1st Date with My ICON @ Killiney Signature Kopitiam

Pada 29 oktober 2011 akan diadakan program petama My Icon, My Icon adalah hasil inisiatif dari Makmal Transformasi Pembangunan Belia yang asalnya diberi nama Youth Icon. Untuk Mengetahui lebih lanjut tentang tujuan My Icon ini diwujudkan anda boleh rujuk di link berikut : Youth Icon

Untuk sesi pertama perjumpaan My Icon hanya lima dari beberapa Icon belia yang dipilih akan di tampilkan, antaranya adalah Millionair Sister Akmal Hanif dan Ellyn Hanif, Dr Sharah, Tim Fernandez dan juga Ellynita Lamin. Sesi ini akan diadakan di Killiney Signature Kopitiam SS2 Mall sebagai tempat rasmi My Icon dan akan berlangsung pada  Sabtu 29 October 2011  dari 3pm-6pm.


Untuk Mengetahui lebih lanjut lagi mengenai program ini anda boleh layari laman rasmi My Icon di link berikut :  My Icon.com.my   Bagi yang berpeluang dan mereka yang berdekatan di kawasan yang ditetapkan jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama Icon belia anda yang akan memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi seperti mereka.

Note:  free mee siam/laksa dan iced lemon tea

untuk semua participants yang hadir. jadi jangan lepaskan peluang ini!!

FAM PERLU CONTOHI QPR - SHABERY CHEEK BERKAITAN KENAIKAN HARGA TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA

Isu kenaikan harga tiket bagi Final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek. Tindakan yang dibuat di saat akhir ini oleh FAM telah mengundang pelbagai reaksi negatif terutamanya melibatkan para penyokong Hoben Jang Hoben dan Peteh.


“Jika mengetepikan soal hati dan perasaan penonton atau penyokong bola sepak maka kita seolah-olah mengetepikan apa yang menjadi asas dan kekuatan sukan ini…ia adalah satu kesilapan besar.

“Saya berharap FAM dapat belajar daripada tindakan Queens Park Rangers (QPR) memberi diskaun kepada penonton yang membeli tiket secara ‘online’ lebih awal,” katanya.

Walaupun FAM bertegas untuk mengekalkan harga tersebut, kesudian kerajaan negeri Terengganu dan Negeri Sembilan untuk membantu diharap dapat meredakan kegelisahan di kalangan peminat kedua-dua pasukan.

Apapun, FAM perlu ingat bahawa bolasepak adalah sukan nombor 1 di Malaysia dan sebarang tindakan yang diambil melibatkan sukan ini perlu mengambilkira pandangan dan sokongan daripada peminat.

* ulasan dan pandangan yang sama dari papagomo di http://www.papagomo.com/2011/10/what-fuck-fam-shabery-chik-please-do.html

SEDARKAH KITA? BERSIH DAN KOMUNIS TELAH.......


Sedarkah kita apa yang telah dimainkan di fikiran anak muda kita melalui isu BERSIH dan KOMUNIS???

SI BUTA DENGAN GAJAH



FIKIR-FIKIRKAN...........

Terlalu banyak tohmahan dan ceritera-ceritera rekaan yang dimainkan oleh pembangkang mengenai pemimpin negara. Lebih teruk ayat Al-Qur'an dan Hadis dipergunakan demi meyakinkan rakyat mengenai ceritera-ceritera yang direka sehingga Agama, Bangsa dan Negara diperguna dan diperkudakan demi menghalalkan hasrat dan cita-cita mereka. 

KUMAAHRAN, SINAR BARU BOLASEPAK MALAYSIA


KUMAAHRAN, SINAR BARU BOLASEPAK MALAYSIA

Kemahiran luar biasa Kumaahran, seorang remaja Malaysia telah menarik minat kelab Cruzeiro dari Brazil. Selepas mengesan bakatnya semasa kem latihan selama sebulan dengan pasukan Amerika Selatan tersebut, remaja yang berusia 15 tahun kini ditetapkan untuk tempoh percubaan yang panjang pada tahun 2012.

Dalam temu bual dengan Goal.com, jurulatih Kumaahran, Jaino Matos, berkata: "Cruzeiro sangat berminat untuk membawa Kumaahran menjalani percubaan lagi, dan kita semua harus berbangga dengan semua itu. "Mereka adalah kelab besar di Brazil, dan ia adalah tentang masa depan remaja Malaysia yang mempunyai potensi yang amat tinggi." Dan kerana peluang sebegini  tidak selalunya ditawarkan kepada pemain Malaysia, Kumaahran merancang untuk melakukan segala-galanya dalam kemampuannya untuk menarik perhatian.

