Mungkin ramai golongan wanita tidak senang bila membaca tajuk di atas. Tetapi itulah realiti. Memang itulah kenyataannya kerana Rasulullah saw tidak pernah berdusta. Hadis nabi saw bertaraf sahih menjelaskan perkara ini. Iaitu Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.
Sekiranya anda seorang perempuan, anda tidak perlu risau. Ramai tidak bermaksud tidak berpeluang langsung untuk masuk syurga. Hadis ini hanya menerangkan majoriti penghuni neraka, bukan tiada langsung golongan lelaki. Oleh itu berusahalah agar anda menjadi golongan yang berhak menghuni syurga.
Apakah sebab?
Persoalannya apakah sebab ramai wanita jadi penghuni neraka? Rasulullah saw ada bersabda dalam beberapa hadis yang menyatakan punca-punca permasalahan ini. Antara penyebab-penyebabnya ialah :
1. Tidak bersyukur dan tidak menghargai kebaikan suami
Dalam sebuah kisah ketika Rasulullah saw dan para sahabatnya melakukan solat gerhana, Rasulullah Saw melihat Syurga dan neraka.
Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para sahabatnya , “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Beliau saw menjawab, “Kerana kekufuran mereka.”
Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” ( Imam al-Bukhari)
2. Mendedahkan aurat
Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Imam Muslim)
Jalan Penyelesaian
1. Untuk selamatkan diri dari tergolong dalam penghuni neraka maka anda (para isteri) hendaklah berusaha untuk mengenang jasa dan berterima kasih terhadap kebaikan suami. Taatilah mereka dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan menafikan beribu kebaikan suami hanya kerana satu kekurangan yang ada pada dirinya.
2. Tutuplah aurat dengan sempurna. Jangan jadi seperti dalam hadis, ‘berpakaian tetapi bertelanjang’. Pada hari ini ramai yang menutup kepala tetapi memakai pakaian yang nipis, ketat sehingga menampakan susuk tubuh dan macam-macam lagi fesyen yang tidak memenuhi konsep menutup aurat yang sebenar.
3. Jaga solat, puasa dan kehormatan diri.
Terdapat satu hadis yang menerangkan berita baik bagi wanita iaitu hadis yang bermaksud :
“Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia akan syurga mana-mana pintu yang dikehendakinya.”( Ibn Hibban,disahihkan oleh al-Albaniy)
4. Perbanyakkan bersedekah
Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :
Ketika beliau selesai khutbah hari raya yang menyuruh untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan anjuran untuk mentaati-Nya. Beliau pun bangkit mendatangi kaum wanita, beliau menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian beliau bersabda, “Hendaklah kamu bersedekah! Kerana kebanyakan kamu adalah kayu bakar neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia bertanya, “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kerana kamu banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (Imam al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain baginda saw bersabda :
Selamatkanlah diri kamu dari neraka walaupun hanya ( bersedekah) dengan secebis kurma. (Imam al-Bukhari)
Semoga kita semua dirahmati oleh Allah dan ditempatkan di syurgaNya di akhirat kelak.
http://pbasmkps.blogspot.com/2010/12/kenapa-golongan-wanita-ramai-menghuni.html
Cover Page Majalah Glam Jan 2012 : Datuk Siti Nurhaliza
Sudah sekian lama tidak menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup Glam, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza membenarkan dirinya menjadi tarikan untuk isu Januari 2012.
Jauh berbeza daripada daripada biasa, majalah Glam telah berkongsi kegembiraan bersama portal murai.com.my bercerita perihal selera fesyen mustika hati kegemaran ramai itu tanpa melanggar prinsip fesyen peribadinya.
Empat visual terkini Datuk Siti dirakamkan menjadi tatapan semua bagi menghiasi 12 halaman muka surat majalah Glam, bersandarkan tema ikon muzik terkenal, Madonna.
Datuk Siti menjelma menjadi Madonna, sebagaimana album terhebat diva antarabangsa berkenaan, Material Girl, diikuti inspirasi dari album Rain dan juga berubah sebagai wanita Jepun seperti yang pernah dilihat menerusi klip videp Nothing Really Metters.
Siapa sangka, dalam pada Datuk Siti sering ke hulu ke hilir dengan gaya scarf, penyanyi All Your Love itu berubah menjadi karektor Mickey Mouse seperti yang pernah tercerna menerusi potret ikonik rakaman jurugambar hebat, Herb Ritts.
Pengarang atau Editor Glam, Suzie Adnan menulis kepada kepada portal murai.com.my, bahawa Datuk Siti amat menitik beratkan imejnya yang berselendang dan bergaya mengikut kesesuaian majlis.
Baca seterusnya : http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=11091&c=30&s=152
Blast Of Youth Sempena Malam Ambang Tahun Baru 2012 @ Putrajaya
Mini Hari Belia ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 30 haribulan Disember 2011 hingga 1 Januari 2012. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya, Vyrec Cyber Game, Pameran dan Jualan,dan konsert malam ambang tahun baru 2012 bersama-sama 20 orang artis tempatan .Karnival ini akan diadakan bertempat di Laman 1Malaysia Presint 2 Putrajaya. Berikut adalah tentatif dan rujukan mengenai program:
http://vyrec.com/mari-sertai-the-blast-of-youth-ambang-tahun-baru-2012-putrajaya/

IQA MENTOR "KEBASAHAN"
Apa nak jadi!!!!
Selepas sehari berlangsungnya Media Hiburan Splash Party, peminat setia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sebuah laman web hiburan yang menyiarkan gambar 'basah' Iqa Mentor.
Gambar ini mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada peminat-peminatnya. Lantas wartawan Media Hiburan mendapat penjelasan daripada empunya diri berhubung perkara ini.
"Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung"
Gambar-gambar dan butiran lanjut di http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/12/artis-melayu-bangga-tunjuk-baju-dalam.html

