaran perginya Izwan Pilus juga di’ketahui melalui Twitter, nampaknya hari ini ada individu yang cuba meraih perhatian dengan menyebarkan berita palsu.

BB : Jangan main-main beb dengan kematian. Takziah kepada keluarga Allahyarham Izwan Pilus.

TV 1MALAYSIA UNTUK ANDROID, BLACKBERRY DAN iPAD

Terima Kasih Malaysia........




Nampaknya PM kita memang bersungguh benar mendekati rakyat termasuk menyediakan tv1Malaysia di Market Android



Klik gambar untuk download atau layari http://www.1malaysiaiptv.com.my./index.php



Kini anda boleh menonton melalui tablet atau smartphone android anda rangkaian tv termasuk Al Hijrah.


Caranya dengan buka market android dan taip tv 1Malaysia. Lepas tu dowload dan open.

Radio Hot FM juga ada.

BANCIAN TERKINI : NAJIB DAHULUI ANWAR


Satu kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya akhir tahun lalu, menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pilihan berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun sebahagian besar daripada 2,559 responden kajiselidik itu yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (Umcedel) di seluruh negara, "tidak pasti", tetapi Najib mendahului dalam beberapa kategori.




Berbanding dengan Anwar, lebih ramai yang berpendapat Najib
merupakan seorang pemimpin yang lebih berkemampuan dari segi pengurusan ekonomi negara, dengan sejumlah 40 peratus responden bersetuju bahawa perdana menteri adalah lebih baik.

Sebaliknya, hanya 33 peratus daripada responden kajiselidik itu - yang dijalan dari bulan Oktober hingga Disember 2011 - bersetuju Anwar lebih berkemampuan dalam menguruskan ekonomi negara.


Namun begitu, separuh daripada responden bersetuju bahawa Anwar
adalah seorang pemidato dan penyampai yang baik, berbanding 44 peratus untuk Najib.

Sejumlah 46 peratus responden yang berusia 22-30 tahun bersetuju perdana menteri mendahului, manakala Anwar ketinggalan 3 peratus di belakang.

Najib sekali lagi mendahului Anwar dari segi persepsi terhadap hubungan dengan rakyat.



Kira-kira 47 peratus responden bersetuju perdana menteri mempunyai hubungan yang baik dengan rakyat, manakala Anwar ketinggalan tujuh peratus di belakang.

Kecenderungan tersebut dilihat pada kedua-dua responden muda dan yang tua.

Mengenai video yang didedahkan 'Datuk T' diri yang mendakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, 35 peratus responden tidak percaya lelaki dalam video itu adalah Anwar. Sejumlah 46 peratus responden lagi tidak pasti, manakala 20 peratus percaya ianya adalah Anwar.


Apapun, 38 peratus responden merasakan publisiti terhadap video seks itu telah menjejaskan kredibiliti Anwar, manakala selebihnya merasakan video itu tidak memberi kesan, atau tidak pasti.


Sebahagian besar responden yang percaya lelaki dalam video itu adalah ketua umum PKR itu, dan video tersebut menjejaskannya, adalah di kalangan responden Melayu.

ORANG MUDA TOLAK PAS DI SELANGOR???

Desas desus pengganti Dr Hassan Ali sebagai Exco PAS didalam Kerajaan Selangor kini sudah terjawab. Selapas tiga nama yang dikatakan bakal menggantikan Dr Hassan Ali,kini Dr Yunus telah menerima watikah pelantikan Exco atas tiket PAS. Pelantikan ini serba sedikit membawa kejutan lantaran ramai pihak menjangkakan bahawa pasti Dr Rani yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor bagi menggalas tanggungjawab itu.




Lebih mengejutkan banyak pihak, MB Selangor telah membuat rombakan kecik pada Poftfolio EXCO. Hal Ehwal Islam sebelum ini dipertanggungjawabkan kepada Dr Hassan Ali sebelum beliau dipecat kini disandang oleh MB Selangor itu sendiri. Dr Yunus yang baru dilantik pula menggalas Exco Adat Resam Melayu, Belia & Sukan Selangor. Kenapa PAS tidak lagi dipertanggungjawabkan untuk menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor?

PAS dikatakan Parti yang membawa obor Islam. Hari ini kita menjadi saksi perubahan yang aneh berlaku di Selangor apabila PAS tidak lagi mempunyai kuasa tentang Hal Ehwal Islam di Selangor. Perubahan drastik & mengejutkan ini menunjukkan rakan PAS iaitu DAP & PKR tidak lagi percaya akan PAS untuk menjaga Hal Ehwal Islam dinegeri ini. Bersama-sama kita rungkai satu persatu rasionalny perubahan ini.