"Saya tahu bahawa saya tidak akan mendapat banyak peluang-peluang seperti ini. Tetapi saya percaya diri saya sendiri dan saya rasa ia peluang bagi saya untuk mencontohi idola saya, Santokh Singh, di arena antarabangsa," katanya. "Sudah tentu, impian saya adalah untuk bermain untuk Malaysia satu hari nanti, tetapi saya juga diam-diam berdoa yang saya dapat untuk menandatangani kontrak untuk Cruzeiro pada masa akan datang. "Saya telah melihat apa yang bola sepak diterima seperti di Brazil. Mereka berlatih berbeza, mereka makan yang berbeza. Mereka lebih cekap dalam perkara-perkara ini. Ia benar-benar mengubah persepsi saya mengenai bola sepak, dan saya berharap dapat meneruskan proses pembelajaran di sana tahun depan.

Jaino, yang juga wakil rasmi Cruzeiro di Malaysia percaya bahawa Kumaahran bakat khas dan menegaskan bahawa anak muda itu mampu mencapai sesuatu yang hebat. "Saya melihat Kumaahran bermain futsal dengan bapanya pada suatu hari, dan saya tahu dia mempunyai sesuatu yang istemewa. Itulah sebabnya mengapa saya memutuskan untuk terus menggilap bakat dengan menghantar dia ke Brazil untuk kem itu pada bulan Ogos," katanya.

Walau bagaimanapun, hakikat bahawa Cruzeiro berminat untuk melanjutkan percubaan itu telah memberikan bonus besar-besaran. "Ia merupakan sebuah kelab elit, dan mereka pasti melihat potensi yang sama dalam Kumaahran yang saya telah lakukan. Terus terang, pemuda ini mempunyai potensi untuk bersinar pada masa akan datang," katanya. Pemain tengah berusia 15 tahun adalah tidak asing untuk mendapat perhatian, dengan pujian menimbun dari individu-individu di kampung halamannya.


Tetapi untuk sekarang, ia masih belum dapat dilihat sama ada Kumaahran mampu menyerap dan menggunakan sepenuh potensinya, kerana jika komen jurulatihnya dipercayai, Malaysia boleh mempunyai bakat yang hebat di tangan mereka.

Kepada Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM), sesuatu perlu dilakukan. Telah ramai bakat-bakat "luarbiasa" bolasepak negara akhirnya tenggelam punca begitu sahaja seperti Akmal Rizal, Titus James Palani dan ramai lagi.

Karnival Mesra Belia Sabak Bernam

Satu program khusus untuk orang muda untuk mengekspresikan diri mereka dalam pelbagai kegiatan akan diadakan di Sabak Bernam pada 29 dan 30 Oktober 2011. Program yang dinamakan sebagai Karnival Mesra Belia ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang diminati oleh anak muda seperti Futsal, Auto Show, Battle of the Band, Mini Konsert, Shuffle, dan banyak lagi.

Melalui banner yang dipamerkan, beberapa artis terkenal tanah air akan turut memeriahkan karnival ini antaranya Hattan, XPDC, Jay Jay, Lan Typewritter, Isma Halil Hamzah, Ika Nabilla dan lain-lain.

Maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa karnival ini akan diadakan di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam.

Bagi orang muda atau belia di Sabak Bernam mahupun di sekitarnya, rasanya tidak salah untuk anda semua melihat dan merasai sendiri "KEHANGATAN" program ini sepertimana yang diwar-warkan.

Krisis identiti belia: Ahmad Shabery jawab pendedahan Ikatan Muslimin Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Kementerian Belia dan Sukan akan meneliti dakwaan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bahawa lebih enam juta belia di negara ini menghadapi krisis kecelaruan identiti.

Sambil menolak kemungkinan program dilaksanakan kerajaan selama ini kurang berjaya, Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan mengkaji semula takrifan ‘kecelaruan’ yang digunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam itu.
“Untuk memahami maksud kecelaruan, satu penelitian yang holistik perlu dilakukan sebagai KPI (Petunjuk Prestasi Utama).

“Siapa pula yang tidak celaru identiti? Apakah mekanisme yang digunakan bagi mengukurnya? Adakah ia setakat melalui media alternatif seperti laman sosial Facebook dan Twitter,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman semalam bahawa lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan tersebut disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.

Beliau turut memberitahu, usaha memperkasakan belia turut terletak di tangan kementerian lain termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan.“Kita perlu mengetahui baki lima juta yang dikatakan tidak celaru itu. Adakah kejayaan mereka itu atas usaha kerajaan atau sebagainya?

“Bagaimanapun, saya mengalu-alukan konvensyen seperti yang dilakukan Isma itu. Saya harap mereka akan menghuraikan takrifan tersebut dengan lebih terperinci bagi semua isu yang mereka kemukakan selepas ini,” ujarnya.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kajian terperinci penting bagi membolehkan tindakan sewajar diambil membendung masalah tersebut.