RM 10 UNTUK DIMILIKI
Peluang memiliki topup RM 10 hanya dengan cara mudah. Tidak perlu membayar. Hanya masa anda sedikit sahaja. Layari : http://vyrec.com/to-up-rm-10-untuk-satu-survey-kajian-persepsi-rasuah-malaysia/
UiTM : 70% BELIA BERSAMA KERAJAAN
Dapatan awal satu kajian oleh seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan 70 peratus responden daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendekati golongan itu.
Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010, berpendapat mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan ini menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.
“Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program-program yang dirangka.
“Itu adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia,” kata pensyarah Sains politik di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Dungun (Terengganu), Che Hamdan Mohamed Razali kepada Bernama baru-baru ini.
Selain pendekatan melalui media sosial, katanya responden yang terdiri daripada golongan berusia antara 18 dan 40 tahun serta daripada pelbagai bidang pekerjaan termasuk pelajar, profesional hingga nelayan dan petani, berpendapat kerajaan pimpinan Najib juga kini lebih terbuka.
Rata-rata responden mengakui sedar akan inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin banyak melibatkan belia dan kepentingan mereka dalam merangka sesuatu program seperti rumah mampu milik untuk belia baru bekerja, bantuan kepada usahawan muda dan kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Mereka menghargai sekecil-kecil usaha seperti Perdana Menteri duduk bersila bersama belia di jalan raya untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak, menganjurkan banyak kegiatan seperti futsal dan rancangan membina satu gelanggan futsal bagi setiap mukim.
Jadi adalah tidak benar jika dikatakan golongan belia suka menentang kerajaan dan ‘anti-kerajaan’ seperti yang cuba ditonjolkan pembangkang yang membawa belia ke jalan raya untuk berdemonstrasi dan bertindak tidak hormat terhadap pemimpin?
“Adalah menjadi sifat segelintir belia suka memberontak. Dapatan awal saya ialah belia ini bukanlah ‘anti-kerajaan’ seperti didakwa banyak pihak. Mereka cuma berjauh hati jika berasa dipinggirkan. Jika kerajaan memberi perhatian, mereka ini akan menyokong kerajaan,” katanya.
Beliau berpendapat kerajaan perlu agresif memberikan penjelasan mengenai sesuatu perkara sekiranya tidak mahu golongan belia terus diracuni dengan maklumat dan fakta yang salah oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik yang cuba menonjolkan golongan belia menyokong mereka.
Che Hamdan bagaimanapun belum bersedia memberikan perincian lanjut dapatan kajian itu atas alasan bahawa ia masih terus dijalankan dan akan hanya diumumkan sepenuhnya setelah selesai.
Rumusan awal beliau ialah belia tidak akan menggadai masa depan mereka semata-mata kerana janji-janji manis, sebaliknya mereka lebih bersedia bersama-sama bergelumang dan berusaha dengan kerajaan yang sudah terbukti mempunyai perancangan yang baik untuk masa depan mereka, malah mempunyai rekod yang terbukti.
Sementara itu, naib pesiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Datuk Irmohizam Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan belia dalam apa jua aspek termasuk Belanjawan 2012, malah menghargai dan terbuka menerima sebarang pandangan serta kritikan belia kepada kerajaan.
“Kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan merancang pelbagai usaha untuk mendekatkan golongan belia dengan kerajaan. Jadi dakwaan mengatakan golongan belia anti kerajaan adalah tidak benar, cuma segelintir sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain mengiktiraf golongan belia dalam Belanjawan 2012, kerajaan juga sedia melakukan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Mengenai penglibatan mahasiswa dalam politik negara, dan terbaru Perdana Menteri mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti.
Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib pada 12 Dis lepas berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya dengan penglibatan mereka.
Irmohizam yang juga pensyarah di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam berkata hasil pemerhatiannya juga, ramai belia atas pagar kini menyukai kerajaan BN dan berterima kasih atas usaha-usaha kerajaan untuk melibatkan mereka dalam banyak isu dan projek.
Dalam pada itu, beliau mengakui memang terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menghasut golongan belia di universiti supaya membenci kerajaan hanya untuk kepentingan politik dan keghairahan merebut kuasa pemerintahan.
“Namun, belia yang terdedah kepada pelbagai maklumat tidak mudah menerima semuanya bulat-bulat tanpa memeriksa kebenarannya. Begitu juga dengan janji-janji pembangkang, yang kami sedari sepenuhnya hanya gimik untuk meraih undi tanpa sebarang langkah konkrit diatur untuk belia seperti yang sudah dilaksanakan kerajaan BN sekarang,” katanya.
- Bernama

AKTIVITI BELIA OLEH BELIA UNTUK BELIA DI PUSAT MARITIM PUTRAJAYA
Kepada belia-belia yang meminati aktiviti extreme dan Performance Art anda dijemput beramai-ramai ke karnival Youth Act 11.1 pada 25 Disember 2011 ini. Youth Act adalah program dibawah MyParc diamana ianya adalah salah satu inisiatif daripada Makmal Transformasi Pembangunan Belia (Gen Y Lab).
Pada tarikh tersebut juga akan diadalam pelancaran MyParc. MyParc adalah singkatan daripada Malaysian Youth Performance Art and Recreation Center dimana ianya adalah salah satu platform untuk belia-belia yang mempunyai bakat didalam sukan Extreme dan bidang Performance Art untuk menguji bakat mereka. Oleh itu jangan lupa untuk menyertai MyParc di Pusat Maritime Precint 5 Putrajaya, pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti: Persembahan Parkour, BMX demonstration, Inline Skating competition dan Youth Band performance.
Kepada belia-belia yang tidak mempunyai aktiviti esok luangkanlah masa cuti anda untuk menyertai aktiviti sihat bersama MyParc. Dan epada mereka yang berdekatan dengan Putrajaya jangan lepaskan peluang ini mari sama-sama kami memeriahkan program ini.
Sumber : http://vyrec.com/jom-sertai-youth-act-11-1-maritime-center-putrajaya/