Ketegasan Exco PAS yang menjaga Hal Ehwal Islam sebelum ini, Dr Hassan Ali dalam menjalankan tanggungjawabnya sehingga begitu berani membuat serbuan melalui JAIS ke atas Gereja yang menjalankan gerakan memurtadkan umat islam, merampas arak-arak serta mempertahankan raja-raja Melayu. Ketegasan Dr Hassan Ali dilihat sebagai bebanan kepada PAS serta boleh menjejaskan keakraban Pakatan Rakyat sehingga PKR terpaksa mengambil alih tugas tersebut. Adakah lepas ini tiada lagi serbuan ke atas gereka biar pun mempunyai bukti kukuh penglibatan mereka dalam memurtadkan umat islam?

Baca lagi : Suara Generasi Baru

PEMUDA MELAYU MALAS - MENTERI BESAR





KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa pemuda Melayu negara ini pemalas hasil didikan Umno yang menolak ajaran Islam dalam kehidupan harian sehingga melupakan akhirat.

Menurutnya, sudah tiba masanya perubahan perlu dilakukan kerana apabila manusia lupa akhirat akan muncul sifat pemalas, generasi muda menjadi kacau bilau, kegiatan pecah rumah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

“Saya cukup marah orang yang memperbesar-besarkan isu perkauman antara Melayu dan Cina. Islam mengajar kita manusia berasal dari Adam dan Hawa. Semangat rajin masyarakat Cina perlu diterapkan dalam masyarakat Melayu. Budak-budak Melayu kini menjadi pemalas.

Pemalas hasil Umno yang menolak Islam ertinya lupakan akhirat. Ini bahaya dan kita kena perbetulkan semula. Ajaran Islam mesti dimasukkan dalam semua aktiviti kehidupan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan rombongan delegasi negara China di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, beliau marah kepada golongan sekular yang mengetepikan agama Islam dalam kehidupan sehinggakan khidmat polis diperlukan untuk menjaga rakyat, guru-guru menjaga pelajar dan ibu bapa menjaga anak di rumah.

Katanya, perkara itu sepatutnya tidak berlaku jika masyarakat menjadikan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Allah sebagai keutamaan dalam setiap perbuatan.

Sumber : Sinar Harian Online

BB : Bukan malas, peluang pekerjaan takde di Kelantan tu. Pastu nak buat apa lagi????

VIDEO UMI HAFILDA DAN AZWAN ALI YANG TIADA DI TV

Isu yang menggemparkan negara oleh dua individu yang mempunyai pertalian saudara.






BB : Buang yang keruh, ambil yang jernih. Banyak ikhtibar dan tauladan yang perlu dijadikan pedoman. Betul kata Umi, air yang dicincang takkan putus jua. Bersatu teguh, bercerai roboh.

NASIB PENULIS BLOG TERLEBIH CERITA



PUTRAJAYA 18 Jan. - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung penyiaran artikel yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutus demikian selepas menolak rayuan Amizudin.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan Amizudin yang merupakan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM50,000 selepas mengurangkan separuh daripada kos yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Ketika mengurangkan kos tersebut, Hakim Jeffrey berpendapat, kos RM100,00 itu terlalu tinggi sedangkan kes itu sama pentingnya dengan kes sivil yang lain.

Pada 5 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Amizudin bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.
Perayu diwakili oleh peguam R. Sivarasa manakala Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili Rais. - UTUSAN

BB : Etika, ketepatan dan kesahihan perlu dititikberatkan dalam penulisan blog.

BUNYI ANEH DI SAMARAHAN, SARAWAK.








Samarahan, Sarawak. Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita di atas. Lihat, dengar dan tafsir sendiri.....



KOTA SAMARAHAN: Unexplained chilling sounds, which filled the air of Samarahan in the wee hours of Jan 11 and 12, have residents there puzzled and perturbed until today.

One of the theories being thrown into the pan is that it could be a by-product of the High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) undertaken by the United States, while others believed it were from processing machines hard at work at an oil palm factory owned by Felcra in Kampung Endap.

But the fact remains that until today the mysterious sounds, which some say resembled loud snoring sounds, remain veiled.