”Laporan tersebut terlalu umum. Jika dilihat kepada angka enam juta juga terlalu besar, malah akan menjadi liabiliti kepada negara.
”Jadi perlu perincian tentang aspek mana yang mereka kaji sama ada celaru jantina, orientasi seks, moral atau kesihatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Bagaimanapun, beliau bersetuju masalah tersebut perlu ditangani secara serius kerana ia boleh mendorong belia ke arah pemikiran liberal.

”Laporan tersebut juga dikhuatiri akan menjejaskan peluang kerja kerana majikan tidak berminat untuk menggaji belia yang menghadapi kecelaruan identiti,” katanya.
Sumber-Utusan

6 JUTA BELIA HADAPI KRISIS IDENTITI

PUTRAJAYA 23 Okt. – Lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.
Dapatan tersebut diperoleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hasil tinjauan melalui media alternatif seperti laman sembang sosial Facebook dan Twitter yang dihoskannya bermula Januari tahun ini.
Sehingga kini terdapat kira-kira 11.65 juta belia di Malaysia iaitu 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman (gambar) berkata, masalah tersebut kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia terbabit ke arah pemikiran secara liberal.
Justeru beliau berkata, kerajaan perlu memandang serius perkara itu demi memastikan golongan belia terus berada pada landasan yang betul untuk menjamin masa depan negara.
“Jika tidak dibendung di peringkat awal, tidak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku.
“Pelbagai program kesedaran melibatkan para belia perlu diperbanyakkan demi memastikan keterlibatan golongan ini bersama masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011 di sini hari ini.
Konvensyen tersebut diadakan bagi memberi pendedahan mengenai isu semasa permasalahan keluarga dan rahsia kejayaan sebuah keluarga. Ia dimuatkan dengan dua sesi pembentangan kertas kerja selain forum bersama peserta.
Penceramah yang terlibat ialah Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Dr. Badrulhisham Abdul Aziz; Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba; pengasas dan rakan kongsi utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., Mahadzir Md. Isa dan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Menurut Abdullah Zaik, isu kecelaruan identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti.
“Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan,” katanya.
Sumber: Utusan

GAMBAR-GAMBAR KEKALAHAN MANCHESTER UNITED 1-6 KEPADA MANCHESTER CITY

GAMBAR-GAMBAR KEKALAHAN MANCHESTER UNITED 1-6 KEPADA MANCHESTER CITY

Layari http://www.goal.com/en/news/1717/editorial/2011/10/23/2724857/in-pictures-how-manchester-city-humiliated-united-6-1-on-an

MARCO SIMONCELLI DEATH AT 2011 SEPANG MOTOGP

TERKINI
MotoGP batal akibat kematian Simoncelli
23/10/2011 6:49pm

SEPANG — Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini.

Simoncelli berusia 24 tahun.

Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.

Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC.

Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.

Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha, Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.

Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan. — Bernama

STATUS MAYC : KENYATAAN MEDIA DATO SRI AHMAD SHABERY CHEEK

KENYATAAN MEDIA
MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
BERKAITAN ISU MAYC
22 OKTOBER 2011
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Malaysia, hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menerima rayuan yang telah dikemukakan  oleh saudara Mustaffa bin Mat Arof, berhubung Mesyuarat Agung Tahunan MAYC yang telah diadakan pada 26 September 2010. 

Menterinya, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada menjalankan  tugas yang diberikan oleh Seksyen 30(2) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), beliau dengan ini MENERIMA RAYUAN DAN MENGESAHKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC PADA 26 SEPTEMBER 2010. 

Menurutnya, pihak yang terbabit perlu melaksanakan beberapa perkara yang mana jika mereka gagal mematuhi syarat yang dikenakan itu, pendaftaran MAYC boleh dibatalkan.
 
“Jawatankuasa MAYC Kebangsaan Sesi 2010/2012 yang dipilih pada 26 September 2010 hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC bagi pemilihan jawatankuasa baru sesi 2012/2014 pada Mac 2012.
 
“Mesyuarat Agung Tahunan tersebut hendaklah mematuhi peruntukan Perlembagaan MAYC dengan mengambil kira semangat penyatuan MAYC daripada semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Surat tersebut telah ditandatangani oleh Shabery pada 11 Oktober 2011.
 
Shabery berkata, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada surat berhubung keputusan rayuan ke atas keputusan Panel Penyelesaian Pertikaian dan Pendaftar Pertubuhan Belia yang tidak mengesahkan Mesyurat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan pada 26 September 2010.
 
Menurutnya, beliau berharap, dengan keputusan itu, saudara Mustafa dan juga jawatankuasa yang terpilih pada mesyuarat Agong 26 September itu akan menganggapnya sebagai satu amanah besar yang perlu dilaksanakan sebaiknya.
 
“Ini satu amanah yang besar dan yang paling penting sekali ialah memastikan semua pihak dalam MAYC akan dapat bersatu dan bekerjasama dalam mengembalikan kegemilangan MAYC,” katanya.