SENARAI BELIA PALING BERJAYA DUNIA
NEW YORK 21 Dis. – Pengasas Facebook Mark Zuckerberg; aktivis hak asasi manusia Ronan Farrow; bintang pop Lady Gaga dan Justin Bieber tersenarai sebagai antara individu berusia bawah 30 tahun yang paling berjaya oleh majalah Forbes.
Senarai itu turut membariskan pereka pemasangan foto berskala besar, JR, 28, dan penerbit filem David Ellison yang juga anak lelaki Ketua Pegawai Eksekutif Oracle, Larry Ellison yang membiaya filem True Grit dan World War Z.
“Walaupun ramai yang disenarai merupakan individu dikenali, namun kemunculan pertama pakar sains kelahiran Kanada, Danielle Fong yang menyelesaikan pengajian doktor falsafah di Universiti Princeton pada usia 17 tahun sebelum mengasaskan syarikat tenaga alternatif Lightsail pada usia 20 tahun turut menjadi perhatian,” kata Pengarang Eksekutif Forbes, Michael Noer dalam satu kenyataan.
Farrow yang kini dikenali sebagai Sarjana Rhodes, Pakar Dasar dari Jabatan Negeri Amerika Syarikat (AS), satu-satunya anak kandung aktres Mia Farrow dan pengarah Woody Allen pula berada dalam senarai dasar dan undang-undang.
Sementara itu, Donald Glover, Jonah Hill, Jennifer Lawrence dan Jaden Smith, 13, anak kepada pelakon Will Smith tersenarai dalam kategori hiburan manakala kategori muzik pula menyenaraikan bintang British Adele dan bintang pop AS Katy Perry, Rihanna serta penyanyi rap Lil Wayne.
Sebanyak 12 kategori dipertandingkan termasuk seni dan rekaan, makanan, media, sosial dan teknologi yang menyenaraikan Pengasas CEO jaringan berita teknologi Mashable, Peter Cashmore.
Bidang pemilikan pula menyenaraikan Alex Hodara, 24, yang menjadi syarikat broker pertama dikendalikan oleh pelajar di AS serta Kunal Shah, 29, dari Goldman Sach dinamakan sebagai Pengarah Urusan termuda ketika berusia 27 tahun.
Seramai 30 individu dipilih bagi setiap kategori dan ia akan disiarkan dalam majalah tersebut bulan depan.
Forbes meminta pembaca dan juga 12 ahli panel yang terdiri daripada pakar dalam bidang berkaitan menilai individu tersenarai yang bakal memberi pengaruh kepada dunia.
Antara panel terlibat termasuk artis Chuck Close, jutawan kewangan Thomas Lee dan pemilik Gawker Media, Nick Denton. – Reuter
Sumber : http://www.suaragenerasibaru.com/?p=4910
TOPUP RM 5 UNTUK DIMILIKI
Sebagai tanda penghargaan, 5000 orang pertama yang menjawab survei ini akan mendapat hadiah berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) telefon bimbit bernilai RM 5.00. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada yang berjaya. Pembayaran top-up akan dibuat selepas kajian menerima penyertaan 5000 responden. Selepas menerima kod top-up, anda akan diberikan tempoh selama dua (2) minggu sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kod nombor top-up.
Jadi tunggu apa lagi, marilah beramai-ramai melengkapkan borang kajian ini!! luangkanlah sedikit masa anda selama tidak sampai 5 minit untuk pembangunan belia di Malaysia terima kasih.
Untuk melengkapkan survey ini anda dikehendaki pergi ke laman rasmi IPPBM di link berikut : Online Survey Parlimen Belia
BELIA MALAYSIA BANTU MANGSA BANJIR DI BANGKOK
BANGKOK-Seramai tujuh puluh peserta yang terdiri daripada sukarelawan Belia di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) dan disokong oleh pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, telah berkonvoi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda sebanyak dua puluh satu buah dan satu kontena empat puluh kaki lengkap dengan barangan bantuan dan perubatan telah ke Bangkok Thailand bagi membantu mangsa selepas banjir di sana baru-baru ini.
Antara tempat-tempat yang menjadi persinggahan kumpulan konvoi ini menabur bakti ialah Sekolah Saipanya Rangsit di Daerah Pathum Thani, kawasan perkampungan Banglaen di Daerah Nakhon Pathom dan Daerah Samut Sakhon. Kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pasukan sukarelawan Malaysia yang berganding bahu dengan penduduk-penduduk tempatan.
Ketua kampung Tam Bon Bang Rakam dari daerah Nakhon Pathom mengatakan beliau begitu terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh sukarelawan Malaysia yang sanggup untuk datang dari jauh untuk membantu dan membersihkan kawasan kampung mereka.
Menurut Encik Mohd Zaidi Aziz Setiausaha Agong Majlis Belia Malaysia yang turut serta menyertai misi bantuan ini, “kami menyahut saranan YB Menteri Belia dan Sukan untuk bergerak menjayakan misi ini”, tambah beliau lagi “walaupun bantuan kami tidak seberapa tetapi pihak Thai begitu meghargainya”.
Secara keseluruhannya misi bantuan selepas banjir ini bukan sahaja dapat membina hubungan baik antara kedua Negara, sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban jiran utara negara yang telah dilanda bencana alam baru baru ini.
Sumber : Majlis Belia Malaysia http://belia.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=560:misi-bantuan-selepas-banjir-bangkok-thailand-mbm-sahut-cabaran-yb-menteri-belia-dan-sukan&catid=86:mejambm
AKIBAT MAHUKAN PAYU DARA CANTIK
LONDON: Lebih 250 wanita Britain akan memulakan prosiding mahkamah tahun depan selepas lebih separuh daripada mereka mengalami masalah dengan implan payu dara yang dibuat oleh syarikat Perancis, PIP.
“Implan lebih separuh daripada wanita itu pecah dan kami juga mewakili wanita lain yang bimbang dengan laporan itu serta khuatir implan mereka juga akan pecah akhirnya,” kata peguam, Esyllt Hughes.
“Kami sudah mengeluarkan beberapa prosiding mahkamah dan menjangka ia akan bermula di Cardiff tahun depan.” Pegawai kesihatan Perancis berkata, kerajaan negara itu merancang mengesyorkan kepada 30,000 wanita Perancis yang menjalani pembedahan implan supaya membuangnya selepas lapan kes barah, khususnya barah payu dara dilapor.
PIP yang mengeksport sebahagian besar implannya muflis tahun lalu.
Peguam Britain itu yang berpejabat di Cardiff berkata, anak guamnya bercadang membuat tuntutan terhadap klinik yang menjalankan pembedahan memasukkan implan berkenaan.
“Kami lebih suka jika dapat menyaman PIP tetapi syarikat itu sudah muflis dan maklumat menunjukkan ia tidak diinsuranskan secukupnya.
“Kerana itu kami mengambil keputusan membuat tuntutan terhadap klinik terbabit,” kata Hughes.
Kira-kira 50,000 wanita Britain menggunakan implan buatan PIP untuk membesarkan payu dara mereka.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Britain semalam cuba meyakinkan wanita berkenaan bahawa tidak ada bukti menunjukkan ada hubungan antara produk itu dengan barah. - AFP
SUMBER : HARIAN METRO http://www.hmetro.com.my/articles/Implanpayudara_250wanitasamanklinik/Article

KHIR TOYO BERSALAH
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu
barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.
Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.
Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.
Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Dipetik daripada Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/jenayah/khir-toyo-dihukum-penjara-12-bulan-1.14335?localLinksEnabled=false

Anak Seberang : Sokongan Orang Muda Kepada BN Dahului Pakatan Menurut Dr Google
Menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Barisan Nasional (BN) dikatakan mendahului Pakatan Rakyat (PR) sekurang-kurangnya tiga peratus untuk mendapatkan sokongan golongan muda.
Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan berkata, angka itu boleh berubah menjelang pilihan raya kerana golongan muda peka kepada perubahan dan isu semasa.
”Jumlah kaum muda dalam demografi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sehingga 68 peratus, bermakna kaum muda Cina secara total daripada 88 hingga 92 peratus menyokong Pakatan,” katanya dalam wacana perdana PRU13 di Kota Bharu, malam kelmarin.
Antara panel wacana tersebut, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution.
Abu Hassan berkata, sebahagian besar sokongan golongan muda PR diraih dari kalangan anak muda golongan Cina manakala mengikut gender dan umur dianggarkan kaum itu menyokong gabungan berkenaan pada kadar 82 hingga 88 peratus.
Bagi pengundi Melayu pula, beliau berkata ia kekal pada kadar 22 hingga 28 peratus, untuk memberi kelebihan sokongan tiga hingga lima peratus kepada BN.
Moderator program berkenaan, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut memberikan pandangannya bahawa 60 peratus daripada kira-kira tujuh juta pengundi muda hanya akan membentuk sikap terhadap kepada isu tersebut dalam undian mereka pada saat terakhir.
Sementara itu, Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang berkata, PKR terbuka dalam menerima kajian yang dibuat walaupun tidak berpihak kepada parti tersebut.
“Kita tidak amalkan sindrom penafian, saya membaca semua kajian lain yang disifatkan baik dan positif untuk membuat persiapan dalam menghadapi pilihan raya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohammad Agus tidak berhasrat untuk bertanding pada PRU13, biarpun ditawarkan untuk menjadi calon oleh sebuah parti.
baca lagi di http://panggungopera.blogspot.com/2011/12/kajian-dr-google-bn-dahului-pakatan.html