Teacher Mohd Ferdauz Jemain, who lives at Kampung Meranek, was one of those who heard the unexplained phenomenon on Jan 11. “It was around 2 am when I was awoken by a strange sound. It was a loud hushing sound,  and quite similar to someone snoring.

“I immediately got out of bed and went outside of my house to see what was happening. The feeling was a chilling one. I could not establish where the sound was coming from … it was as if something coming from the sky.

“Frightened, I quickly dashed inside, but stayed awake till daylight as I would not sleep any longer. If I am not mistaken, the sound persisted until about 5am.”
To prove that he was not spinning a tale, Ferdauz said he had recorded the phenomenon on his mobile phone, and he played it for thesundaypost reporter yesterday.

He added that the matter became a hot topic of discussion in Samarahan that day, and
some of the residents even documented their experience on Facebook.
“Villagers in Meranek, Pinang, Sindang, Tambirat and even those living at Desa Ilmu housing estate have also heard those eerie sounds.”

Several residents suggested that it could have come from the oil palm factory in Kampung Endap, but resident Harith Amin, who had worked at that factory previously, brushed it off as nonsense.

“The factory has been there for the last eight years, and I am sure it was not sounds produced by the machines there. In addition to that, no oil palm processing machines could produce sounds which could be heard 8km away,” said Harith, who also made a recording of what he had witnessed. To verify Harith’s theory, Ferdauz decided that should the phenomenon occur again the next day, he would make a dash for the factory.

Ferdauz: “I worked at a school in Sebuyau, so I wake up very early to go to school. True enough, the strange sounds happened the next day, and I quickly made a stop in front of the factory. No sounds came out from there (factory).”

Ferdauz claimed that he also saw strange pattern in the skies in the early morning of Jan 12. “The clouds appeared to be in straight lines, and well formed. I have never seen anything like it, but whatever it is, I am sure there must be a scientific explanation for it.

“But later that day, an earthquake hit Sumatera in neighbouring Indonesia with a magnitude of 7.3 on the Richter scale. I am not sure whether both incidents are related in some ways.”

The incidents only occurred for two nights – Jan 11 and 12. Meanwhile, Kampung Meranek’s JKKK chairperson Mahmud Pawi, who claimed that he also heard the sounds together with his family, said hoped that the authorities concerned could shed light on the matter.

“When I woke up that morning (Jan 11), I had goose bumps just listening to the sounds. I quickly woke up my entire family and we sat at the veranda trying to figure out what it was and where it was coming from.“We hope that someone can step forward and enlighten us with an explanation.”

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/#ixzz1jm6ZTTLP

Misteri Suara Aneh dibongkar. Klik Sini


BB : Kekuasaan dan Kebesaran Yang Maha Pencipta

BERAHI DI INDAH PERIT


Perkara-perkara sebeginilah yang telah mencemar dan merosakkan industri refleksologi. Kalau dulu, sebut je pergi massage memang tiada masalah. Tapi sekarang nak pergi massage kena cover line, walaupun memang pergi massage yang betul dan tulin.

Secara rasional, takkan ada "bisnes" sebegini sekiranya pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan dan berterusan. Bukan nak menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi itulah hakikatnya.

Kepada pihak-pihak yang berkenaan, janganlah pula marah dengan wartawan yang buat edisi "terjah" ini. Sekurang-kurangnya beliau menjalankan tugasnya sebagai wartawan. Dan kepada si wartawan pula, walau pun tugasan kali ini "mengghairahkan", tetapi kenalah berhati-hati. Pasti ada mereka yang tak senang duduk dengan pembongkaran kisah berahi ini.

BB : Risau juga dengan senario ini yang pastinya memberikan kesan secara langsung kepada orang muda.

VIDEO ANAK MUDA PASCA 901

Kempen ‘Bebas Anwar 901′ telah berlaku namun pasti tarikh keramat 9 Jan 2012 yang lalu banyak berita yang mengejutkan banyak pihak tak kira dari Kerajaan mahupun Pembangkang. Ramai yang melihat kejutan banyak disaksikan di pihak Pembangkang kerana mereka seolah-olah terlalu yakin bahawa. Anwar Ibrahim pasti didapati bersalah dan akan diperjarakan.
 
 
Kematangan dan Kesediaan pihak pembangkang dalam sesuatu isu memang jelas kite dapat lihat terutama dalam kes Anwar ini. Kempen ‘Bebas Anwar 901′ menjadi saksi pihak pembangkang takut untuk menghadapi kebenaran dan jelas mereka lebih banyak menyalahkan pihak lain berbanding menghadapi kes ini dengan berlandaskan Fakta & Bukti. Dari awal kempen kita sendiri dapat lihat mereka tidak putus menghina Mahkamah serta menuduh Kepimpinan Kerajaan berhubung Kes Liwat ini.
 
