SEMBANG MESRA BELIA DI KOTA KINABALU

PROGRAM SEMBANG MESRA BELIA YB. MENTERI BELIA DAN SUKAN
DI JESELTON POINT, KOTA KINABALU, SABAH




Pada 11 Julai 2011 yang lalu, para belia sekitar Kota Kinabalu, Sabah berkesempatan untuk bersantai bersama YB Dato Ahmad Shabery Cheek di Jeselton Point. 


Lebih 500 orang belia berpeluang untuk bersua muka dan bersembang bersama YB Menteri Belia dan Sukan melalui perlawanan persahabatan futsal yang diadakan di sebelah petang dan sembang santai di sebelah malam.

 Pertemuan santai ini sempat dirakam melalui lensa BB saya....







Turut kelihatan Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah








HIMPUNAN LAUTAN BIRU JUTAAN BELIA

Himpunan belia tahun depan guna pendekatan `lautan biru’

19/07/2011 11:20am

NILAI 19 Julai — Himpunan Belia Putrajaya tahun depan mungkin diadakan selama seminggu dan melibatkan 500 acara menerusi pendekatan `lautan biru’, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, beliau juga akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan untuk memasukkan program itu dalam kalendar pelancongan negara.

"Program ini akan melibatkan penyertaan pelbagai pihak termasuk kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya ia satu himpunan kepada kepelbagaian dalam masyarakat kita,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan bengkel kerangka kerja Hari Belia Negara 2012 juga berkata himpunan itu dijangka diadakan sama ada pada hujung Mei atau awal Jun.

"Kita harapkan sekretariat Himpunan Belia tahun depan akan dapat dibuka secepat mungkin,” katanya. - Bernama

POLITIK IBU SEGALA ILMU

Politik itu ibu kepada segala ilmu- Aminudin Mansor

Jika dilihat dari satu segi, politik sememangnya boleh merangkumi kesemua aktiviti manusia. Politik sejak zaman Yunani kini ada sains politik moden boleh dikatakan satu cabang ilmu yang dipelopori ahli-ahli fikir Yunani seperti Plato dan Aristotle.

Bagi ahli-ahli fikir Yunani, manusia itu semula jadi haiwan politik, dan semua jenis perhubungan manusia dalam masyarakat bersifat politikal. Bagi Aristotle, ilmu politik itu adalah ibu kepada segala ilmu.

Dalam kehidupan seharian kita sering dengar ungkapan seperti “politik pejabat”, “Politik rumah tangga”. “politik kepartian”. Terdapat juga “politik” di rumah, di pejabat, di kelab, di sekolah, di masjid dan di padang bola.

Apabila dikatakan politik itu ibu segala ilmu ia meliputi ilmu berkaitan pendidikan, agama, ekonomi, sosial dan budaya. Ia melibatkan kuasa, semua individu dalam masyarakat akan bersifat “politikal”.

Justeru, apabila seseorang itu mengundi, menunjuk perasaan, berdemonstrasi, menandatangani surat rayuan, membayar cukai (dan mengingkarinya), menghantar memorandum, memohon dan ingin mendapatkan subsidi, menjadi sebahagian daripada proses politik dalam erti kata ini.

Oleh itu, sebagai rakyat biasa yang juga pengundi mestilah memahami telatah orang politik ketika mereka memberi ceramah dan dengan segala propaganda serta janji-janji politik yang kadang-kadang manis didengar, tetapi tak pernah ada bukti pelaksanaannya. Melaluinya dapat membantu memahami tentang konsep penting dan juga agenda orang politik.

Kejayaan ahli politik sebenarnya adalah mengikut apa yang digariskan oleh parti bertujuan kebajikan dan membantu rakyat dalam hal-hal tertentu. Pemimpin politik juga harus menjunjung kedaulatan negara, bukan memusnahkan apa yang telah diasaskan oleh mereka yang terdahulu.

Kuasa mereka yang tidak terlibat dalam politik adalah melalui undi yang dilakukan apabila tiba masa pilihan raya. Pada masa ini kalangan pemimpin politik yang pandai berjanji, tetapi tidak menunaikannya harus ditolak semasa pilihan raya oleh pengundi iaitu rakyat biasa. Di sinilah letaknya kuasa pengundi yang wajar ditakuti oleh pemimpin politik.

* Penulis pengamal media PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.
Dipetik daripada Sinar Harian Online

Lambakan Pusat urut di Selangor??

PANAS!! SELANGOR KE BANGKOK NI?



gambar sekadar hiasan


artikel ini PMK ambik dari bisik bisik Awang Selamat..
Awang cukup terganggu berhubung dakwaan beberapa NGO wanita bahawa terdapat ratusan pusat urut yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan

Menurut wakil NGO berkenaan,profesor Dr Clara Chee,dikawasan Pandan Indah sahaja terdapat lebih 80 pusat urut.Apa sudah jadi?

Itu belum sentuh daerah lain lagi di Selangor.Yang menyakitkan mata terdapat kian banyak premis urut di rumah rumah kedai taman perumahan.Apa yang kita boleh saksikan itu bercanggah dengan dakwaan kerajaan Selangor bahawa hanya 60 lesen dikeluarkan.

Awang sudah lama terpinga pinga nelihat lambakkan pusat urut di negeri itu yang seakan mahu menjadikan seperti bangkok.Wanita dan pelacur asing makin ramai bekerja di premis seperti itu.yang sebagai mana berselindung disebalik nama pusat refleksologi atau urutan kaki

Ini adalah kejayaan TERBESAR kerajaan campuran PKR-DAP-PAS.Khabarnya ada pemimpin politik DAP mendalangi banyak operasi rumah urut di Selangor dan cakap cakap berlegar dalam industri

Yang pasti,lambakkan rumah urut menyebabkan NGO dan orang ramai bimbang kerana ia akan memburukkan lagi gejala sosial..siapa yang membenar dan meransang persekitaran tersebut jika bukan kerajaan Selangor.Lebih menjadi persoalan mengapa PAS atau satu lagi jolokkan yang Awang hendak beri Parti Angguk Saja boleh merelakan semua ini berlaku.??
 
Dipetik dari laman blog Kedah ke KL