Pindaan AUKU : Pengiktirafan kepada orang muda
SISTEMATIK... mahasiswa perlu menunjuk dan membuktikan kepada masyarakat mereka golongan intelektual yang matang dan berwibawa biarpun ketika bergiat dalam lapangan politik kelak.
AKHIRNYA Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sentiasa hangat dan kontroversi di kalangan mahasiswa dipinda bagi memberi kelonggaran golongan itu berpolitik.
Pindaan itu ibarat satu kemenangan peribadi kepada mahasiswa yang selama ini berjuang mendapat kebebasan berpolitik dan bersuara.
Apakah pindaan ini bakal membawa dimensi baru kepada golongan itu bagi memartabatkan peningkatan minda mahasiswa terhadap perjalanan politik negara atau sebaliknya?
Atau apakah pindaan AUKU mampu mengembalikan kegemilangan zaman mahasiswa era 70-an yang gah dengan pelbagai isu dan perjuangan.
INFO:
AUKU yang diwartakan pada 24 Februari 1971 dan diluluskan Parlimen pada 17 Mac 1971 sudah beberapa kali dipinda pada tahun berlainan seperti 1971 (Akta 80) , 1975 (Akta A295), 1983 (Akta A550), 1996 (Akta A496).
Bagaimanapun pindaan yang dibuat pada 1975 paling ketara kerana ia melarang sama sekali mahasiswa terbabit dalam politik.
Kali terakhir AUKU dipinda pada 2009.
Maklumat lanjut:
http://www.hmetro.com.my/articles/Pengiktirafankepadaorangmuda/Article
Pindaan itu ibarat satu kemenangan peribadi kepada mahasiswa yang selama ini berjuang mendapat kebebasan berpolitik dan bersuara.
Atau apakah pindaan AUKU mampu mengembalikan kegemilangan zaman mahasiswa era 70-an yang gah dengan pelbagai isu dan perjuangan.
INFO:
AUKU yang diwartakan pada 24 Februari 1971 dan diluluskan Parlimen pada 17 Mac 1971 sudah beberapa kali dipinda pada tahun berlainan seperti 1971 (Akta 80) , 1975 (Akta A295), 1983 (Akta A550), 1996 (Akta A496).
Bagaimanapun pindaan yang dibuat pada 1975 paling ketara kerana ia melarang sama sekali mahasiswa terbabit dalam politik.
Kali terakhir AUKU dipinda pada 2009.
Maklumat lanjut:
http://www.hmetro.com.my/articles/Pengiktirafankepadaorangmuda/Article
ABU : TAKKAN DENGAN UNTA PUN BOLEH
BERSIH dah gagal.....kini muncul pula ABU (Angkatan Berfikiran Unta....korang cari la sendiri nama penuhnya). Satu lagi gerakan untuk membenci UMNO. Sudah-sudahlah tu.....
Strategi kali ini nampaknya mereka cuba mendekati golongan-golongan pertengahan dan bermasalah atau terpinggir seperti kata mereka "semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, Gelandangan (homeless), penganggur (jobless)". Satu lagi tindakan terdesak yang konon-kononnya cuba membela nasib golongan ini.
Tertindaskah mereka? Apa istimewanya Mat Rempit ini? Bukan setakat membahayakan diri sendiri, malah mengganggu dan membahayakan pengguna jalan raya dan orang ramai. Tetapi golongan ini sebenarnya golongan yang tak takut mati dan pantang dicabar. Sebab itu ABU cuba mendampingi golongan ini supaya "KEBERANIAN" mereka ini dapat DIPERGUNAKAN demi menggapai impian mereka untuk MENGGULINGKAN UMNO.
Kenapa UMNO? Kerana UMNOlah tunjang kekuatan Kerajaan Barisan Nasional. UMNOlah pejuang sejati bangsa Melayu. Dan UMNOlah parti yang mempertahankan ISLAM sebagai agama rasmi MALAYSIA, UMNO jualah yang menyanjung Kedaulatan RAJA-RAJA!!! Bila UMNO dirosakkan, maka jatuh dan rosaklah 4 komponen penting ini. Sebab itulah, gerakan sosialis dan liberal tidak henti-henti menyerang UMNO dari segenap sudut.
Dan gerakan terbaru diorang melalui ABU. Korang bacalah beberapa petikan yang sempat aku kongsi di sini daripada ABU :
"Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN".
"Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia".
Korang lihat pula gambar-gambar dibawah dan cuba fahami maksud di sebaliknya :
ABU NEGERI SEMBILAN
ABU PENANG
ABU PERLIS
ABU PERAK
Orang Muda Dah Tolak Pakatan DAP, PKR Dan PAS Sampai Ke Pintu Jamban
Kita memang dah lali dengan contengan di pintu-pintu tandas. Macam-macam yang ditulis dan dilukis oleh mereka-mereka yang boleh dikatakan "kreatif" tidak bertempat. Walaupun kita tidak boleh meneka dengan tepat siapakah golongan sebenar yang kreatif ini, namun umum mengetahui bahawa golongan muda lebih cenderung untuk melakukannya.
Berbalik kepada tajuk di atas, penulis ingin berkongsi dengan artikel daripada blogger parpukari berkenaan luahan anak muda yang sudah bosan dengan mainan politik oleh pakatan DAP, PKR dan PAS. Masakan tidak, sudah terlalu lama parti anak-beranak ini membohongi dan menindas rakyat. DAP dengan racismenye, PKR dengan kerosakan moralnya dan PAS dengan ketaksuban melampau kepada pemimpinnya.
Sudah sampai masanya generasi muda untuk berubah. Berubah dan menggunakan kreativiti mereka ini di tempat dan saluran yang betul. Cukup-cukuplah masa dan peluang yang diberikan sekarang ini. Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh pakatan DAP, PKR DAN PAS sepanjang mereka memiliki kuasa di negeri-negeti yang dimenangi dalam PRU 12 yang lalu. Semuanya masih mengharap dan menagih ehsan daripada kerajaan Barisan Nasional.
Justeru, penulis menyeru kepada semua golongan muda, penulis, media, blogger dan sesiapa sahaja supaya tidak lagi menggunakan istilah "PAKATAN RAKYAT, tetapi sebaliknya menggunakan istilah "PAKATAN DAP, PKR DAN PAS.
Kenapa? Kerana Pakatan DAP, PKR DAN PAS, BUKAN, TIDAK PERNAH, dan TIDAK AKAN SAMA SEKALI memperjuangkan nasib dan suara rakyat, sebaliknya mencari jalan untuk mengumpul dan mengaut keuntungan untuk anak beranak dan saudara-mara mereka sahaja.
* artikel blogger parpukari boleh dibaca di http://parpukari.blogspot.com/2011/12/cili-kasi-taruk-anak-muda-sudah-semakin.html