 
Golongan Muda lebih banyak melihat pihak pembangkang sering menuduh tanpa bukti kepada Kerajaan & Parti BN berhubung isu ini. Tuduhan demi tuduhan ini menjadikan golongan muda sudah muak kerana tak habis-habis mereka lebih banyak menuding jari berbanding menghadapi sesuatu isu terutama isu iwat ini. Kita dapat lihat kempen ini digerakkan untuk mencabar Mahkamah serta cubaan untuk memburukkan Kerajaan serta Parti BN kerana matlamat utama mereka adalah untuk memburukkan Kerajaan yang memerintah dari pelbagai sudut walhal kita semua tahu hakikatnya ia tiada kaitan pun.
 
 
Elemen-elemen jalanan kita lihat dijadikan sebagai senjata utama mereka untuk menghadapi sesuatu isu seolah-olah menunjukkan negara ini tiada undang-undang yang perlu dihormati. Kita semua tahu,setiap isu yang ditimbulkan ada saluran-saluran untuk kita ketengahkan. Mengheret rakyat ke jalanan merupakan satu tindakan yang tidak ‘gentlemen’ oleh pihak PR dalam usaha mereka memburukkan Kerajaan. Golongan muda tidak banyak menyokong cara ini kerana kita semua tahu, berita tentang ini pasti & mesti tersebar ke seluruh dunia. Imej & Maruah Malaysia jelas terjejas dek kerana sikap mereka yang lebih menjadikan jalanan lebih dari Mahkamah yang Mulia.

Baca lagi di Suara Generasi Baru

KEBAKARAN DI KL SENTRAL

KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan dalam pembinaan di KL Sentral di sini, terbakar kira-kira jam 4 pagi tadi.


Kebakaran di bahagian atas membabitkan beberapa tingkat bangunan setinggi 29 tingkat itu mengakibatkan beberapa jalan utama berdekatan ditutup kepada laluan awam.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal kebakaran daripada merebak kira-kira jam 7.40 pagi.

Sehingga jam 8 pagi ini, pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran dan Jalan Tun Sambanthan juga belum dibuka kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pengguna jalan raya. Pihak berkuasa juga masih belum menerima laporan tentang sebarang kemalangan jiwa.

Sumber : MyMetro

CONG WEI IKON 1 MALAYSIA

Baru-baru ini telah berlangsung Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2012 di mana Datuk Lee Chong Wei menjuarai Perseorangan Lelaki dengan mata 21-6, 21-13. Ketika itu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik telah sama-sama memenuhi stadium untuk memberikan sokongan padu kepada beliau.



Sukan badminton sudah terbukti mampu menyatupadukan rakyat berbilang kaum semata-mata kerana Datuk Lee Chong Wei bermain di bawah nama Malaysia, bukan kerana bangsa mahupun pegangan politik. Tiada perbalahan mahupun pertelingkahan yang berlaku melainkan mereka sama-sama menonton dan memberi sokongan.

Mengapakah ketika di dalam stadium, rakyat Malaysia berbilang kaum dapat bersatu hati memberi sokongan kepada pemain yang bertanding di bawah nama Malaysia namun apabila berada di luar stadium, mereka kembali berbalah untuk menegakkan fahaman politik masing-masing?
Mengapakah sukan mampu menyatupadukan rakyat tetapi tidak pilihanraya?

Baca lagi di Suara Generasi Baru

NA'UZUBILLAH. MURTAD MEREKA YANG SOKONG LBGT : MUFTI


KUALA LUMPUR 17 Jan. – Umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, ini kerana tindakan itu jika dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.

‘‘Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.

‘‘Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada percubaan beberapa pihak yang mahu menghalalkan hubungan sejenis di negara ini termasuk dengan menekan undang-undang negara yang meletakkan hubungan itu sebagai kesalahan jenayah.

Ia termasuk Majlis Peguam yang menolak hubungan sesama jenis yang dilakukan secara suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah sekali gus tidak harus dibawa ke mahkamah.

Selain Majlis Peguam, hubungan sejenis itu turut mendapat sokongan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) yang mendesak kerajaan menghalalkan aktiviti LGBT dengan meminda undang-undang sedia ada kononnya bagi memastikan perundangan negara seiring dengan undang-undang antarabangsa.

Menurut Nooh, selain pengamal hubungan sejenis, individu yang cenderung kepada kefahaman itu serta mereka yang bersahabat, bekerjasama, bersubahat atau bersetuju dengan perbuatan itu juga dianggap melakukan jenayah akidah.

Ia kata beliau, termasuk mereka yang memberi laluan atau mengeluarkan bantuan kewangan kepada kumpulan yang menyokong kebebasan seksual itu.

‘‘Dalam hal ini kita boleh merujuk kepada firman Allah SWT menerusi surah Hud ayat 113 yang bermaksud: ‘Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan’,” katanya.

Katanya lagi, kefahaman yang menghalalkan hubungan sejenis juga telah membuang hukum berhubung perkahwinan yang antaranya rukun nikahnya ialah perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

Justeru tambah beliau, mereka yang menolak hukum dan ketetapan Allah SWT serta Rasulullah SAW itu bermakna telah menolak al-Quran dan sunah sekali gus tergolong dalam kumpulan yang sesat dengan kesesatan yang nyata.

Dalam pandangan serupa, bekas Fellow Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin menilai, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai undang-undang homoseksual negara itu bermotifkan politik iaitu mengharapkan sokongan daripada kumpulan yang berfikiran sekular serta liberal.

Anwar juga kata beliau, cuba menonjolkan kepada masyarakat dunia terutamanya Barat bahawa beliau boleh bersifat terbuka dalam perjuangan hak asasi manusia termasuk dalam soal hubungan sejenis meskipun perkara itu jelas ditolak oleh semua agama.

“Di negara ini kenyataan seperti itu mungkin boleh memberikan kelebihan politik daripada sekumpulan kecil kelompok masyarakat, tetapi bagi mereka yang waras ia adalah satu kenyataan yang melampau,” katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, undang-undang mengenai homoseksual tidak sepatutnya dipertikai kerana perbuatan itu ditegah oleh semua agama.

Sambil menyifatkan hubungan sejenis itu merupakan kesalahan yang diketahui meskipun oleh kanak-kanak, beliau berkata, orang dewasa yang menyokong perbuatan itu boleh dianggap terkeluar daripada Islam kerana menolak hukum Allah.

“Justeru saya menasihati umat Islam di negara ini agar tidak menunjukkan sokongan kepada gerakan yang cuba menghalalkan hubungan sejenis termasuk memilih pemimpin yang cenderung menyokong aktiviti seperti itu,” katanya.
Sumber : Utusan Online

ZUL TIDAK KISAH BERBOGEL LAGI


SAYA tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem)." Sekali dengar ia seperti kenyataan 'berani mati' atau madah bercili yang dilontarkan dari mulut pelakon Hollywood, tetapi realitinya itulah kenyataan tulus pelakon Zul Suphian (Zul Handy Black) apabila memperkatakan mengenai 2 buah filem lakonannya iaitu Mantra dan Keramat.

Baca lagi di Isu Politik Semasa

BB: Apa nak Jadi wei.......

RM 23 JUTA UNTUK ZAKAR PENDEK

EL CAJOUN: Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.



Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.

Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian.

Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.. - Agensi

NASIB BELIA DI BAWAH PAKATAN

Apa nak jadi ni? BB setuju dengan pandangan di bawah yang dipetik daripada portal Suara Generasi Baru. Sekadar untuk berkongsi dengan anda semua.

...............................................

Pengakuan Anwar Ibrahim dalam temu bual di BBC pada 12 Jan 2012 benar-benar merungsingkan penulis.  Ini kerana Anwar telah dengan jelas menyatakan akan menghapuskan undang-undang anti homoseksual yang kini diamalkan di negara kita.


Sekadar gambar hiasan

Lupakan soal agama sebentar kerana jelas ia bertentangan, tapi hubungan homoseksual ini turut sama menghancurkan institusi kekeluargaan dinegara kita jika undang-undang yang sedia wujud dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.
Apakah masa depan anak-anak kita hari ini bila ibu bapa mereka nanti adalah terdiri dari jantina yang sama?

Memang ia tidak dinyatakan oleh Anwar bahawa perkahwinan sejenis akan dibenarkan dengan penghapusan undang-undang tersebut tapi percayalah satu hari nanti ia akan menuju ke arah itu juga!!