HIMPUN 2.0 DI PERAK 17 DISEMBER INI
IPOH, 6 Dis – Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan kedua yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak pada 17 Disember ini.
Pengerusi bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekretariat memilih Perak sebagai negeri kedua dalam siri Jelajah Himpun kerana jawatankuasa dari negeri itu sudah bersedia menggalas cabaran tersebut.
“Pemilihan negeri tidak bermotifkan politik, selepas ini kita akan ke Negeri Sembilan diikuti Johor kerana jawatankuasa negeri ini juga telah bersedia.
“Bagaimanapun di Perak, kita mengurangkan jumlah penceramah kepada lima atau enam orang berbanding 14 penceramah di Shah Alam dan mengekalkan slot lain seperti nasyid dan selawat,” katanya pada sidang media hari ini.
Mohd Azmi berkata bagi menjamin langkah keselamatan pada tahap terbaik pihaknya telah berbincang dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang menyelia stadium berkenaan dan pihak polis.
“Himpun Ipoh mendapat kebenaran pihak polis. Pemilihan stadium ini adalah kerana kita yakin akan lebih memudahkan dalam soal penjagaan dan mengawal keselamatan orang awam serta kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi.
“Selepas Himpun Shah Alam kita telahpun membuat post mortem dan mengenal pasti masalah dan implikasi yang berlaku bagi memastikan perhimpunan secara aman dapat diadakan,” katanya.
Beliau berkata pihaknya kini sedang giat mengumpul seberapa ramai masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang atas semangat persaudaraan demi mempertahankan akidah yang satu.
“Kita telah menggerakkan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri ini untuk menyebarkan maklumat mengenai perhimpunan ini. Kehadiran parti-parti politik termasuk seluruh kepimpinan dan ahlinya adalah amat dialu-alukan,” katanya.
Kira-kira 4,000 orang menyertai perhimpuan pertama yang diadakan di Shah Alam pada Oktober lepas termasuk wakil beberapa badan bukan kerajan (NGO) dan turut dihadiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Dipetik daripada http://umno-online.com/?p=51481&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29
Enam Persoalan Puteri Berkaitan Generasi Muda
KUALA LUMPUR: Siapa kata semangat Puteri Umno suam-suam kuku? Buktinya apabila Wan Salwati Abdullah yang juga Exco sayap bongsu Umno berjaya menyalur semangat mudanya kepada perwakilan di Dewan Merdeka, di sini, semalam.
Beliau yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden membangkitkan mengenai pentingnya suara generasi muda diletakkan di tempat sepatutnya seiring pemimpin masa kini yang suatu masa nanti akan mewariskan legasi kepemimpinan mereka.
“Sedarlah ahli parti, pemimpin di semua peringkat, sejarah dunia sudah membuktikan generasi muda antara kuasa sebenar dalam mengubah landskap sosio-politik sesebuah negara, tamadun dan peradaban dunia.
“Janganlah golongan generasi muda ini diperlekehkan dan dinafikan hak suara serta pandangan mereka,” katanya.
Wan Salwati diberi lebih masa ihsan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berikutan tidak tergamak menyekat hasrat beliau yang sudah seperti anaknya, kemudian menyambung perbahasan dengan membangkit tujuh soalan berkaitan.
Katanya, dalam usaha mendampingi generasi muda, semua pihak dalam Umno perlu bertanya adakah mereka mengetahui dengan jelas berapa peratus generasi muda di kawasan yang bakal mengundi.
“Kedua, adakah kita mengenali mereka? (Soalan ketiga) adakah kita mendampingi mereka sehingga mereka merasakan kehadiran kita (Umno) dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup seterusnya membantu mereka dalam memahami dan menangani perkembangan isu semasa.
“Keempat, adakah kita diterima? (Soalan kelima) Apakah pula persepsi generasi muda terhadap sikap dan tingkah laku kita? (Soalan keenam) adakah bentuk pendekatan yang kita pilih untuk mendampingi dan memahami generasi muda ini berkesan? Dan akhir sekali bilakah kali terakhir kita bersalam, mengucapkan selamat hari jadi kepada mereka serta mengucapkan syabas di atas kejayaan mereka,” katanya.

Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba : Najib Razak
KUALA LUMPUR 1 Dis. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi.
Najib, yang juga Presiden UMNO dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, mengingatkan semua anggota parti supaya ‘merapatkan saf, menyalakan jamung dan menggigit sekuatnya perjuangan dengan geraham kita’ bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.
“Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti,” katanya sambil melaungkan Hidup UMNO yang disambut gemuruh 2,711 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Najib dalam amanatnya kepada perwakilan pada Selasa lepas mahu pimpinan parti di peringkat bahagian dan akar umbi bekerja secara luar biasa bagi menghadapi PRU-13 akan datang.
Perdana Menteri juga berpesan supaya para wakil bahagian parti jangan mengambil mudah PRU-13 kerana cabarannya pasti luar biasa dan yang paling getir bakal dihadapi oleh parti politik terbesar negara itu. — Bernama
Bekwoh Anak Kelate: Manifestasi Sikap Generasi Muda
Portal Suara Generasi Baru dalam sudut pandangnya memberi liputan terhadap Program Bekwoh Anak Kelate yang telah diadakan di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Kebanyakan hadirin yang terdiri dari kalangan muda mudi seakan sehati dan sejiwa apabila ramai di antara mereka berpakaian warna merah seakan merestui kempen “Gelombang Merah” yang dipelopori oleh UMNO Kelantan dalam misi mereka mendapatkan kembali Kelantan daripada Pas.
Kemeriahan majlis perjumpaan anak-anak Kelate ini bukan saja di akui ramai khalayak yang hadir malah ia turut di akui oleh Dato’ Shabery Chik secara terbuka turut mengakui seakan merasai denyut nadi gelombang merah tersebut.
“Saya terkejut ketika melangkah masuk ke stadium sebentar tadi kerana melihat stadium penuh dengan warna merah”. – Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek
“Perhimpunan ini cukup bersejarah dan saya berasa cukup gembira kerana bukan sahaja ramai yang datang malah cukup bersemangat”.
“Kerajaan berterima kasih kepada anak-anak muda. Mereka jelas mahukan perubahan dan kita akan sedaya upaya memperjuangkan kepentingan rakyat Kelantan”. – Dato’ Seri Mustapa Mohamed
Sejarah yang tercatat di “Majlis Bekwoh Anak-Anak Kelate” ini telah membuktikan rakyat Kelantan terutama sekali generasi muda juga tidak bermasalah untuk berubah sikap & tidak juga kekok untuk menukar ‘darah hijau’ kepada ‘darah merah’ demi masa depan negeri tumpah darah sendiri.
Kehadiran ramai anak muda Kelantan di majlis anjuran UMNO ini boleh diumpamakan sebagai satu manifestasi keyakinan & harapan terhadap UMNO terutama sekali dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang menyelubungi Kelantan ketika ini.
Berita lanjut di http://www.suaragenerasibaru.com/?p=3741

KJ, GAN PING SIEW, SAIFUDDIN DAN P. KAMALANATHAN BERENTAP
KUALA LUMPUR: Seramai empat Yang Berhormat (YB) beraksi lincah berentap bersama belia di Pertandingan Bola Keranjang secara 3 on 3 iaitu YBsCanJump di Berjaya Times Square pada 19 November 2011 yang lalu.
Mereka adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu, Ahli Parlimen Temerloh, Dato’ Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu, aktiviti sukan merupakan medium terbaik dalam menyatupadukan rakyat dan membuktikan sukan bola keranjang adalah milik semua, bukannya milik kaum tertentu sahaja.
Tambah beliau lagi, idea penganjuran pertandingan tersebut timbul di Twitter dan mendapat maklumbalas daripada Dato’ Saifuddin dan Khairy Jamaluddin yang berminat untuk menyertai begitu juga dengan P. Kalamanathan.
Pertandingan yang berlangsung selama sehari itu menarik hampir 32 pasukan di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang terdiri daripada golongan belia untuk menyertai bagi merebut trofi kemenangan.
Penganjuran pertandingan tersebut diadakan bagi membuktikan kesungguhan kerajaan amnya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khususnya dalam membudayakan sukan dalam kehidupan seharian tanpa mengira umur, kaum mahupun agama.
P. Kalamanathan berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan bagi sukan-sukan lain dan melibatkan lebih ramai YB akan turut serta dan pada masa yang sama meluangkan masa bersama belia melalui aktiviti yang menyihatkan.
PEMIMPIN GAGAL PERLU BERUNDUR
KUALA LUMPUR – Pemimpin persatuan sukan yang gagal membawa sebarang perubahan diminta berundur secara sukarela bagi memberi laluan kepada orang lain yang benar-benar layak dan berwibawa.
Tanpa mahu menuding jari kepda mana-mana persatuan sukan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemimpin berkenaan perlu bermuhasabah diri dan merenung ke dalam dirinya sendiri bagi mencari kesilapan yang telah dilakukan selama ini.
“Saya tiada kuasa untuk bubar persatuan tetapi kalau sesebuah persatuan itu diterajui pemimpin yang terlalu lama memegang jawatan dalam persatuan dan dia gagal memberikan yang terbaik.
“Maka saya berpandangan lebih baik dia bermuhasabah diri dan tanya pada diri sendiri sama dia masih mampu untuk menjadi peneraju persatuan sukan berkenaan atau pun tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat keluarga pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Harun Osman yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang akibat serangan jantung pada 9 November lalu. Turut serta pada lawatan itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong mengiringi Ahmad Shabery yang turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada balu Allahyarham, Khadijah Salim, 50, di kediamannya di Bukit Jalil.
Allahyarham Haron atau mudah disapa rakan-rakannya sebagai Cikgu Haron adalah pegawai MSN menghembuskan nafas terakhirnya ketika bertugas menunggu ketibaan atlet negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin Palembang 9 November lalu. Jenazahnya di bawa ke tanah air untuk disemadikan di kampungnya di Alor Setar, Kedah keesokkan harinya.
Dato’ Sri Ahmad Shabery kemudiannya menyampaikan sumbangan peribadi kepada Khadijah dan berharap agar beliau serta keluarganya sentiasa bersabar dengan ujian ini .
Menurut Ahmad Shabery, pengunduran secara sukarela pemimpin terlibat sekurang-kurangnya membuka peluang kepada orang lain untuk menyuntik idea baru yang mungkin mampu menaikkan kembali acara sukan berkenaan.
Sementara itu, mengulas mengenai kekalahan 0-2 skuad Harimau Muda kepada Syria, kelmarin dalam kelayakan Sukan Olimpik 2012, beliau meminta kepada para penyokong agar tidak terlalu cepat mencari kesilapan pasukan muda negara itu.
“Selain faktor keletihan, perlu diingat pasukan ini masih muda dan merupakan satu-satunya skuad di Asia Tenggara yang berjaya menempatkan diri dalam 12 pasukan terbaik Asia bagi kelayakan Olimpik,” ujarnya.
Justeru, beliau berharap, penyokong dapat memberi mereka masa dan ruang bagi membentuk sebuah pasukan masa depan yang mantap.
Sumber-Utusan
TINDAKAN AIM MEMALUKAN YUNA DAN ANUAR ZAIN
KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.
Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.
Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.
Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.

Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.
------------------------------------------------------
Manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Persoalannya, bagaimana Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) boleh melakukan kesilapan sebegini? Bukan niat penulis untuk menghentam RIM, tetapi kalau anugerah yang berprestij seperti ini pun boleh diambil mudah, bayangkan kerja-kerja dan tugas yang dilakukan oleh RIM dalam mengangkat industri muzik negara? Mujurlah Yuna seorang yang baik hati dan amat profesional. Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku di Hollywood. Pasti tindakan tegas seperti saman malu akan diambil oleh penyanyi ke atas penganjur.
Kepada RIM, tepuk dada tanya selera.
KELAYAKAN OLIMPIK 2012 : Malaysia U 23 VS Syria U 23
“MAIN di tempat sendiri tetapi kita umpama pasukan lawan. Syria sudah sampai di sini sejak Ahad sedangkan kita baru tiba pagi tadi (semalam).” Demikian luahan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee (kanan) menjelang aksi kedua Kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini – hanya dua hari selepas menewaskan Indonesia pada final Sukan SEA di Jakarta, malam kelmarin.
Walau apa jua rintangan, perjuangan harus diteruskan. Kepada skuad Harimau Muda, seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada, sokongan dan doa mereka berSATU mengiringi setiap langkahan anda. Berjuanglah seperti sang harimau, semakin ganas apabila dilukai..
ONG KIM SWEE : KAMI DI BELAKANGMU
"MEREKA tidak menghormati kamu, mereka tak hormat bendera kita, mereka tak hormat Raja kita dan mereka tak hormat ibu bapa kita. Kalau kamu benarkan ini terjadi, maka kamu adalah pengecut. Kamu sebagai rakyat Malaysia mesti ajar mereka.
“Kita berjaya tewaskan mereka bukan sekali tapi dua kali di hadapan penyokong fanatik mereka. Kita tunjukkan pada mereka macam mana nak lakukannya.”UTUSAN
PM TURUT DIFITNAH MEDIA SOSIAL
Perdana Menteri, Datuk Sri Najib berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini. Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan. Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar.
”Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.
”Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan fitnah itu langsung tidak takut kepada dosa-dosa besar ekoran daripada perbuatan tersebut. ”Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut.”
Begitu juga katanya, fitnah terhadap anak perempuannya yang dikatakan telah berbelanja di Perth ketika beliau menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), baru-baru ini. ”Walhal anak saya berada di negara lain untuk menjalankan pekerjaannya dan tidak ada di Perth,” katanya.
Sungguhpun begitu, beliau mengakui media sosial banyak memberi manfaat terutama dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. ”Saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu Perdana Menteri turut menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan iPhone 4 untuk merakamkan mesejnya untuk rakyat Malaysia pada sambutan Aidiladha di Padang Arafah, baru-baru ini. ”Disebabkan urusan peribadi, tiada peruntukan jurukamera RTM dan TV3 untuk mengikut saya. Namun saya teringatkan dan rindukan rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menyampaikan mesej Aidiladha kepada mereka.
”Akhirnya, saya terfikir untuk mengggunakan iPhone 4. Dengan iPhone 4, video dirakam dan ketika itu saya memakai ihram di Padang Arafah. Selepas selesai rakaman, ia dihantar menerusi e-mel dan kemudian disiarkan di RTM dan TV3. Gambarnya cukup jelas. Inilah manfaatnya kita gunakan teknologi baru,” jelasnya.