Penulis sukar nak membayangkan keadaan itu berlaku dalam persekitaran kita yang konservatif dan kuat dengan adat serta budaya ketimuran.  Apatah lagi agama rasmi kita ialah agama Islam.  Kita tidak memaksa sesiapa memeluk Islam tapi dalam masa yang sama kitra juga sepatutnya menghalang kegiatan tidak bermoral keterlaluan seperti hubungan homoseksual ini.

Penulis tidak faham apa sebenar yang diperjuangkan Anwar?  Dia beria-ia menafikan ada terlibat dalam hubungan homoseksual tapi dalam masa yang sama dia mahu menghapuskan undang-undang sedemikian juga?  Tidak itu kelihatannya bertentangan?

Baca selanjutnya : Suara Generasi Baru

RAKYAT SEMPORNA DAN TAWAU SAMBUT KEDATANGAN MUHYIDDIN



KOTA KINABALU 16 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi dua hari ke Sabah.

Muhyiddin tiba dengan pesawat khas di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 4.40 petang. Beliau diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan disambut oleh timbalan-timbalan ketua menteri, anggota Kabinet negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat.

Muhyiddin akan menghadiri majlis makan malam tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO dan Jawatankuasa Barisan Nasional Negeri pukul 7 malam ini. Esok, beliau dijadual berlepas ke Semporna dan dijangka tiba di daerah itu kira-kira pukul 9.20 pagi bagi menghadiri Majlis Mesra Rakyat dan Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Padang Pekan Semporna pukul 10 pagi.

Beliau juga akan membuat perjumpaan khas dengan guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), penjawat awam dan pemimpin masyarakat di Dewan Masyarakat Semporna pukul 12 tengah hari.
Pada pukul 3 petang, Muhyiddin akan menghadiri Majlis Penyerahan BR1M di Dewan Masyarakat Tawau sebelum berlepas pulang ke ibu negara pukul 5 petang. — BERNAMA

APEK (KHAIRUL FAHMI) BAKAL JUTAWAN



KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.

Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam. Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.

“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.
Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).
Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.
Sumber : MyMetro

PELAJAR UGUT NAJIB DIBEBASKAN



GEORGE TOWN: Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.
"Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam lawatannya ke USM minggu depan.

Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Bernama

TERKINI : DIEGO MARADONA DIKEJARKAN KE HOSPITAL

Berita terkini yang BB dapat dari Goal.com menyatakan bahawa lagenda bolasepak dunia ini telah ditahan di hospital swasta di Dubai kerana batu karang buah pinggangnya (kidney stone).




Maradona 51, yang mengadu sakit dibawa ke klinik swasta tersebut untuk pemeriksaan dan dianogsis biasa, namun doktor yang memeriksanya dapat mengesan simtom penyakit tersebut. Beliau seterusnya ditahan dan dijangka menjalani pembedahan lewat hari Ahad tadi.

Sekilas........

Kidney StoneS


A kidney stone is a solid mass made up of tiny crystals. One or more stones can be in the kidney or ureter at the same time.

Info lanjut mengenai kidney stones ini boleh didapati di Sini

GEMPAR! HELIKOPTER PM HAMPIR DIBOM?


Berita ini BB teropong dari blog Kedah Ke KL

Hm...ntahlah. Jangan dimain-mainkan perkara yang serius seperti ini. Bagi BB, apa sahaja bentuk provokasi, ancaman atau ugutan yang mengancam ketenteraman perlu diambil tindakan. Kita jangan terlalu berlembut, nanti orang pijak kepala atau jangan sampai sesuatu yang kita anggap sebagai gurauan betul-betul menjadi realiti. Tak guna kita menyesal di kemudian hari.

........................................................


Blog Kedah Ke KL

Pelajar USM berbangsa India yang cuba mengancam mengugut untuk mengebom helikopter Perdana Menteri telah ditangkap di asramanya sebentar tadi.

Mungkin dia fikir ugutan seperti itu adalah untuk main-main sahaja, namun selepas apa yang terjadi di perkarangan mahkamah, demo Bebas 901 . Perkataan BOM menjadi semakin sensitif.

Ini menjadi pengajaran pada semua facebookers, agar lebih berhati-hati dan sensitif dalam bersembang dan membuat posting.

Mungkin dia ingat, main-main. Bagaimana jika kejadian itu benar-benar berlaku?

Dia mungkin suspek utama, kerana secara terbuka menyuarakan perkara BOM tersebut.

Inilah orang panggil, fanatik tak kena tempat, kan makan dah diri.