Big Screen Bola Sepak Sukan SEA Akhir : Malaysia VS Indonesia @ Dataran Merdeka
Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda Malaysia atas kejayaan mereka untuk layak ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 menentang Indonesia. Atas semangat kesukanan dan semangat perpaduan kaum di Malaysia Kementerian Bila Dan Sukan dengan berbesar hati akan menganjurkan tayangan skrin besar atau “BIG SCREEN” Sempena Final Bolasepak Sukan SEA – MALAYSIA vs INDONESIA ini.
Siaran ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. oleh itu pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia menjemput semua penyokong skuad bola sepak Malaysia untuk beramai-ramai memberikan sokoangann terhadap pasukan kita. Program siaran ini akan bermula pada jam 6:00 petang, Selain itu juga akan diadakan cabutan bertuah untuk penyokong-penyokong yang hadir.
Anda juga diminta memakai jersi pasukan Malaysia atau memakai pakaian hitam kuning untuk menunjukkan semangat yang kita berikan kepada skuad harimau muda ini. Diharap pasukan Malaysia akan menjuarai perlawanan ini dengan berbekalkan semangat Harimau Malaya.. Jom support mereka dan bersama-sama menyemarakan semangat Patriotik melalui sukan.
Untuk dengar lagu semangat harimau malaya layari http://vyrec.com/big-screen-final-bola-sepak-sukan-sea-malaysia-vs-indonesia-dataran-merdeka/

IKON BELIA
Khairy Jamaludin, Dato Siti Norhaliza, Dato Sheikh Muzaffar, Dato Lee Chong Wei, Irfan Khairi dan ramai lagi.
Ini adalah hanya segelintir belia yang diangkat sebagai ikon mereka. Adakah mereka ini masih kekal sebagai ikon di kalangan anda?
Bagi generasi muda, istilah ikon atau idola merujuk kepada individu atau kumpulan yang menjadi rujukan, panduan, impian, atau pujaan mereka. Ikon mereka boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang dirasakan mempunyai perwatakan, karisma dan 'aura' yang tersendiri yang memenuhi citarasa mereka.
Dato Lee Chong Wei dan Dato Nicol David mungkin menjadi ikon atau idola belia kita terutama mereka yang bergiat aktif di dalam sukan. Tetapi kedua-dua mereka tidak semestinya menjadi ikon atau idola kepada para belia yang tidak meminati bidang sukan. Begitu juga halnya belia yang meminati Dato Siti Norhaliza begitu memuja dan mengkagumi beliau. Tetapi, para pengikut 'metal' tidak mungkin meminatinya dan mungkin juga langsung tidak mengenali beliau.
Bagaimana dengan anda semua? Siapa yang menjadi ikon atau idola anda?

ZARINA ANN JULIE : SEKSI DAN HANGAT DALAM FHM INDONESIA
From Malaysia with Love???
Pelakon yang pernah menghangatkan dunia artis seketika dulu kembali menghangatkan. Kalau dulu di Malaysia, kini muncul dalam majalah seks di Indonesia pula. Hmm....entahlah. Rasanya akan ada ramai belia yang akan bangkit selepas melihat gambar ini.
Makluman diperolehi dari http://sejarahmelayu.blogspot.com/

SUKAN SEA : HARIMAU PERLU BAHAM SANG GAJAH
JAKARTA – Pengurus skuad bola sepak negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) percaya pasukan negara akan bangkit dengan keputusan lebih baik berbanding berkongsi mata dengan Singapura kelmarin, apabila berdepan Thailand hari ini.
Menurut Hamidin, walaupun memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan satu mata, ia disifatkan baik berbanding jika menamatkan aksi tanpa mata, kelmarin.
Jelas beliau, sebagai juara bertahan, sudah pasti Malaysia memikul tekanan pada aksi pertama.
“Aksi pertama kelmarin tidaklah terlalu buruk. Jika dikaji, kita juga pernah kalah pada aksi pembukaan ketika saingan Piala Suzuki AFF, juga pada kejohanan-kejohanan lain.
“Lagipun berdasarkan rekod pertembungan kita dengan Singapura, ia menjadi perlawanan yang sukar, baik di pihak kita mahupun Singapura.
“Jadi kita harap setelah pemain mula merasai kehangatan sebenar kejohanan di sini pada perlawanan pertama kelmarin, mereka harus bangkit dan mencatat keputusan yang menggembirakan peminat pada aksi kedua menentang Thailand esok (hari ini).
“Saya yakin setelah kita bermula dengan seri, esok (hari ini) kita mampu menjelmakan keputusan yang diharapkan apabila berdepan Thailand esok,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mengulas lanjut pertembungan dengan Thailand hari ini, Hamidin berkata, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia.
“Mungkin ramai yang berpendapat kita boleh menyifatkan Kemboja sebagai lawan mudah tetapi tanggapan seperti itu harus dibuang oleh pemain.
“Saya tegaskan kepada pemain bahawa semua perlawanan adalah sukar, semua lawan adalah kuat apatah lagi menentang Thailand” katanya.
Mengulas insiden penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Negaraku pada aksi pertama kelmarin, Hamidin berkata, dia memang menjangkakan gelagat sedemikian.
“Saya sudah ada pengalaman sedemikian. Namun, pemain kita sudah bersedia menghadapi gangguan dan provokasi sedemikian. Gelagat penyokong mereka tidak menjejaskan mental dan emosi pemain,” katanya. – Utusan

CARDIFF CITY CUNGKIL 'PELE MALAYSIA'
Pemilik kelab Welsh dari Malaysia berazam untuk meningkatkan bola sepak di negara Asia Tenggara dan percaya bahawa kepakaran Cardiff City akan memberikan manfaat yang berguna.
Pemilik Malaysia-Cardiff City telah mengumumkan kerjasama dengan Felda, pemilik tanah terbesar di Malaysia, untuk membantu membangunkan bola sepak peringkat akar umbi di seluruh negara Asia Tenggara.
Pengerusi Bluebirds, Dato Chan Chien Ghee telah bergabung tenaga dengan pelabur Malaysia dan rakan-rakan beliau dalam mewujudkan pendidikan bola sepak yang berjaya di bawah panji-panji '1 Malaysia Cardiff City Projek '.
Sokongan pasti dan organisasi yang sesuai di sebalik projek ini dapat melihat 30,000 anak-anak luar bandar Malaysia yang mendapat manfaat besar daripadanya dan Dato Chan amat yakin ia sebagai kejayaan keseluruhan program.
"Ini merupakan satu lagi tanda komitmen kepada kelab ini. Kami akan membawa kejayaan Cardiff City untuk Malaysia. Secara peribadi, saya komited untuk bola sepak peringkat akar umbi di Malaysia, "katanya kepada Online Wales.
"Kita perlu mendekati kanak-kanak, bukan sahaja dalam teknik bola sepak, tetapi juga dalam pembentukan peribadi. Kami telah sampai ke luar bandar - dan ada banyak bakat di luar sana di kawasan luar bandar ".
Beliau menambah: "Pele ditemui di jalan-jalan belakang negara sendiri - dan lihat apa yang dia capai. Siapa tahu? Kita boleh mencari permata di masa depan, tetapi kami mahu lakukan jauh lebih daripada mencari satu, mungkin dua, pemain yang berkualiti.
"Cardiff City telah berbangga untuk bekerja dengan masyarakat tempatan. Bola sepak adalah satu alat yang berpengaruh apabila ia dikaitkan kepada pembangunan belia.
Dato Chan juga tidak sabar-sabar untuk meningkatkan taraf kemudahan dalam bola sepak Malaysia, yang menyatakan bahawa sudah sampai masanya bagi negara mempunyai stadium dan padang yang berkualiti tinggi.
"Kami sedang berunding untuk mengambil alih stadium tertentu yang akan mempunyai jenama Cardiff kepada mereka. Mereka akan membantu bola sepak akar umbi, manakala standard dan kemudahan padang mesti baik seperti Stadium Cardiff City, "katanya.
"Keseluruhan projek ini, walaupun masih jauh di luar pra-musim, jauh menjangkaui bola sepak komuniti. Pasukan Liga Perdana Inggeris telah melawat Malaysia untuk pameran, tetapi apa yang Cardiff City lakukan lebih jauh daripada itu".
dipetik drp goal.com

ELIZABETH WONG DIBOGELKAN SEKALI LAGI
Panas....panas....
Isu kemasukan peninju Muay Thai dari Israel terus dibongkar oleh blogger-blogger yang setia mempertahankan kebenaran. Kalau sebelum ini kecoh Menteri Belia, Dato Ahmad Shabery Cheek diserang kerana dikatakan memberi kebenaran peninju tersebut dibawa masuk bertanding di Malaysia, tapi rupa-rupanya usaha membawa masuk Ilya Grad ini telah bermula dari tahun 2009 lagi.
Bukan setakat itu, siap dengan perjanjian pulangan berapa peratusnya daripada jumlah penajaan serta dari jumlah jualan tiket seperti mana yang didedahkan oleh blog MIK. Saya sertakan tulisan MIK untuk tatapan anda semua.
.....................................
Dibawah ini, disajikan bukti sahih penglibatan kerajaan Negeri Selangor yang membelanjakan Wang Rakyat Selangor sebanyak RM5 Juta untuk program yang melibatkan penyertaan peninju Israel, Ilya Grad. Iya, WANG RAKYAT Selangor sebesar RM5,000,000.00...!!!

Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realiti , ‘The Challenger Muay Thai’ yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong.Demikianlah petikan respon yang diberikan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang cuba sedaya upaya menepis penglibatan kerajaan Khalid Gagap dalam isu peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai satu pertandingan dinegara ini.
Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.
“Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dibawah ini, disajikan bukti sahih penglibatan kerajaan Negeri Selangor yang membelanjakan Wang Rakyat Selangor sebanyak RM5 Juta untuk program yang melibatkan penyertaan peninju Israel, Ilya Grad. Iya, WANG RAKYAT Selangor sebesar RM5,000,000.00...!!!
Sebagai Exco, Elizabeth adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, dimana Tourism Selangor Sdn Bhd berada dibawah portfolio tersebut.
Tersangat mustahil sekiranya pihak Kerajaan Negeri Selangor menyatakan tidak tahu menahu mengenai penyertaan peninju dari Israel akan hadir, memandangkan tajaan RM5 Juta telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Disember 2009 lagi dan surat diatas dikeluarkan pada 3 Disember 2009...

LADY GAGA MELANCARKAN YAYASAN MEMPERKASA BELIA
Dipetik daripada suaragenerasibaru.com
LADY GAGA on Wednesday launched the Born This Way Foundation to support programmes dealing with youth empowerment and help people facing bullying and abandonment.
The foundation, named after the Grammy-winning singer’s hit album and single of the same name, was launched by Lady Gaga and her mother, Cynthia Germanotta.
“My mother and I have initiated a passion project,” the singer said in a statement. “Together we hope to establish a standard of Bravery and Kindness, as well as a community worldwide that protects and nurtures others in the face of bullying and abandonment.”
It follows on the singer’s interests in supporting gay rights and being outspoken on issues affecting youth.
The Born This Way Foundation will be work closely with the John D. & Catherine T. MacArthur Foundation and The California Endowment, both focusing on youth empowerment.
The Foundation will also work with the Berkman Center for Internet & Society at Harvard University, which focuses on the power of the Internet as a means to promote change.
The singer has harnessed the power of the Internet to attract more than 44 million fans on Facebook and 15 million followers on Twitter.
Source-The Star
Short URL: http://www.suaragenerasibaru.com/?p=2593
PISAU.NET : UNTUNGNYA KAKITANGAN AWAM YANG MENYOKONG PAKATAN
Pagi ini penulis tertarik melihat tajuk sebuah blog "Untungnya Kakitangan Awam Yang Menyokong Pakatan" dari blog Pisau.net. lantas ingin berkongsi bersama pembaca di beliabangkit.
............................................................................................
Mereka mahu melaksanakan sistem merit,kalau kamu sekadar BANGSA MELAYU TAPI BANGGANG JANGAN HARAP NAK DAPAT KERJA KERAJAAN. Mengurangkan jumlah kakitangan awam yang majoritinya adalah MELAYU adalah satu langkah yang baik.Memandangkan konsep Malaysian Malaysia dan kesamarataan harus dilaksanakan tanpa mengira bangsa mana yang menjadi MAJORITI dinegara ini.
Justeru,Pisau rasakan jika sistem merit ini dilaksanakan maka kakitangan awam akan dipenuhi oleh golongan cerdik pandai kerana kita semua tahu graduan universiti bumiputra bukannya pandai CGPA pun cukup makan,mereka hanya mendapat tempat diuniversiti atas kuota sebagai bumiputra dan MELAYU. Maka tempat sebagai penjawat awam harus diisi oleh graduan universiti yang tak suka "berdemo" dan "berpolitik" yang semua orang tahu sudah tentu CGPA nya cemerlang dan 'terbilang'

Jika Pakatan Pembangkang memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun, termasuk mengambil contoh cara negera China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan. Bagi kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, mereka akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.
Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Pembangkang dapat memerintah kerajaan pusat, Pakatan akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
"Pakatan Pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat.
Tony Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bentangkan Bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor. Ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan daripada orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan. Dalam seminar itu, selain Tony Pua Kiam Wee, turut hadir juga Teo Nie Ching Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor. Mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang mengambil berat tentang Bajet 2012.
Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.Sumber: Sinchew Daily News m/s 9, 1 November 2011-
Read more: http://www.pisau.net/2011/11/untungnya-kakitangan-awam-yang.html#ixzz1cby8VSl5
Belia Sabah diseru Beri Mandat pada PM
Salleh Seru Golongan Muda Beri Mandat Penuh Kepada Najib
KOTA BELUD, 29 Okt (Bernama) -- Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru golongan muda supaya memberi mandat penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mentadbir negara pada pilihan raya umum akan datang.
Ketika membuat seruan itu, beliau berkata berbeza dengan pembangkang, Najib telah menetapkan dasar yang jelas untuk golongan belia di negara ini.
"Dasar yang ditetapkan oleh Najib begitu jelas untuk mereka...demi masa depan mereka. Lihatlah pada belanjawan (untuk tahun depan), terdapat banyak peluang untuk golongan muda, termasuk peluang pekerjaan dan kemudahan perumahan.
"Sebaliknya, pembangkang, khususnya Pakatan, adalah golongan oportunis yang hanya pandai mencipta isu untuk menarik pengundi," katanya kepada Bernama selepas melancarkan program untuk menggalakkan belia menganggotai Umno dan mendaftar sebagai pemilih di Suang Punggur di sini hari ini.
Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, berkata para belia, yang bakal memainkan peranan penting pada pilihan raya umum akan datang, tidak sepatutnya menentang kerajaan kerana perbuatan itu tidak menguntungkan mereka.
Beliau berkata perdana menteri telah menetapkan hala tuju yang jelas untuk rakyat dan negara ini.
-- BERNAM